Majlis Pelancaran Projek Sekolah Prihatin Muslim Volunteer Malaysia Dengan Kerjasama SK Puchong Utama



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 19 Februari 2018


Masih belum terlambat rasanya untuk Cikgu Faiz mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina buat semua individu yang berbangsa cina. Gong Xi Fa Chai. Masih dalam mood bercuti, Cikgu Faiz nak update cerita di sekolah sebelum bercuti haritu.


Tanggal 12 Februari 2018 bersamaan dengan hari Isnin telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Projek Sekolah Prihatin Muslim Volunteer Malaysia Dengan Kerjasama SK Puchong Utama. Tahun ini merupakan tahun yang kedua SK Puchong Utama terlibat dengan program bersama Muslim Volunteer. Pada majlis ini, turut hadir ialah ikon Muslim Volunteer Malaysia iaitu Diana Amir. Ala... pelakon di bawah naungan MIG Record dengan David Teo tu.... Sekarang dah tak berlakon kot. Lupa nak tanya. Hihihi.



Dalam projek ini, setiap murid akan diberi satu tabung secara percuma. Tujuan projek ini diwujudkan adalah untuk memupuk sifat prihatin di kalangan murid-murid dalam membantu golongan yang memerlukan di samping menyemai sikap suka menabung.



Tabung yang diedarkan ini boleh digunakan untuk simpanan sendiri atau disalurkan kepada pihak Muslim Volunteer Malaysia. Wakil Muslim Volunteer Malaysia akan hadir ke sekolah setiap bulan mengikut jadual untuk mengutip hasil tabungan dan ianya tiada paksaan. Bagus kan. Murid-murid bukan sahaja dapat belajar menabung, malah belajar bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Hasil kutipan tabung ini akan disalurkan kepada golongan asnaf dan mana-mana tabung misi kemanusiaan Muslim Volunteer Malaysia.



Barisan pentadbir SK Puchong Utama. Dari kiri En Nasri (PK Kurikulum), Pn Jurayu (PK HEM), Pn Faridatul Azna (Guru Besar), Pn Diana Amir (Ikon Muslim Volunteer Malaysia), En Muhammad (Presiden Muslim Volunteer Malaysia) dan En Khairil (PK Kokurikulum).



Team Prasekolah bergambar kenangan dengan Diana Amir.



Okey tak habis lagi. Selfie pulak. Bila lagi kan.... Hahaha.



Last. Kalau tak silap Diana Amir ni lahir tahun 1984 jugak. Sebaya dengan Cikgu Faiz. Kalau tak silap la. Dah lupa. Kalau tersilap tu mintak maaf ye. Hihihi. Sekian.


Yang menaip,

4 comments:

Fatin Shahrizam said...

Seronoknya dapat tabung sorang satu. Boleh pupuk minat diorang nak menabung. Diana amir pon ada. Admire giler dengan dia!

AisNy said...

Bagus aktiviti nie... at least dapat mendidik murid untuk membuat sesuatu yang mempunyai nilai murni dan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara...

Hans Hanis said...

wah bagus lah aktiviti
yang penting diana amir pun ada tu

Cikgu Badar said...

bagusnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...