Pakwe cina usha aku. hihik ! (Secret admire part 4)

Friends Myspace Comments

Assalamualaikum... Ni hao ma? Sume dah bangun tido ke? Kalau belum tu cepat2 la bangun jangan asyik nak membuta je. Huhuh....

Ok la. Cerita seterusnya ni tentang aku, supervisor dan salesman. Ade 3 watak utama dalam cite ni. Aku mulakan dengan cerita aku dengan supervisor dulu.

:: Yap Eng Chai, itulah name mamat cina tu. Dia ni supervisor department hardware bersebelahan dengan department aku (pasaraya). Mula2 aku jumpa dia aku tengok dia ni kerek semacam dan nampak garang. Aku takut nak tegur dia jadi dia yang tegur aku dulu. Dia ni suka buat lawak dan bila aku bersembang dengan dia, dia akan buat aku ketawa tanpa henti. Pada satu hari tu kami berborak macam biase la kan untuk mengelakkan rasa mengantuk maklum la bila dah takde keje tu je la yang kami boleh buat pon. Tibe2 time dia buat lawak aku gelak gile2.Pastu ade ke dia tanya aku ade minum @ tak (minuman keras). Sebab ape dia tanye sebabnya dia kata bila aku ketawa pipi aku akan jadi merah. Adoi la dia ni. Dah sah2 aku pakai tudung takkan aku nak minum air tu plak. Hmmmm..... Masa hari raya tahun bile tah dia ni ada datang beraya ke rumah aku siap makan nasi lagi. Hahaha. Tapi bukan dia sorang je. Aku jemput kawan2 aku yang lain jugak ok. Dengan mak aku pon dia boleh ngam. Walaupon dia bukan melayu tapi dia ni pandai menyesuaikan diri dengan orang melayu. Sekarang ni dia dah pindah. Aku pon taktau ke mana sebab dia dah tak kerja kat pasaraya tu lagi.

:: Alvin nama mamat salesman yang membekalkan barang2 untuk department aku. Mate dia sepet giler. Orangnya hensem. Hihihi.. Mula2 kenal pon dia jugak yang tegur aku dulu. Aku taktau la ape yang dia suka sgt kat aku sampai mate aku pon die nak pinjam. Huhuk... Katanya bila ketawa mata aku akan mengecil. Ape dia tak perasan ke yang mate die tu jauh lebih kecik daripada mata aku ni. Hmmm.... Tak paham la. Dia pernah ajak aku keluar makan2 tapi aku menolak dengan baik. Takut lak aku nak keluar dengan orang yang aku baru kenal. Cina plak tu. Dia siap tunjuk kereta dia kt aku lagi. Proton wira aeroback kaler maroon. Hihihi... Ada skali tu dia call aku ajak keluar tapi aku tetap menolak. Perasaan takut tu tetap ada. Lama jugak aku tak jumpa dia dan lepas tu aku pon dah berhenti kerja.

Hihihi.. Ok tak cerita tu. Macam2 perangai kan. Terima kasih kerana sudi membaca :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...