Kenapa Dah Lama Tak Update Blog? | CPUV Masyuk Lagi



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Misteri di sebalik kehilangan Cikgu Faiz beberapa hari yang lalu... Rasanya semua yang mengikuti perkembangan blog ini sudah sedia maklum yang Cikgu Faiz demam. Cikgu Faiz mula start demam pada hari Rabu yang lalu tapi tetap gagahkan diri untuk pergi ke sekolah pada hari tersebut dan hari Khamis. Ingatkan dua hari je demam. Masuk hari Jumaat pon demam lagi tapi masa tu dah mintak MC siap-siap dengan doktor. Huhu. Tak larat betul dah tu. Doktor pon cakap bahawa suhu badan Cikgu Faiz masa tu sangatlah tinggi dan dia terkejut jugak. Huhuhu. Bila mintak MC untuk esok je terus doktor tu bagi. Iyalah, dah terang lagi nyata kita ni sakit kan.


Sabtu dan Ahad tu pulak sepatutnya Cikgu Faiz mengikuti tutorial di UPSI. Malangnya, akibat daripada virus demam yang tak hilang-hilang tu menyebabkan Cikgu Faiz hanya terlantar di rumah. Biarlah nak rehat sepuasnya nanti hari Isnin tak payah sibuk nak ambik MC lagi. Huhu. Alhamdulillah petang Ahad baru-baru ini Cikgu Faiz telah pulih sepenuhnya sampailah ke hari ini, tika dan saat ini. Hehehe.


Sepanjang beberapa hari tak update dan blogwalking, masih ada CPUV yang sudi melekat di blog ini. Terkejut jugak semalam bila check akaun nuffnang tengok-tengok ada satu CPUV baru. Rezeki lagi nampaknya. Haruslah terima kan. Hehehe.





Wahhh... ini CPUV ke-9 dan ke-2 untuk bulan Mac 2013. Masyukkkkk.... Hehehe. Gembira betul rasanya kan bila dapat CPUV ni. Nampak gayanya ada empat CPUV yang tengah berjalan dan harap-harap ianya lama di blog ini ^ ^ Cikgu Faiz dah tak sabar nak tunggu earning mencecah RM50 ni. Hehe. Mesti korang ingat banyakkan. Takde la. Biasa-biasa je. Ini bukannya blog SEO yang senang-senang nak dapat earning yang banyak. Ini pon dah cukup.


TERIMA KASIH DSYR Pre-Launch !!!


Nak cuba cara Cikgu Faiz dapatkan CPUV? SINI.




Salam sayang,

8 comments:

NinaAz said...

Cikgu faiz smbung belajar keaa

Unknown said...

Tahniah CF! Walaupun tak update blog, BE tetap singgah ;D hee

mrpolie said...

camner nak tahu kalo blog kita dapat CPUV, dia hantar email ker..? Rasa mcm nak dekat dapat jer nie... hehehehehe

Annamariana1989 said...

macam mana nak buat ye cikgu? duit anna x naik2 pon..

Bunda_nora said...

moga dah sembuh seperti biasa...

IMA SALSUZAIMA said...

Assalamualaikum cikgu.wah yang ke 9? best2..alhamdulillah rezeki berblog kan.:)

Dayang Deno said...

rezeki tu kak... alhamdulillah..

puteri kasih said...

wahhhh cikgu dapat BE lagi ke..puteri dah dua bulan takde BE..hukk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...