Mi Udang Restoran Dapur Utara



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 24 Februari 2018


Hai... Bersua kembali. Ada tak peminat Mi Udang dekat sini? Entri kali ini Cikgu Faiz nak share satu lokasi kedai Mi Udang yang agak sedap jugak dekat Puchong ni. Dah lama jugak dok usha kedai ni tapi tak berkesempatan nak singgah sebab asyik ramai je. Huhuhu. Ini lagi la menguatkan keinginan Cikgu Faiz untuk cuba makan di sini sebab nak tahu kenapa la pengunjung tak putus-putus datang ke kedai makan ni. Ada apa-apa yang special ke menu di sini? Hihihi.



Sehinggalah beberapa minggu lepas barulah Cikgu Faiz berkesempatan ke sini disebabkan keadaan kedai yang agak lengang daripada biasa. Huhuhu. Nama kedainya Dapur Utara yang terletak di Bukit Puchong. Selain menu Mi Udang, ada juga menu-menu lain seperti Laksa Kedah, Mihun Sup Utara, Cucur Udang dan sebagainya. Tapi pertama kali Cikgu Faiz datang sini Cikgu Faiz nak cuba rasa Mi Udang dulu.




Inilah rupa Mi Udang di restoran Dapur Utara. Mi Udang ni berharga RM15. Udangnya ada 4 ekor. Boleh tahan jugak la besarnya. Telur rebus sebiji. Ada cucur udang, daging yang empuk dan sayur yang banyak. Rasa Mi Udang ni sedap tapi kuah dia ada rasa masin sikit. Kalau ikut tekak Cikgu Faiz ni dah okey dah ni.




Abang Faqih pon nak makan Mi Udang jugak. Dia lagi la hantu dengan udang ni. Udang tu last sekali baru makan. Huhuhu.




Selain menu yang Cikgu Faiz sebutkan di atas, ada juga menu nasi berlauk. Semalam Cikgu Faiz singgah lagi dengan Encik Suami. Cikgu Faiz teman je Encik Suami makan. Kami singgah dalam pukul 3.30 petang macam tu tapi lauk masih banyak dengan kuih muih lagi.




Cikgu Faiz makan ABC je semalam. Nak makan nasi perut masih kenyang sebab dah makan nasi pukul 12 tengahari tu.




Lokasi Restoran Dapur Utara ni berhadapan dengan Pusat Tahfiz Darul Sakinah. Jadi, kepada orang-orang Puchong dan yang berdekatan yang belum berkesempatan untuk datang ke restoran ni boleh la cuba. Mana tahu kena dengan tekak korang kan. Hihihi. Sekian.


Yang menaip,

4 comments:

Raydah said...

banyak sgt dalam satu pinggan tu. i can't really eat that much but sure seems delicious. klau share mungkin boleh. hehe

Mia Liana said...

wahhhh.. penuh tu satu pinggan. macam-macam ada..

Nur Azian Jaafar said...

bestnya nmpk menu dia..nmpk menyelerakan laa...

Hans said...

meriah betul nampak udang2 dalam pinggan tu
hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...