Penari Sambutan Hari Kanak-Kanak.



Assalamualaikum.


Hai, entry kali ni sekadar flash back program di sekolah sebelum cuti persekolahan bermula. Program Sambutan Hari Kanak-Kanak di SKPU1. Di mana pada hari tersebut murid-murid akan membuat persembahan di hadapan guru-guru dan rakan-rakan.


Murid-murid prasekolah juga tidak ketinggalan untuk membuat persembahan tarian ala-ala 60-an. Tarian ini telah diarahkan oleh Cikgu Faiz sendiri. Seramai 8 orang murid telah terpilih untuk membuat persembahan Sempena Hari Kanak-Kanak. Cikgu Faiz ada merakam video tarian ni sayangnya muzik tidak kedengaran. Gambar menari pon takde sebab masa tu Cikgu Faiz sibuk merakam video. Jadi, yang ada cuma gambar di sebalik tabir. Boleh la daripada takde kan. Korang layan je la gambar-gambar kat bawah ni.



perkenalkan penari-penari cilik SKPU1.





bergambar kenangan dengan Cikgu Faiz.





bergambar kenangan dengan Cikgu Faiz dan Cikgu Linda.





bergambar kenangan dengan Cikgu Nini.





sabar menanti giliran untuk beraksi di pentas SKPU1.





giliran lambat lagi so kena la tunggu dulu.




p/s: lagu yang dipilih untuk tarian ni ialah lagu Berjuta Batu yang telah dinyanyikan oleh Felix masa konsert Akademi Fantasia musim ke 3 (kalau rajin nanti Cikgu Faiz upload video tarian yang tak berlagu ni ye).

Small Give Away By Inas And Hakimah.



Assalamualaikum.

Ehem.. Malam ni cikgu Faiz nak join GA lagi.

GA ni telah ditag oleh adik Meera. (thanks sebab tag kakak)



Ada yang nak join jugak tak? Kalau nak, ikut langkah-langkah di bawah :


Firstly, korang mesti follow SINI dan SINI. (wajib ikut)

Second, korang jugak mesti follow atau like Fan Page mereka yang sponsor hadiah. DI SINI dan SINI LAGI.

Third, korang letak entry, letak banner dan letak link.

Fourth, tag 3 orang rakan korang dan pastikan diorang tau ok.

Lastly, letakkan link entry segmen ni di bahagian komen.


Segmen ini berjalan dari : 26 November 2011 - 16 Disember 2011


Cikgu Faiz nak tag mereka la :

1. Zana


3. Mia

Terapi Warna Dalam Perubatan.



Assalamualaikum.


Warna memainkan peranan penting di dalam kehidupan seharian kita. Tanpa warna hidup tidak akan ceria. Jom baca apa kesan warna-warna tersebut terhadap diri anda.






Merah - membantu meningkatkan tenaga dan rangsangan. Bahkan ia dikatakan mampu mengurangkan rasa sakit dan radang.


Oren - merangsang semangat dan ketenangan. Bahkan ia membantu mengatasi masalah berkaitan pencernaan misalnya kejang perut dan kejang akibat haid. Untuk ibu yang menyusukan bayi, warna oren dipercayai boleh merangsang kilang susu dan menambahkan pengeluaran susu.


Kuning - Sebagai terapi, kuning membantu menyihatkan sistem pemcernaan dan sistem saraf. Bahkan warna ini juga mampu menaikkan selera.


Hijau - Warna ini dikatakan mampu membantu keseimbangan keseluruhan tubuh. Pakar terapi warna sering menggunakan warna hijau sebagai perangsang otak dan juga berfungsi untuk mendapatkan kesan yang menenangkan.


Biru - Biru adalah warna yang merangsang kecerdasan. Kebanyakan keluarga akan mengecat bilik keluarga dengan warna biru kerana ia membantu komunikasi yang lebih berkesan.


Indigo - Seperti hijau, indigo juga mempunyai kemampuan untuk menenangkan. Oleh sebab itulah warna ini sangat disaran untuk bilik tidur kerana ia membantu tidur yang lebih nyenyak.


Violet - Ia dikatakan membantu untuk menceriakan. Warna ini juga dikatakan merangsang ketenangan dan relaksasi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...