Setiap kali masalah atau dugaan menimpa hidup kamu, pastinya perasaan tertekan, marah, sedih dan takut akan menyelubungi diri. Usah bimbang, di sini ada cara untuk menenangkan diri. Mungkin tidak mampu membantu menyelesaikan masalah kamu sepenuhnya tetapi dapat meredakan sedikat perasaan bercampur baur yang kamu alami itu.
1. Nikmati teh. Dalam sebuah kajian di Universiti College, London, 75 sukarelawan minum  secawan teh sebelum menyelesaikan masalah yang dihadapi. 47% daripada sukarelawan  tersebut berjaya menurunkan hormon marah dan tekanan berbanding mereka yang tidak  minum teh.
2. Urutan. Menurut kajian di Hong Kong Polytecnic Universiti, teknik urutan dapat  menenangkan diri sehingga 39%. Sekiranya mahu lebih cepat, urut bahagian antara ibu jari  dan telunjuk selama 20 hingga 30 saat.
3. Makan coklat. Rasa yang ada pada coklat dapat membesarkan pembuluh darah sehingga  mengurangkan tekanan darah. Berikut adalah hasil kajian yang diperoleh dalam  Proceedings Of The National Academy Of Sciences. Harus diingatkan pilih dark chocolate berbanding milk chocolate.
4. Buka youtube. Menurut kajian di Loma Linda Universiti California AS, ketawa boleh  menurunkan kadar hormon stress. Jadi, cari video lucu di YouTube dan ketawalah  sepuasnya.
5. Zat EPA dan DHA Omega 3. Menurut kajian dari Universiti Pittsburgh AS, orang yang  dalam darahnya terkandung zat EPA dan DHA Omega 3 dengan kadar yang tinggi akan  lebih bahagia. Makan ikan salmon, sardin atau suplemen EPA dan DHA.
* sebaik-baiknya solat adalah ubat penenang diri yang paling utama...
 

3 comments:
tips yang berguna....
@Muhamad Arif Bin Zaripin
tension2 leh guna pakai..
like
Post a Comment