DIET BOLEH & TIDAK BOLEH DILAKUKAN

Kebanyakan dari kamu apabila berdiet sering kali terlupa dengan beberapa perkara yang seharusnya dilakukan dan tidak patut dilakukan. Harus diingatkan ! Berdiet bukan hanya menahan diri dari makan makanan yang berlemak sahaja. Ada perkara lain yang perlu diketahui agar hasil daripada program diet kamu bukan hanya melangsingkan tubuh tetapi juga sihat dan terus bertenaga.

LAKUKAN


❤ Olahraga. Lakukan olahraga paling minimum 30 minit setiap hari. Sekiranya kamu tidak ada masa berjoging ataupun ke gim lakukan saja senaman di rumah dengan berpandukan video senaman ataupun buku latihan senaman.


❤ Makan ikut waktu. Berdiet bukan bererti tidak makan langsung. Malah pakar pemakanan mencadangkan sekitar 5 hingga 7 kali makan yang ringan sehari untuk membantu meningkatkan metabolisme dan membuat kamu rasa kenyang dalam waktu yang lama.


❤ Ajak orang terdekat bersama. Libatkan orang yang terdekat dengan kamu. Misalnya mengajak pasangan kamu makan makanan yang sihat. Diet pun akan berjalan lebih mudah dan menyenangkan.


❤ Makanan yang sihat. Tetap mengambil makanan yang berkhasiat dan hindari makanan yang sudah diproses. Sebaliknya pilihlah makanan segar seperti buah, sayuran, gandum dan ikan. Jangan lupa minum 2 liter air setiap hari.


❤ Sentiasa lebih kreatif. Ramai yang menganggap makanan yang sihat selalunya tidak berapa sedap. Namun andai kamu kreatif banyak resipi sihat dan lazat yang boleh didapati di restoran. Kamu juga boleh menggabungkan makanan diet dengan makanan kesukaan kamu.


HINDARI


❤ Meninggalkan terus makanan kesukaan. Semakin kamu cuba untuk meninggalkan makanan kesukaan, semakin kamu terasa teringin memakannya. Kamu boleh memanjakan diri sekali seminggu dengan makanan itu asal tidak terlalu obsesi dan masih dalam terkawal.


❤ Menyerah dan mengalah. Jangan biarkan seseorang merosakkan rancangan diet kamu. Jika kamu terpengaruh dengan pelawaan mereka mengajak kamu makan, pastikan makanan yang kamu makan adalah masih di bawah menu diet.


❤ Stres. Jangan terlalu serius menjalani diet kamu. Jika kamu sudah makan secara sihat sebanyak 90%, jadi tidak ada salahnya andai kamu bersenang-senang sementara waktu.


❤ Diet yang terlalu ketat. Berdiet harus tahu batasannya juga. Andai tubuh sudah terlalu ramping, warna kulit berubah pucat dan kuku jadi rapuh itu tanda-tandanya diet kamu sudah tidak sihat lagi.


❤ Diet ala mi segera. Maksudnya menguruskan badan dengan cara yang cepat tanpa memikirkan kesannya. Atau dengan kata lain, kamu mengambil pil untuk menahan nafsu makan. Jangan sesekali melakukan demikian. Lebih baik kamu menahan nafsu makan dengan memulakannya sikit demi sikit.

1 comment:

sHaRiNa eLyaNa said...

info yg baik..thnks for sharing..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...