Showing posts with label ephyra lovers. Show all posts
Showing posts with label ephyra lovers. Show all posts

Jatuh Cinta Dengan Ephyra Lips Cream To Matte



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 04 Jun 2017


Hai semua. Salam ramadhan hari yang ke-9. Dah shopping raya ke tu? Ha... kalau belum, apa kata korang cuci mata dengan lipstick cream to matte keluaran dari Ephyra ni. Ada 5 warna kesemuanya dan cantik-cantik tau. Tak percaya? Meh la tengok dulu.




Apa yang menarik tentang Ephyra Lips Cream To Matte?


Affordable Lip Matte
Harga RM30 je uolls dan kualiti confirm tip top. Mana nak dapat harga murah macam ni.

Smooth & Velvety Finish
Sekali sapuan je dah cantik. Pakai sikit warna dah naik.

Wudhu' Friendly
Senang nak tanggal tanpa perlu menggosok kuat-kuat sampai luka atau pedih bibir.

5 Stunning Colour For All Skin Tones
Warna memang in dan trendy. Sesuai untuk kulit orang Asia (sawo matang katanya). Hitam manis pon sesuai sangat.

Long Lasting & Light Weight
Rasa dan tekstur ringan macam tak pakai lipstick. Juga tidak melekit, tak berminyak & plumping your lips.

With Vitamin E & Jojoba Oil
Berfungsi ibarat lip care yang membantu untuk melembapkan dan merawat bibir yang kering atau bibir gelap.



Ini stok Ephyra Lips yang baru sampai pagi tadi. 



Ini swafoto Cikgu Faiz dengan Ephyra Lips warna whisper nude. Whisper nude ni warna dia natural je.



Yang ni pula warna pink peony. Siapa yang sukakan warna merah jambu tu memang sesuai sangat la tu. Pink gitu.



Yang ni pula warna scarlett plum. Fuhh... memang menonjol sangat warna ni. Sesuai untuk mereka yang berani. Lagi dua warna iaitu amber rose dan red kiss, Cikgu Faiz tak sempat nak selfie lagi. Amber rose dan red kiss pon kebabom sangat warnanya tau. Memang tak rugi pon kalau korang ada koleksi Ephyra Lips ni.



Amacam? Tergoda tak dengan lipstick Ephyra tu? Hihihi. Kalau korang berminat nak cuba boleh je nak order dengan Cikgu Faiz. Harga 1 cuma RM30 tapi tak masuk pos lagi ye. Nak dapat percuma postage? Boleh... tapi dengan syarat kena beli 3 lipstick. Ajak la kawan-kawan, kakak, mak atau sedara mara beli sama-sama kalau nak jimat duit pos. Hihi. Nak cod pon boleh juga tapi hanya untuk warga Puchong je la. Kalau masa cuti sekolah Cikgu Faiz biasanya ada di Bentong Pahang atau di Senawang, Negeri Sembilan. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan korang boleh terus WHATSAPP 0129771902 (Cikgu Faiz). Sekian.


Yang menaip,

Promosi Merdeka Ephyra dan Skin Bar



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 10 September 2015


Perhatian kepada pengguna Ephyra sekalian... Berita baik untuk anda yang Cikgu Faiz nak kongsikan bersama. Sempena menyambut Hari Merdeka negara kita pada tahun ini, pihak HQ Oceanlife Marketing telah berbesar hati untuk mengadakan promosi sehingga 16 September 2015. Promosi telah bermula beberapa minggu yang lepas tapi baru hari ini Cikgu Faiz sempat nak update. Nak tahu promosi apa? Baca entri ini sehingga tamat ye. Hihi.




Promosi merdeka ini untuk Ephyra Trial, Ephyra Premium dan Ephyra Skin Bar. Untuk Ephyra Trial Pack 10 sachet, harga asal RM68/RM78. Kalau korang beli sebelum 16 September ni harga cuma RM60/RM70 sahaja.


Untuk Ephyra Premium Pack 30 sachet, harga asal RM197/RM207. Harga promosi merdeka RM180/RM190 sahaja dan percuma postage. Memang menjimatkan.





Untuk Ephyra Skin Bar pula, harga asal RM39 + postage RM6/RM10 tapi jika anda beli pada waktu promosi ini tiada caj postage akan dikenakan dan anda hanya perlu membayar RM39 sahaja. Wow !! Sangat jimat kan. Hihi. Untuk maklumat lanjut tentang Ephyra Skin Bar korang boleh baca >>> SINI





Ephyra sesuai untuk lelaki dan perempuan serta kanak-kanak yang berumur empat tahun ke atas, ibu menyusu dan hamil lima bulan ke atas, mereka yang pentingkan kecantikan, kesihatan luar dan dalam serta mereka yang mempunyai masalah-masalah seperti berikut :
  • kulit berjerawat
  • kulit berjeragat dan berparut
  • ekzema / penyakit kulit
  • susu badan kurang
  • gastrik / masalah usus
  • menurunkan kolestrol
  • stress / kemurungan
  • sembelit / cirit-birit / buasir
  • lelah / penat / semput
  • gout / arthritis sendi
  • menopause
  • ketidakseimbangan hormon
  • alergi makanan laut
  • resdung
  • penyakit gusi / demam
  • masalah tidur / kelesuan
  • jangkitan pundi kencing
  • masalah buah pinggang
  • kanser / pertumbuhan tumor
  • sakit sendi dan sengal badan
  • jantung / saluran darah
  • migrain / sakit kepala
  • strok / parkinson
  • penyakit alzheimer (nyanyuk)
  • masalah senggugut / PMS
  • jangkitan virus / bakteria
  • darah tinggi
  • masalah saraf
  • kencing manis
  • thyroid





Saya dah minum ephyra. Anda bila lagi? Jika ada yang berminat untuk order Ephyra dan sabun Skin Bar ini korang boleh terus berhubung dengan Cikgu Faiz menerusi aplikasi WhatsApp / SMS di talian 012-9771902. Cikgu Faiz ada buat COD jugak dekat area Puchong dan juga Taman Equine Seri Kembangan. Sekian.


Tiket percuma Air Asia >>> TEKAN LAJU-LAJU


Yang menaip,

Ephyra Gala Dinner 2015



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 18 Ogos 2015


Jumaat malam hari tu bersamaan dengan 14 Ogos 2015, Cikgu Faiz berpeluang untuk ke majlis Ephyra Gala Dinner yang diadakan di PWTC Kuala Lumpur. Majlis makan malam tersebut diadakan khas untuk semua stokis dan dealer Ephyra yang terpilih di samping hari pelancaran untuk tiga produk terbaru di bawah naungan syarikat Oceanlife Marketing. Cikgu Faiz takde la tangkap banyak sangat gambar tapi boleh la kan buat tatapan korang semua apa yang berlaku di sepanjang majlis tersebut.



Gambar pertama sesampainya di sana. Huhuhu.




Inilah suasana di dalam Dewan Tun Dr Ismail, PWTC pada malam tersebut. Cikgu Faiz duduk di bahagian hadapan pentas utama serta bersebelahan dengan meja bos dan juga duta Ephyra. Tak sangka jugak sebenarnya dapat meja depan sekali. Huhu.



Sementara menunggu majlis bermula, Cikgu Faiz mengambil kesempatan untuk merakamkan beberapa keping gambar. Gambar atas ni cupcake tema Ephyra. Oh ya, kebanyakan warna-warna di dalam dewan adalah warna biru sepadan dengan warna tema Ephyra tu.



Tu dia meja bos iaitu Puan Amiza selaku CEO, Encik Zafry selaku COO dan juga pasangan duta Ephyra. Masa ni Norman dan Memey belum masuk lagi.



Simbolik upacara Malam Dinner Ephyra sebelum perasmian tiga produk terbaru Ephyra.



Yang ditunggu-tunggu telah tiba. Mengumumkan ketibaan duta Ephyra, Norman Hakim dan Memey Suhaiza.





Pelancaran tiga buah tangan terbaru selepas minuman kolagen Ephyra iaitu Ephyra Skin Bar, Ephyra M2FLEX dan Ephyra Inteemor.



Ucapan daripada Norman Hakim selaku duta Ephyra.




Haaa.... nampak tak tu dekat je dengan meja duta. Hihihi.



Acara makan malam dimulakan dengan sajian menu di atas. Sampai tak larat la nak makan. Huhu.



Antara artis jemputan pada malam tersebut. Cikgu Faiz tak ingat nama dia ni tapi beliau merupakan peserta program nyanyian di RTM. Juara Bintang Pujaan kalau tak silap. Masa ni dia menyanyikan lagu Anuar Zain yang berjudul mungkin khas untuk Puan Amiza yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran. Sebijik macam suara Anuar Zain.





Nurul pon turut diundang untuk menghiburkan tetamu yang hadir pada malam itu.



Sempat selfie dengan Encik Suami yang temankan Cikgu Faiz pada malam tu. Hikhik.



Dekat belakang tu penyanyi dan juga komposer yang pernah mencipta lagu untuk penyanyi Alyah. Cikgu Faiz ni memang tak berapa cam la kalau penyanyi baru ni sebab ramai sangat. Huhuhu. Sedap jugak suara dia ni.



Selfie kenangan dengan Memey Suhaiza sebelum balik. Huhuhu. Masa ni majlis dah pon berakhir.




Dengan Puan Amiza yang sangat baik. Terima kasih kerana memberi peluang kepada Cikgu Faiz untuk bersama-sama di dalam keluarga Ephyra. Tak lupa juga terima kasih kepada Encik Zafry yang bersusah payah mengundang Cikgu Faiz ke majlis ini dan memberikan satu lagi seat untuk Encik Suami. Huhu. Tak sempat nak bergambar dengan beliau sebab beliau sangat ramai peminat. Huhuhu.



Pada malam tersebut juga semua yang hadir mendapat goodie bag yang mengandungi produk-produk terbaru Ephyra yang baru sahaja dilancarkan pada hari tersebut. Salah satunya ialah M2FLEX ni. Ini dan sah-sah Encik Suami yang kena minum. Huhuhu.




Inteemor ni baru untuk Cikgu Faiz. Ini merupakan minuman untuk kesihatan dalaman wanita. Rasanya? Nanti Cikgu Faiz cerita ye, di lain entri. Hihihi. Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti yang Cikgu Faiz tak sempat nak rakamkan. Antaranya acara karaoke Puan Amiza dan Encik Zafry yang teruk dikenakan oleh Nurul. Huhuhu. Selain itu ada juga acara cabutan bertuah dan anugerah untuk para stokis. Artis lain yang hadir membuat persembahan ialah Puteri dari Idola Kecil dan juga pengacara yang paling hot pada malam itu iaitu Dee Jangan Ketawa. Cikgu Faiz tak sanggup nak ambik gambar dia sebab seksi sangat. Huhuhu.


Keseluruhannya majlis pada malam tersebut sangat meriah dan berbaloi walaupun Cikgu Faiz tak menang cabutan bertuah. Biasanya Cikgu Faiz ni kalau bab-bab cabutan macam ni memang susah nak bertuahnya. Huhuhu. Sekian.


Untuk pengguna hotlink >>> SINI


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...