Review Novel Katerina.



Assalamualaikum.


Hai semua pembaca blog DingDang. Semalam saya baru je tamat membaca novel Katerina. Novel yang amat menyentuh hati dan perasaan saya. Berair juga mata saya apabila membaca kisah Kasyah di dalam cerita ni. Katerina merupakan sambungan novel Lagenda Budak Setan. Pada sesiapa yang nak baca sinopsis di belakang kulit buku ni boleh la KE SINI.


Ini merupakan sinopsis daripada apa yang saya faham mengenai kisah ini. Selamat membaca !!


Setelah kematian Ayu selepas melahirkan anak mereka Athirah, Kasyah kembali hidup membujang. Kasyah tinggal bersama anaknya dan juga abangnya Iskandar. Kasyah bertemu kembali dengan Katerina ketika membawa Athirah menaiki LRT. Rupa-rupanya Katerina tidak pergi ke luar negara sebaliknya dia hanya berkurung di dalam bilik kerana kecewa dengan perkahwinan Kasyah dan Ayu.


Kasyah dan Katerina menyambung kembali perhubungan mereka yang terputus itu tetapi tidak direstui oleh mama Katerina. Akhirnya Kasyah dan Katerina telah bertunang dengan bantuan papanya.


Hisyam, bekas kekasih Katerina kembali menagih cintanya tetapi Katerina langsung tidak mengendahkan. Ini membuatkan Hisyam bengang dan berjanji akan mendapatkan Katerina walau dengan apa cara sekalipun. Katerina tidak suka dengan cara hidup Hisyam yang mengamalkan seks bebas.


Iskandar pula menjadi peragut bersama rakannya. Dia juga menjadi penagih dadah ! Kasyah tidak tahu akan hal ini sehinggalah Iskandar meninggal akibat kemalangan.


Langit tidak sentiasa cerah. Akhirnya pertunangan Kasyah dah Keterina telah diputuskan oleh papa Katerina sendiri. Semuanya berpunca apabila Zahirah dilihat berada bersama Kasyah di pejabat di dalam keadaan yang tidak sepatutnya. Siapa Zahirah? Kena la baca novel ya :)


Kasyah kembali hidup bersendirian... Seorang demi seorang insan yang disayangi pergi menghadap Illahi. Bermula dengan Ayu, Iskandar dan Athirah. Kenapa Athirah mati? Kena la baca novel ok :)


Rahsia akhirnya terbongkar apabila papa Katerina telah berterus-terang tentang perancangannya yang mahukan Katerina membenci Kasyah. Zahirah telah diupah untuk melaksanakan rancangan itu. Zahirah juga telah mula jatuh cinta pada Kasyah. Namun, cinta Kasyah masih utuh terhadap Katerina. Semua yang terjadi itu hanya fitnah semata-mata !


Yang mengejutkan apabila seorang perempuan memberi Kasyah seorang bayi perempuan yang comel. Anak siapa tu? Kena baca buku lagi. Hihi. Kasyah telah menamakan bayi itu Athirah, sempena nama arwah anaknya.


Katerina pula telah berkahwin dengan Hisyam. Namun akhirnya mereka bercerai. Hisyam yang tak puas hati datang menyerang Kasyah. Tetapi Kasyah tidak membiarkan dirinya dipukul seperti apa yang telah dilakukan oleh Hisyam dulu.


Tidak lama kemudian Kasyah dan Katerina kembali berhubung dan hubungan mereka kembali seperti biasa.





Itulah serba sedikit cerita tentang novel ni. Lepas ni nak kena beli buku yang ke 3 pulak. Err... korang dah baca ke novel ni?

2 comments:

Unknown said...

best jugak jln ceritanya.. :)

Dingdang said...

@NURULHANIF
jangan lupa beli ya !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...