Sumber gambar : SINI
- Menghargai dan menyatakan kasih sayang kepada ibu bapa.
- Menyanyikan lagu dengan irama dan intonasi yang betul.
Penerangan aktiviti : Aktiviti ini boleh dijalankan secara individu mahu pun berkumpulan. Kanak-kanak digalakkan melakukan pergerakan anggota badan ketika menyanyikan lagu ini.
Bahan / alatan : kerincing
Persediaan guru : Menyediakan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.
Senikata lagu :
Sayang Ibu AyahSatu satu saya sayang ibu,Dua dua saya sayang ayah,Tiga tiga sayang adik kakak,Satu dua tiga sayang semuanya.
Prosedur :
- Guru meminta kanak-kanak duduk dalam bulatan.
- Guru meminta seorang kanak-kanak bercerita tentang ibu bapanya.
- Guru menerangkan tentang nilai kasih sayang dalam keluarga.
- Guru menyanyikan lagu sambil bertepuk tangan atau bermain kerincing.
- Kanak-kanak mendengar nyanyian guru.
- Guru menyebut senikata lagu diikuti oleh kanak-kanak.
- Guru meminta kanak-kanak bertepuk tangan atau bermain kerincing mengikut rentak lagu.
- Guru dan kanak-kanak menyanyi bersama sambil bertepuk tangan dan bermain kerincing.
Cadangan : Guru perlu menerapkan nilai kasih sayang di antara ahli keluarga.
Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak melukis dan bercerita tentang ibu bapa masing-masing.
Rujukan : Azila Binti Alias, Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa dan Norly Binti Jamil, Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak (2011), Gerak Ilmu Sdn. Bhd.
Salam sayang,
