Showing posts with label tips kehidupan. Show all posts
Showing posts with label tips kehidupan. Show all posts

Tips Mengelakkan Wang Anda Dicuri !



Assalamualaikum.


Hai... Selamat Hari Sabtu semuanya. Siapa kat sini pernah kehilangan duit? Mesti bengang kan kalau duit kita tiba-tiba je hilang? Cikgu Faiz pon pernah kehilangan duit. Nak buat macam mana kan dah takde rezeki.


Kata orang 'sediakan payung sebelum hujan'. Jadi sebelum lebih banyak lagi duit yang hilang apa kata korang ikuti tips-tips di bawah ni....




sumber : Google


1. Simpan duit di dalam dompet dan pastikan dompet itu sentiasa berada bersama korang. Kalau nak pergi mana-mana pon bawak je dompet tu.


2. Pastikan bilik korang sentiasa berkunci kalau korang simpan dompet di dalam bilik. Nak lebih selamat, simpan di dalam laci yang berkunci. Kalau boleh mangga, letak sekali. Nak rantai pon boleh :p


3. Jangan simpan duit di dalam poket seluar jeans dan sebagainya kerana duit itu boleh tercicir bila-bila masa. Ini kerana apabila orang lain terjumpa duit tersebut mereka tidak akan memulangkan kembali kepada anda (pernah kena).


4. Bagi mereka terutamanya gadis / wanita yang selalu menyimpan dompet di dalam handbag, pastikan korang letak surah yassin bersama. Ini kerana apabila seseorang itu ingin mencuri, mereka pasti akan merasa insaf bila tengok surah yassin itu (kalau tak insaf jugak tak tau la nak cakap macam mana).


5. Jangan buka dompet anda di khalayak ramai. Kalau boleh sorok-sorok sikit masa nak ambil duit tu dikhuatiri si pencuri akan nampak berapa banyak duit korang kat dalam tu.


6. Jangan letak dompet di merata tempat seperti di atas meja kerana risiko duit korang akan dicuri amatlah tinggi.


7. Kalau boleh elakkan menyimpan duit yang terlalu banyak di dalam dompet. Kalau boleh letak je duit syiling atau seringgit tengok ada tak orang nak curi (kalau hilang jugak memang terdesak la pencuri tu)


8. Jangan biasakan diri dengan menyuruh orang lain cucuk duit korang di mesin ATM.


9. Jangan mudah percaya dengan orang di sekeliling korang.

Terapi Warna Dalam Perubatan.



Assalamualaikum.


Warna memainkan peranan penting di dalam kehidupan seharian kita. Tanpa warna hidup tidak akan ceria. Jom baca apa kesan warna-warna tersebut terhadap diri anda.






Merah - membantu meningkatkan tenaga dan rangsangan. Bahkan ia dikatakan mampu mengurangkan rasa sakit dan radang.


Oren - merangsang semangat dan ketenangan. Bahkan ia membantu mengatasi masalah berkaitan pencernaan misalnya kejang perut dan kejang akibat haid. Untuk ibu yang menyusukan bayi, warna oren dipercayai boleh merangsang kilang susu dan menambahkan pengeluaran susu.


Kuning - Sebagai terapi, kuning membantu menyihatkan sistem pemcernaan dan sistem saraf. Bahkan warna ini juga mampu menaikkan selera.


Hijau - Warna ini dikatakan mampu membantu keseimbangan keseluruhan tubuh. Pakar terapi warna sering menggunakan warna hijau sebagai perangsang otak dan juga berfungsi untuk mendapatkan kesan yang menenangkan.


Biru - Biru adalah warna yang merangsang kecerdasan. Kebanyakan keluarga akan mengecat bilik keluarga dengan warna biru kerana ia membantu komunikasi yang lebih berkesan.


Indigo - Seperti hijau, indigo juga mempunyai kemampuan untuk menenangkan. Oleh sebab itulah warna ini sangat disaran untuk bilik tidur kerana ia membantu tidur yang lebih nyenyak.


Violet - Ia dikatakan membantu untuk menceriakan. Warna ini juga dikatakan merangsang ketenangan dan relaksasi.

Lambat Mendapat Pesanan?





Duduk di kedai makan diiringi perut lapar, tekak dahaga dan impian menjamah makanan kegemaran demi memenuhi kehendak perut tapi dibantutkan oleh sebab lambat mendapat pesanan. Cuba tips di bawah kalau korang mengalami situasi penuh pancaroba ini....




1) Pergi kat dapur terus menghadap tukang masak sambil buat muka kesian dan guling-guling kelaparan.


2) Tiap kali pelayan lalu depan korang tanya tentang pesanan hingga dia rasa tertekan dan fokus kehendak korang saja.


3) Buat persiapan dari rumah dengan memakai pakaian paling buruk sebelum ke kedai makan dengan harapan tauke kedai akan simpati kat korang.


4) Suruh pelayan kedai makan tu dahulukan pesanan korang sebab korang adalah gangster terkenal.


5) Berbekalkan muka boring dan buat-buat kutip makanan yang berterabur kat atas meja.


6) Bayar makanan siap-siap untuk sebulan. Lepas tu korang tuntut layanan first class, kalau tidak korang akan saman tauke kedai makan tu.


7) Pergi ke dapur dan buat pelbagai aksi menjengkelkan si tukang masak, mesti diorang buat makanan korang dulu.


8) Semasa order makanan sertakan sekali surat akuan doktor tentang penyakit gastrik kronik korang.


9) Bawakkan bahan mentah dari rumah dan suruh tukang masak masakkan juadah korang dulu.


10) Beritahu bahawasanya korang nak buat rancangan masakan untuk siaran TV. Dah habis makan baru korang cakap lupa bawak kamera.




SEKIAN.

Panduan Menonton Wayang





Kepada yang baru nak menceburkan diri dalam arena menonton wayang, berikut adalah sedikit tip yang berguna. Selamat membaca :)





1) Jangan buat spekulasi berkenaan cerita yang ditonton sepanjang waktu bersiaran dengan kawan sebelah.



2) Pastikan tahap kesihatan sesuai dengan cerita yang hendak ditonton untuk mengelakkan risiko mati terkejut.



3) Sila pastikan hp dimatikan kalau tak nak kena sumpah-seranah dan dimaki-hamun secara terbuka.



4) Tak payah bawak bekal macam nak pergi berkelah, buah durian pon tak boleh bawak.



5) Terlalu menunjukkan emosi yang keterlaluan dan berlebih-lebihan jugak tidak digalakkan.



6) Kalau tengah menderita batuk kokol dan selsema, sila beredar dengan kadar segera. Jangan ngengada nak menonton.



p/s: dah faham? bagos.

Lupakan Kekasih Lama





Baru lepas putus cinta? Nak tau cara macam mana nak lupakan kekasih lama? Jom tengok cara-cara di bawah :


1) Kalau pasangan korang tu pernah bagi barang, buang terus barang-barang yang dia bagi tu. Nak nampak lagi ganas bakar terus tapi kalau dia ada bagi rumah dan korang pulak duduk rumah tu korang pikir la masak-masak sebelum bertindak.


2) Buangkan juga nombor telefon dan gambar. Kalau dah buang korang masih ingat dia jugak, korang hantukkan kepala korang kat dinding... terus hilang ingatan.


3) Letakkan muka pasangan korang tu sama dengan muka musuh ketat korang dari zaman kanak-kanak sampai la sekarang. Nak lagi best, letakkan sebaris dengan muka yang pernah berhutang tapi tak bayar. Nescaya korang menyampah nak tengok.


4) Jangan sesekali tengok cerita cinta dan dengar lagu yang ada unsur rindu, sayang dalam lirik lagu tu. Tengok cerita pasal kematian dan dengar lagu-lagu nasyid, takpon ceramah agama... ada juga faedahnya.


5) Ingat yang buruk-buruk pasal perangai pasangan korang.


6) Untuk lelaki, pergi pakai cantik-cantik lepas tu lepak dekat bus stop yang ramai minah kilang. Cuba la mengorat. Yang perempuan pulak pegi balik kampung, jaga diri tu.. tunggu je orang masuk meminang.


p/s: amacam? cuba jangan tak cuba :)

MARAH DENGAN RAMAH



Assalamualaikum. Dah lama Cikgu Faiz tidak berkongsi tips dengan anda. Kali ni Cikgu nak berkongsi tips menangani perasaan marah secara berhemah. Mudah saja ye murid-murid...


1. Setiap individu sentiasa ingin berada di pihak yang benar dan sentiasa bersikap tegas dalam menegakkan hak kebenaran masing-masing. Perasaan sedemikian memang datang secara semulajadi. Jadi jangan sesekali kamu cuba memaksa pasangan, sahabat, kekasih atau sesiapa sahaja yang berada di samping kamu untuk memberikan respon seperti yang diharapkan.


2. Jangan berdebat. Perasaan memang tidak boleh diperdebatkan. Jadi tidak ada gunanya memperdebatkan perasaan kamu itu.


3. Tidak ada gunanya jika kamu mengekspresikan perasaan atau bercerita ketika si dia tidak menaruh minat untuk mendengar cerita kamu itu.


4. Kamu juga perlu belajar untuk menyamakan emosi antara kamu dengan sahabat atau pasangan. Persamaan emosi pastinya dapat menyatukan kamu dengan si dia.


5. Menilai secara berlebihan akan menghancurkan hubungan. Jadi, jangan terlalu berlebihan dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara.


6. Bersikap sarkastik menerusi kata-kata dan perlakuan yang kasar adalah ekspresi yang tidak langsung lahir dari kebencian, permusuhan, kepahitan, kekecewaan, sakit hati, amarah dan sebagainya. Cubalah untuk mengidentifikasikan atau mengungkapkan perasaan secara langsung.


7. Menerima tanggungjawab dapat melepaskan kebencian.


8. Ketika seseorang berteriak, marah atau berlalu pergi, ia menandakan kamu memerlukan bantuan di saat itu.


9. Perasaan orang boleh berubah-ubah dengan cepat. Mengharapkan konsistensi hanya akan menyebabkan kekecewaan. Sebaliknya, cubalah untuk menerima setiap perasaan pada setiap saat. Jadi kamu akan lebih bersedia dan bersikap terbuka untuk menerima apa jua perubahan sikap individu itu.


10. Kekecewaan dapat dihindari dengan bersikap tidak terlalu berharap. Ajar diri agar tidak mengharapkan sesuatu yang tidak realistik. Ingatlah bahawa kamu yang menciptakan kekecewaan itu lebih dari orang lain.

4 SYARAT JIKA INGIN BAHAGIA



1. Cintailah diri sendiri sebelum kamu mencintai orang lain. Kebanyakan dari kamu sanggup mengenepikan kemahuan, keinginan serta keperluan diri sendiri demi insan yang bergelar kekasih. Inilah kesilapan paling besar. Andai kamu sendiri tidak belajar menyayangi diri sendiri bagaimana orang lain ingin menyayangi diri kamu. Jadi pastikan kamu sayang diri sendiri terlebih dahulu sebelum kamu ingin menyayangi orang lain.


2. Punya pendirian yang tetap. Seorang yang punya pendirian akan tahu apa yang dia inginkan untuk diri dan tidak akan berubah mengikut cara orang lain biarpun orang yang disayanginya. Inilah yang terbaik kerana apabila kamu tidak berpendirian, itulah yang menjadi punca hidup mudah dikongkong atau ditentukan oleh orang lain. Ini secara tidak langsung membuka ruang untuk orang mempermainkan hati kamu.


3. Bahagikan hidup kamu dengan hal-hal yang lain. Paling sering berlaku, apabila kamu telah menyayangi seseorang sepenuh hidup kamu akan dihabiskan untuk si dia sahaja. Segala hobi dan aktiviti kamu turut dihentikan demi untuk memberi perhatian pada si dia. Namun jangan lupa hidup ini bila kita hanya bergantung pada seseorang dan satu hal sahaja iaitu cinta, inilah punca utama yang boleh membuat kamu kecewa teramat sangat apabila hubungan yang dibinaterputus di tengah jalan. Jadi belajarlah membahagikan hidup kamu dengan cinta, kerjaya, keluarga, hobi dan sebagainya. Percayalah kamu akan rasa hidup akan lebih lengkap dan bahagia bila bijak membahagikan segala-galanya dengan baik dan teratur.


4. Berkorban biarlah berpada-pada. Ada yang sanggup bersusah payah dan menyakiti hati sendiri demi melihat orang yang disayangi bahagia. Tidak salah untuk berkorban namun berpada-padalah. Jangan terlalu meletakkan diri kamu serendah-rendahnya hingga sanggup biarkan diri sendiri merana semata-mata mahu menggembirakan orang lain. Hidup ini dalam hal apa pun perlu seimbang. Sekiranya si dia ingin gembira maka kamu juga ada hak untuk rasa sebegitu rupa.

CUBA LUPAKAN SI DIA



Usah terlalu kecewa andai cinta kamu terputus di tengah jalan kerana si dia pergi sebenarnya untuk membuka peluang pada seseorang yang lebih baik untuk mengisi ruang hati kamu. Oleh itu cubalah lupakan si dia. Bangkitlah dari kekecewaan. Read this...


1. Terima hakikat. Pertama sekali kamu perlu menerima hakikat si dia bukan lagi milik kamu. Belajarlah untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan percayalah ia adalah permulaan kepada pertemuan.


2. Melarikan diri. Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah? Memang melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan kamu. Cuba kamu pergi ke satu tempat yang agak jauh dan rehatkan minda. Apabila kembali tenang, kamu segeralah pulang ke tempat asalmu.


3. Luahkan perasaan. Luahkan perasaan kamu kepada sahabat karib atau orang yang paling rapat dengan kamu. Mungkin si dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan yang terpendam akan dapat menghilangkan tekanan kamu.


4. Mendengar luahan orang lain. Apabila mendengar luahan teman-teman lain sekurang- kurangnya kamu akan sedar bahawa bukan kamu seorang sahaja menerima nasib yang teruk. Malah mungkin ada orang lain yang mengalami nasib yang lebih teruk dari kamu.


5. Buang segala kenangan. Hadiah atau apa sahaja yang boleh membuatkan kamu mengingati si dia, jangan ragu-ragu untuk membuangnya. Mungkin kamu terlalu sayangkan pemberian itu namun itulah yang terbaik untuk kamu lupakan terus si dia.


6. Berdoa dan bertawakal. Ini adalah penyelesaian yang terbaik. Berdoalah kepada-Nya agar diberi kekuatan jiwa dalam menghadapi dugaan yang mendatang serta akan dipertemukan dengan pasangan yang serasi.

LELAKI DAN BULAN KELAHIRANNYA

gambar takleh blah


Tahukah kamu!!!! Lelaki dan bulan kelahirannya... Syyhhh.... bace diam-diam ye. Ihiks. Jom tengok sama-sama. Let's check it out !



Januari :: Mudah jatuh cinta.


Februari :: Bercita-cita tinggi untuk mengejar mimpi.


Mac :: Soal setia dialah juara.


April :: Tidak pernah menghampakan.


Mei :: Suka merancang dan mengatur kehidupan kekasih.


Jun :: Seleranya tinggi.


Julai :: Pendengar yang baik.


Ogos :: Bijak dan menyenangkan.


September :: Bukan sebarangan memilih wanita.


Oktober :: Mempunyai bakat jadi ahli nujum.


November :: Sentiasa bersemangat.


Disember :: Pandai menghiburkan orang-orang di sekelilingnya.


P/S : yang mana anda?

INFO DUIT



Sape sayang duit angkat tangan ! Sayang duit sebab takut dihabiskan kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah ok. Jangan korang sayang duit sampai jadi kedekut pulak ye. Bagi mereka yang susah sangat nak dapat duit mesti akan berhati-hati apabila ingin menggunakan duit mereka. Kat bawah ni ada beberapa tips tentang duit korang. Keep reading :)


ஐ Cara simpanan wang yang betul. Bagi kamu yang bekerja, mesti ada sasaran berapa jumlah yang akan disimpan setiap bulan. Mungkin ada di antara kamu yang berbelanja sakan, dan duit lebih daripada gaji itu akan disimpan. Sebenarnya, salah begitu. Apabila mendapat duit gaji, kamu haruslah mengasingkan jumlah yang ingin disimpan. Simpan duit tu dan jangan sesekali kamu menggunakan duit tersebut. Baki daripada duit simpanan itu barulah kamu boleh berbelanja. Tapi, jangan membazir pula ya.



ஐ Catatkan perbelanjaan kamu. Catatkan semua perbelanjaan kamu, jumlahnya dan untuk apa. Dengan adanya buku lejar atau buku kira-kira peribadi, kamu dapat melihat corak perbelanjaan dan boleh mengenalpasti perbelanjaan yang tidak perlu. Tentukan bayaran yang menjadi keutamaan, misalnya bayaran yuran pendidikan, perbelanjaan harian dan sebagainya. Catat dan jumlahkan apabila hujung bulan. Dengan ini, kamu akan mengetahui apa yang perlu dikurangkan dan apa yang perlu ditambah. Selamat mencuba.



ஐ Wah, masak makanan sendiri? Hebatnya ! Tak percaya? Ia memang terbukti boleh menjimatkan duit kamu. Daripada kamu habiskan RM20 sehari untuk makanan, apa kata cuba masak sendiri. Memasak tidak memerlukan bajet yang banyak. Kamu memang dapat menyimpan dengan cara ini. Tidak perlu makanan yang rumit, cuba masak makanan yang ringkas seperti nasi goreng, mi goreng ataupun speghetti. Siapa tahu bakat memasak kamu akan tercungkil apabila mula amalkan masak makanan sendiri. Tentu bakal mertua sayang !



ஐ Barangan berjenama. Oppss, perlu ke? Bagi kamu yang masih remaja, nafsu membeli kamu memang sedang tinggi. Apa sahaja barangan, perlu yang berjenama. Tetapi, perlukah bertindak begitu? Mengapa mahu barangan berjenama sedangkan kamu tidak mampu? Ia sekali gus mengajak kamu untuk terlebih belanja ke arah sesuatu yang tidak perlu. Apa yang penting bagi sesuatu barangan itu adalah keselesaan, cantik dan berkualiti. Tidak semestinya barang yang tidak berjenama, ia tidak berkualiti. Kamu harus bijak memilih sebaya dengan umur kamu. Pada yang mampu, tidak mengapa. Tetapi pada yang tidak mampu, sila kurangkan nafsu kamu itu ya. Jangan sesekali mengamalkan prinsip 'Biar Papa, Asalkan Bergaya'.

5 CARA PENENANG DIRI



Setiap kali masalah atau dugaan menimpa hidup kamu, pastinya perasaan tertekan, marah, sedih dan takut akan menyelubungi diri. Usah bimbang, di sini ada cara untuk menenangkan diri. Mungkin tidak mampu membantu menyelesaikan masalah kamu sepenuhnya tetapi dapat meredakan sedikat perasaan bercampur baur yang kamu alami itu.


1. Nikmati teh. Dalam sebuah kajian di Universiti College, London, 75 sukarelawan minum secawan teh sebelum menyelesaikan masalah yang dihadapi. 47% daripada sukarelawan tersebut berjaya menurunkan hormon marah dan tekanan berbanding mereka yang tidak minum teh.


2. Urutan. Menurut kajian di Hong Kong Polytecnic Universiti, teknik urutan dapat menenangkan diri sehingga 39%. Sekiranya mahu lebih cepat, urut bahagian antara ibu jari dan telunjuk selama 20 hingga 30 saat.


3. Makan coklat. Rasa yang ada pada coklat dapat membesarkan pembuluh darah sehingga mengurangkan tekanan darah. Berikut adalah hasil kajian yang diperoleh dalam Proceedings Of The National Academy Of Sciences. Harus diingatkan pilih dark chocolate berbanding milk chocolate.


4. Buka youtube. Menurut kajian di Loma Linda Universiti California AS, ketawa boleh menurunkan kadar hormon stress. Jadi, cari video lucu di YouTube dan ketawalah sepuasnya.


5. Zat EPA dan DHA Omega 3. Menurut kajian dari Universiti Pittsburgh AS, orang yang dalam darahnya terkandung zat EPA dan DHA Omega 3 dengan kadar yang tinggi akan lebih bahagia. Makan ikan salmon, sardin atau suplemen EPA dan DHA.


* sebaik-baiknya solat adalah ubat penenang diri yang paling utama...


Bagaimana Menyayangi Seseorang...?


1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.



2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.



3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.



4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.



5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.



6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.



7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.



8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.



9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.



10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...