Showing posts with label murah je. Show all posts
Showing posts with label murah je. Show all posts

Hasil Bidaan Di Chilindo



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 23 Jun 2017


Alhamdulillah, Cikgu Faiz dah selamat sampai di Bentong malam tadi. Tahun ni giliran beraya di Bentong dahulu. Tinggal sehari sahaja lagi sebelum kita akan meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa. Okey, Cikgu Faiz nak cerita ni. Malam tadi sampai je rumah abah, lepas susun semua barang-barang dalam bilik, Cikgu Faiz terus terkam kotak yang ada di atas meja. Biasa la shopping online. Hihi.




Cikgu Faiz beli ni ha.... Monopod dan Mobile Stand Tripod hasil bidaan di chilindo. Sebenarnya tak terfikir pon nak beli dua benda tu. Cikgu Faiz dapat tau pon melalui biras. Hahaha. Lepas tu saje je nak cuba. Lepas tu terjumpa benda ni dan terfikir alang-alang dah nak raya ni apa kata bida benda ni. Kali pertama bida monopod dapat la RM4.30. Mobile Stand Tripod tu bida kali ke 2 baru dapat harga RM3.10. Sebelum tu Cikgu Faiz bida warna lain jadi lebih dari RM5. Hihi. Kita nak murah-murah je sebab baru nak cuba kan. Jadi raya ni senang la kalau nak ambik gambar satu keluarga kan. Tak perlu bersusah payah nak minta orang lain ambikkan. Guna je Mobile Stand Tripod ni. Encik Suami gelak-gelak je tengok Cikgu Faiz beli benda ni. Huh. Lepas tu dia juga sibuk nak tolong pasang. Hahaha. Okey, tambah caj perkhidmatan 10% RM0.74 sen dan kos penghantaran RM8. Jumlah keseluruhannya RM16.14 sen. Hihi. Berbaloi la jugak kan. Murah.


Rasanya ramai juga yang dah tahu kot pasal chilindo ni sebab iklan kat facabook pon selalu keluar. Kalau korang nak cuba juga boleh je klik link di bawah ni.



Korang boleh log ni masuk dengan >CONNECT WITH FACEBOOK<.  Lepas tu boleh la pilih barang apa yang korang nak bida. Untuk membuat pembayaran, korang boleh ke >TROLI SAYA<. Pembayaran hanya melalui bank OCBC sahaja atau kalau korang nak COD, bayar lepas dapat barang. Tapi biasanya COD ni ada kawasan yang tertentu sahaja. Kalau ada online banking itu lebih mudah untuk membuat pembayaran. Bila dah buat bayaran tu, cepat-cepat email slip pembayaran dan invoice pada email chilindo tu. Oh ya, invoice tu korang boleh screenshot dekat 'troli saya'. Bila dah settle semua, tunggu je barang sampai. Nanti dorang akan update no tracking dekat email korang jadi pastikan email yang korang guna tu memang boleh buka. Dekat 'troli saya' pon dorang update tapi yang Cikgu Faiz punya tak berhapdet sampai la sekarang. Huhu. Takpe la. Mungkin ada kesilapan di mana-mana yang penting barang dah pun sampai dengan selamat.


Kalau dah murah, adat la kalau ianya tak menepati citarasa korang seperti dalam gambar. Tak boleh la buat berlasak sangat kan. Guna elok-elok In Sha Allah tahan lama. Huhu. Okey, setakat ini sahaja perkongsian dari Cikgu Faiz. Selamat Membida. Sekian.


Yang menaip,

Jatuh Cinta Dengan Ephyra Lips Cream To Matte



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 04 Jun 2017


Hai semua. Salam ramadhan hari yang ke-9. Dah shopping raya ke tu? Ha... kalau belum, apa kata korang cuci mata dengan lipstick cream to matte keluaran dari Ephyra ni. Ada 5 warna kesemuanya dan cantik-cantik tau. Tak percaya? Meh la tengok dulu.




Apa yang menarik tentang Ephyra Lips Cream To Matte?


Affordable Lip Matte
Harga RM30 je uolls dan kualiti confirm tip top. Mana nak dapat harga murah macam ni.

Smooth & Velvety Finish
Sekali sapuan je dah cantik. Pakai sikit warna dah naik.

Wudhu' Friendly
Senang nak tanggal tanpa perlu menggosok kuat-kuat sampai luka atau pedih bibir.

5 Stunning Colour For All Skin Tones
Warna memang in dan trendy. Sesuai untuk kulit orang Asia (sawo matang katanya). Hitam manis pon sesuai sangat.

Long Lasting & Light Weight
Rasa dan tekstur ringan macam tak pakai lipstick. Juga tidak melekit, tak berminyak & plumping your lips.

With Vitamin E & Jojoba Oil
Berfungsi ibarat lip care yang membantu untuk melembapkan dan merawat bibir yang kering atau bibir gelap.



Ini stok Ephyra Lips yang baru sampai pagi tadi. 



Ini swafoto Cikgu Faiz dengan Ephyra Lips warna whisper nude. Whisper nude ni warna dia natural je.



Yang ni pula warna pink peony. Siapa yang sukakan warna merah jambu tu memang sesuai sangat la tu. Pink gitu.



Yang ni pula warna scarlett plum. Fuhh... memang menonjol sangat warna ni. Sesuai untuk mereka yang berani. Lagi dua warna iaitu amber rose dan red kiss, Cikgu Faiz tak sempat nak selfie lagi. Amber rose dan red kiss pon kebabom sangat warnanya tau. Memang tak rugi pon kalau korang ada koleksi Ephyra Lips ni.



Amacam? Tergoda tak dengan lipstick Ephyra tu? Hihihi. Kalau korang berminat nak cuba boleh je nak order dengan Cikgu Faiz. Harga 1 cuma RM30 tapi tak masuk pos lagi ye. Nak dapat percuma postage? Boleh... tapi dengan syarat kena beli 3 lipstick. Ajak la kawan-kawan, kakak, mak atau sedara mara beli sama-sama kalau nak jimat duit pos. Hihi. Nak cod pon boleh juga tapi hanya untuk warga Puchong je la. Kalau masa cuti sekolah Cikgu Faiz biasanya ada di Bentong Pahang atau di Senawang, Negeri Sembilan. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan korang boleh terus WHATSAPP 0129771902 (Cikgu Faiz). Sekian.


Yang menaip,

Cendol Gemuk di Bentong



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 10 Jun 2015


Bersua lagi kita. Kali ini Cikgu Faiz bersiaran dari Bentong Pahang. Alhamdulillah, hari ni baru dapat berehat dekat rumah. Semalam ada exam di UPSI. Petang ni ingat nak ke bandar beli susu dan pampers Hannani. Katanya pampers drypers yang dijual di TF Value Mart hanya RM31.99 !! Murah tu. Entah ada lagi entah tak. Tengok aje la kot-kot ada rezeki Hannani dapat pampers murah nanti. Huhu.


Bila dah lama tak balik Bentong ni, rasanya banyak jugak perubahan. Sekarang ni dah ada cendol yang boleh dikatakan agak popular jugak di Bentong. Cikgu Faiz memang teruja bila dengar nama CENDOL GEMUK. Hihi. Siapa-siapa yang orang Bentong dan Raub tu tau la CENDOL GEMUK tu.




Ha.... inilah Cendol Gemuk. Kenapa dipanggil Cendol Gemuk? Sebabnya cendol ni tak macam cendol-cendol yang lain. Cendol Gemuk ni memang gemuk gemuk. Masa makan tu rasa cendol ni cair dimulut. Tak payah kunyah. Berbaloi jugak beli semalam. Hihi. Nasib baik la merasa jugak. Pergi semalam pon dalam pukul 12 lebih camtu. Kalau lambat memang habis la cendol ni. Opsss... sorry la Cikgu Faiz tak sempat snap gambar cendol yang dibeli semalam sebab tak sabar nak makan. Hahaha. Harga pon boleh tahan. Cendol Jagung RM3.00 je. Ada lagi perisa lain seperti kacang merah, pulut dan lain-lain. Lupa dah. Hihi. Harga tetap RM3.00 jugak. Encik Suami pulak memilih cendol special RM5.00. Encik Suami komen cendol ni kurang santan la pulak. Huhu. Encik Suami ni bab-bab komen bagi je dekat dia. Huhu. Tapi bagi Cikgu Faiz cendol ni sedap je. Hihi.


Di mana lokasi Cendol Gemuk?


Kepada yang nak merasa Cendol Gemuk ni boleh la datang ke Bentong ye. Hihi. Tempatnya di KFC Bentong (gerai no 1 MDB). Korang juga boleh ke cawangan di Raub jugak ye. Lokasinya di bulatan Hospital Raub. Atau korang boleh usha facebook >>>CENDOL GEMUK. Sekian.


Yang menaip,

Novel Terpakai Untuk Dijual



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 27 September 2014


Sekarang ni Cikgu Faiz sedang dalam proses untuk pelupusan koleksi-koleksi novel yang ada di rumah. Caranya dengan menjual kembali novel-novel terpakai tersebut dengan harga yang rendah berbanding harga biasa. Dah nama pon terpakai kan jadi tak boleh la jual ikut harga sebenar. Cikgu Faiz pon tak kisah asalkan novel-novel tersebut dapat dilupuskan secepat mungkin.




Inilah antara koleksi novel kesayangan Cikgu Faiz. Terpaksa lupus sebab susah nak pindah rumah. Banyak sangat barang. Kalau dah duduk rumah sendiri tu lain cerita. Takpe. Nanti boleh kumpul lagi asalkan ada minat membaca. Antara tajuk yang ada :
  • Pilot Cafe - booked
  • Untuk Tiga Hari
  • Kasyah - Lagenda Berakhir - booked
  • Katerina - booked
  • Adam dan Hawa - booked
  • Cinta Tiada Akhirnya
  • Kasih Yang Suci
  • Bukan Sekadar Teman Mesra
  • Kami Dah Kahwinlah
  • Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik - booked



  • Tuan Rumah Pembantu Rumah - booked
  • Kasih Antara Kita
  • Teduhan Kasih
  • Cik Bunga Dan Encik Sombong - booked
  • Setia Hujung Nyawa - booked
  • Cintaku
  • Seindah Sakura


Maaf la Cikgu Faiz tak letak harga sebab bukunya ada di tingkat atas. Cikgu Faiz tak ingat harganya berapa. Paling murah Cikgu Faiz jual RM10 je. Sekiranya ada yang berminat dengan novel-novel terpakai ni boleh la SMS/WhatsApp Cikgu Faiz di talian 012 977 1902. Harga tu tak termasuk postage ye. Kondisi buku berada di dalam keadaan yang baik. Kalau ada buku yang tak berapa nak cantik tu boleh dapat lagi murah.


Sebenarnya bukan ini sahaja koleksi novel Cikgu Faiz. Ada lagi tapi tak tahu mana duduknya. Huhu. Hari tu pindah banyak sangat barang. Dekat kampung pon ada sikit. Nanti Cikgu Faiz update lagi ye. Hihi. Sekian.


Jom pergi bercuti --> SINI


Yang menaip,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...