Showing posts with label kek batik. Show all posts
Showing posts with label kek batik. Show all posts

Kek Batik Alyn Farina Datang Lagi



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 27 Februari 2015


Minggu lepas Cikgu Faiz ada order kek batik ni secara online. Memang saja tunggu harga promo RM10 untuk sebekas sebab harga biasa RM15. Hihi. Dah lama jugak tak order kek batik ni. Walaupun ianya sekadar kek batik yang senang dibuat tapi rasa macam terpanggil-panggil untuk order. Hihi. Sekali sekala tekak ni memang teringin nak makan kek yang dibeli. Tangan pulak gatal-gatal je pegi order. Huhuhu.




Bukan selalu dapat harga promo RM10 sebekas tau. Kadang-kadang terlepas juga tapi nasib baik la sekarang ni owner kek batik ni rajin jugak buat harga promo tu. Hihihi. Sekiranya ada yang berminat untuk mencuba kek batik ni boleh la klik link kek batik di atas tu untuk pembelian ya. Dalam entri tu Cikgu Faiz ada letak link instagram dia.




Ini pulak rezeki untuk hari ini. Alhamdulillah... Ada parent yang bermurah hati memberi keropok kembang ni. Boleh jugak buat kunyah-kunyah cuti hujung minggu ni. Rezeki anak-anak. Sekian.


Seronoknya kalau dapat bercuti macam ni --> SINI


Yang menaip,

Suka Makan Kek Batik AlynFarina



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 01 Mac 2014


Sekarang ni Cikgu Faiz minat betul makan kek batik. Hari tu ada la jugak simpan resepi kek batik tapi takde masa la nak buat. Memang senang sangat. Huhu. Kalau dekat instagram banyak sangat yang jual kek batik ni tapi Cikgu Faiz cuma tertarik dengan kek batik ini sahaja. 




Perkenalkan kek batik AlynFarina. Kek batik ni popular sangat dekat instagram. Fatin Diana pon ada beli. Hihi. Masuk ni dah 6 bekas Cikgu Faiz borong. Huhu. Mula-mula beli melalui pos tapi bila ada dealer yang boleh hantar ke tempat kerja terus je Cikgu Faiz order melalui dia. Senang tak payah tertunggu-tunggu kek batik ni. Selalu Cikgu Faiz order hari Ahad lepas tu dealer akan hantar ke sekolah pada hari Isnin. Hihi. Terima kasih tau QASEHNYZA.


AlynFarina ni ada ramai dealer di seluruh negeri tau. Kalau nak tahu dan nak COD boleh rujuk instagram ALYNFARINA.




Hihihi. Hannani pon nak tumpang glamour kek batik ni. Kalau abang dia bukan main suka lagi makan kek batik ni. Kadang tu berebut-rebut dengan bonda. Huhuhu. Oh ya, lupa pulak nak bagitau harga kek ni. Kalau COD harganya RM15 sebekas. Kalau melalui pos RM20 sebekas.


Hebat sangat ke dia ni? --> KLIK


Yang menaip,

Hannani, Prasekolah dan Kek Batik



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 11 Februari 2014


Semalam hari Isnin. Banyak betul perkara yang berlaku. Bangun tidur terus bersiap untuk pergi bekerja setelah tiga bulan bercuti. Huhuhu. Hari semalam juga merupakan hari pertama Hannani dihantar ke taska bersama abangnya. Dalam hati masih dupdap sebab Hannani tak nak minum susu botol. Encik Suami pon sama jugak risau. Masing-masing mengharapkan agar Hannani akan baik-baik saja semasa berada di taska.




Destinasi pertama kami pada pagi itu ialah tempat kerja Cikgu Faiz. Sebelum pergi kerja Cikgu Faiz siap berpesan kepada Hannani supaya jangan nakal-nakal dan minum susu. Huhu. Dalam pada risau dan kelam kabut terus terlupa nak bawak blazer. Dah la hari Isnin semua guru diwajibkan pakai blazer semasa perhimpunan sekolah. Boleh pulak tertinggal dalam kereta. Aduhai... Nasib baik la guru besar tak tegur pasal blazer tu sebab ada jugak cikgu yang tak pakai. Fuhh... lega :)


Hari pertama di kelas prasekolah bersama murid-murid baru. Tahun ni murid-murid agak nakal sikit berbanding tahun lepas. Dah la baru nak mula mengajar, pulak tu terpaksa berpindah kelas. Dari kelas prasekolah terpaksa menumpang di kelas prasekolah pendidikan khas. 50 orang murid dalam satu kelas tak termasuk murid-murid kelas pra pendidikan khas. Memang padat dan huru hara la jawabnya. Huhu. Sebab kena pindah buat sementara kerana tangki yang berada bersebelahan dengan kelas prasekolah tu bocor dan mahu dibaiki. Sebab itu la kena pindah kejap. Harap-harap cepat la siap. 


Lepas rehat pulak, kena pindah lagi. Kali ni dapat dua kelas. Ha... baru la lega sikit. Takde la campur dengan murid-murid kelas sebelah tu. Tapi suasana dah tak macam prasekolah. Nak mengajar pon dah takde feel. Huhu. Kalau kat kelas prasekolah seronok sebab macam-macam ada. Ni tak pasal-pasal kena angkut semua buku dan peralatan yang nak digunakan. Penat ooo... Nasib baik ada pembantu :)


Lepas habis kelas dalam pukul 12 tengahari, ada orang hantar kek batik yang Cikgu Faiz order melalui laman instagram. Wahhh... terubat sikit rasa penat pada hari tersebut. Lama giler kot Cikgu Faiz tunggu masa yang sesuai untuk beli kek batik yang super sedap ni. Nanti Cikgu Faiz share link instagram kek batik ni ye.






Kek batik alynfarina sedap sangat tau :) Cikgu Faiz tak pandai buat, tau beli je. Hihihi ^ ^ Satu bekas tinggalkan dekat kelas prasekolah. Lagi satu bekas bawak balik. Hihi. Saje nak kongsi kesedapan kek batik tu. Heee....


Sebelum balik rumah sempat bawak balik kerja-kerja yang menimbun tu. Antaranya buku kedatangan, buku rekod mengajar, borang maklumat murid dan dokumen standard prasekolah kebangsaan. Ni baru lepas siap kerja la ni cepat-cepat update blog pulak. Hahaha. Esok sambung lagi. Memang banyak nak kena tulis. Lenguh jari dibuatnya.


Nak blogwalking pon dah tak sempat ni. Kena tidur awal sebab esok nak kena bangun pagi-pagi :) Sekian.




Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...