Apabila Internet Mula Melembapkan Diri



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.





Sekejap je dah masuk hari Ahad. Esok akan kembali meneruskan tugas seperti biasa. Hari kedua berada di rumah baru takde apa yang menarik sangat pon sebab sibuk mengemas rumah. Bila dah penat tu ingat nak online sekejap tapi malangnya internet di sini agak lambat la pulak. Adakah sebab celcom memang lambat ataupon Cikgu Faiz yang tak bayar bil lagi? Huhuhu. Sememangnya isu kelembapan celcom ni dah lama Cikgu Faiz timbulkan di blog ni. Walaupon tangan ni gatal mengatakan bahawa celcom ni lambat la, lembap la tapi Cikgu Faiz tetap setia menggunakan servis celcom ni. Huhu. Bukan apa, kadang-kadang memang rasa tak puas hati sebab tengah ada mood nak online tiba-tiba internet pulak lambat.


Bila dah asyik loading je jawabnya tutup laptop la. Huhu. Jumpa lagi di entri yang seterusnya ^ ^


Jom tebus free facial treatment -->> KLIK !!


Yang menaip,

Sudah Selamat Berpindah



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Hai, apa khabar semua? Selamat Hari Sabtu. Alhamdulillah... berkat kesabaran Cikgu Faiz dan suami akhirnya kami telah selamat berpindah ke rumah sewa baru. Kenapa pindah? Sebabnya boleh baca di SINI dan SINI. Oleh kerana takut peristiwa itu berulang kembali maka kami membuat keputusan untuk berpindah dan lokasi rumah sewa kali ini agak jauh sedikit dari sekolah tempat Cikgu Faiz mengajar. 


Sekarang ni Cikgu Faiz tengah dalam proses mengemas rumah. Penat memang penat tapi nak buat macam mana kena juga buat sikit-sikit walaupon kadang-kadang rasa tak larat sangat. Huhu. Okey la. Tak nak cakap banyak dah rasanya setakat ini sahaja yang dapat Cikgu Faiz coretkan. Lepas ni nak lipat kain pulak. Jumpa lagi ^ ^


Untuk pengguna Celcom SAHAJA --> KLIK !


Yang menaip,

CPUV Escape - Teaser



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Selamat Hari Merdeka yang ke-56 buat semua warga Malaysia. Malaysiaku Berdaulat. Tanah Tumpah Darahku !! Hai... lama betul tak dapat nak sentuh laptop ni. Semuanya gara-gara Faqih Hakim yang asyik nak tengok cerita kegemarannya sahaja. Bonda pula terpaksa mengalah. Sementara tak sibuk dengan semester baru ni boleh la. Bila dah mula sibuk dengan assignment nanti bonda takkan berkompromi lagi. Huhuhu. Dah la semester ni ada banyak subjek. Harap Faqih memahami situasi yang dihadapi oleh bonda ni. Huhuhu.





Oleh kerana dah lama sangat tak aktif, idea untuk menaip tu sudah semakin berkurang. Kalau korang perasan sekarang ni Cikgu Faiz asyik nak update pasal Nuffnang je kan. Itu dah takde modal sangat la tu. Pembaca pon dah semakin pupus kot. Huhu. Kalau ada pon yang dok cari bahan untuk assignment kot. Dalam pada sibuk menaip, hidung ni terbau-bau je masakan bapak mertuaku. Huhu. Apa punya menantu la tak tolong masak. Hihi. Nasib la dapat bapak mertua sporting. 


Berbalik kepada Nuffnang... Kali ni Cikgu Faiz dapat CPUV lagi. Rezeki memang tak putus-putus sejak kebelakangan ni. Terima kasih Nuffnang. Walaupon earningnya seciput tapi boleh la. Sikit-sikit lama-lama jadi banyak jugak kan. Ingat nak cashout hari ni tapi dah masuk 1hb ni. Otai cakap kalau nak cashout dalam hujung bulan tapi ini dah awal bulan la pulak. Nampaknya kena la tunggu sampai hujung bulan ni baru boleh cashout Nuffnang dan 8share.


Okey la. Memandangkan idea memang tak banyak jadi setakat ni je la yang boleh Cikgu Faiz coretkan buat korang semua. Minta maaf sangat-sangat sebab Cikgu Faiz dah tak aktif macam dulu. Sobsob. Keadaan diri yang tak mengizinkan. Harap korang faham. Sekian.


Untuk WANITA sahaja !! KLIK !!!


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...