Bentuk Bujur.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

google.com


Dah lama tak update tentang aktiviti bagi Tunjang Fizikal dan Estetika. Malam ni Cikgu Faiz ingin berkongsi aktiviti melukis 'bentuk bujur'. Semua dah sedia? Mari kita mulakan...


Aras : Rendah

Sasaran umur : 3 dan 4 tahun / 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun

Masa : 20 minit

Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
  1. Mengenali bentuk bujur sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
  2. Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat bentuk bujur.
  3. Menghasilkan bentuk bujur secara kreatif melalui pemerhatian.
  4. Menceritakan objek alam yang mempunyai bentuk bujur.

Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.

Bahan / alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan kulit telur ayam dan burung yang berbentuk bujur.

Persediaan guru : Menyediakan kulit telur ayam dan burung yang berbentuk bujur dan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.

Prosedur :-
  1. Guru mengumpulkan kanak-kanak.
  2. Guru menunjukkan kulit telur ayam dan burung yang berbentuk bujur kepada kanak-kanak dan bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan bentuk yang ada pada kulit telur tersebut.
  3. Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
  4. Guru membuat demonstrasi melukis bentuk bujur.
  5. Minta kanak-kanak imbas kembali kulit telur yang berbentuk bujur dan melukis bentuk bujur.
  6. Kanak-kanak mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
  7. Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.

Cadangan : Selain kulit telur yang berbentuk bujur, guru juga boleh menunjukkan video atau gambar-gambar objek yang mempunyai bentuk bujur serta memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini.

Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang berbentuk bujur.


Rujukan : Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa, Norly Binti Jamil dan Azila Binti Alias (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.


TOLONG YE. (korang memang terbaik)


Yang benar,

5 comments:

intanfirdaus247 said...

Salam cikgu faiz..selamat malam..:) wah..bagusnya ..terutama untuk para pendidik boleh buat rujukan nih

Bunda_nora said...

assalam, bunda singgah malam..

Salmi said...

Salam perkenalan drp cikgu utk cikgu. Follow sini #1053

sHaRiNa eLyaNa said...

wah ni ckgu d blog juga ni hehe

SeputihSalju said...

bgus ni kalu ajar kanak2 tabika.. thanks ye share sini :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...