Online Shopping | Set Travel Korean Pouch



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 27 Mei 2017


Haritu masa Cikgu Faiz tengah scroll newsfeed di facebook terjumpa la satu iklan ni yang mempromosikan set Korean Travel Pouch Bag. Tengok gambar macam menarik sebab satu set tu ada 5 beg yang berlainan saiz. Bila dah berkenan Cikgu Faiz pon taip 'PM' di ruangan komen. Hihi. Dalam masa beberapa saat je terus dapat respon dari seller. Memandangkan Cikgu Faiz mempunyai masalah bila packing barang nak balik kampung atau bercuti, makanya Cikgu Faiz terus mengambil keputusan untuk membeli beg ini. Masalahnya takde la besar sangat. Encik Suami tu la gemar sangat cari baju sampai sakit mata dibuatnya. Huhu. Memang terbaik la servis dia. Lepas selesai deal dengan seller tersebut, dalam masa dua hari barang pon sampai. Cikgu Faiz terkejut jugak masa tu sebab dah lupa yang Cikgu Faiz ada beli barang. Huhu. Tua dah Cikgu Faiz ni. Okey, jom usha macam mana rupa bentuk beg tu.




Taraaaa..... Inilah dia. Pink colour gitu. Cikgu Faiz dah tak sabar nak tengok rupa beg ni jadinya lepas murid-murid dah balik terus buka parcel. Tak sabar weh!





Oleh kerana bagasi Cikgu Faiz ni bersaiz sederhana, tak dapat la nak sumbat kelima-lima beg ni tapi memang berguna sangat la rasanya. Tak rugi beli. Bagasi ini hanya menempatkan pakaian Cikgu Faiz dan Encik Suami. Untuk mengelakkan Encik Suami membuatkan pakaian berselerak, kena la packing pakaian Cikgu Faiz dalam satu beg pink tu. Wahh !! Muat-muat je separuh bagasi tau. Bahagian sebelah lagi tu baru Cikgu Faiz susun pakaian Encik suami tapi tak masuk dalam beg pink. Hihi. Pandai tak? Lepas ni selamat la pakaian Cikgu Faiz dah tak bersepah. Haha. Encik Suami ni kalau Cikgu Faiz dah susun pakaian sebelah menyebelah, dia tetap akan cari di ruangan pakaian Cikgu Faiz. Aish, takkan la Cikgu Faiz nak campur-campur pulak baju tu. Kan susah nak cari. Hihi. Rasanya ada tak yang mengalami masalah macam Cikgu Faiz ni?





Yang ni pula Cikgu Faiz packing pakaian Hannani. Sama juga macam bagasi tadi, Cikgu Faiz susun sebelah menyebelah dengan pakaian abang Hakim. Satu beg lagi Cikgu Faiz packing dua pasang telekung. Lagi dua beg tu saiznya kecil sedikit dan boleh barang-barang mekap / aksesori / kasut / selipar dan lain-lain. Harga satu set beg ni RM50 je uolls. Berbaloi sangat. Tapi masa Cikgu Faiz beli tu dia kata RM50 tu untuk yang terawal sahaja. Huhu. Kalau korang berminat dengan set Travel Korean Pouch ni boleh la intai-intai pada pautan di bawah. Mana tahu ada rezeki korang boleh dapat RM50 kan.



Haaa... apa lagi. Serbu la cepat. Tak lama dah nak raya ni. Boleh la buat persiapan nak balik kampung nanti. Mudah pon mudah dengan adanya set Travel Korean Pouch ni. Hihi. Sekian.


Yang menaip,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...