Perkembangan 9 Bulan Hannani



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

31 Ogos 2014


Tanggal 10 Ogos yang lalu genab la usia baby Hannani 9 bulan. Lepas cuti raya hari tu Cikgu Faiz dan Encik Suami bawak Hannani pergi klinik untuk check up dan suntikan. Seronok sangat sebab berat Hannani dah 8kg. Hihi. Dan yang paling bernasib baik pada hari tu Hannani tak payah kena injection sebab nurse cakap Hannani dah dapat suntikan tu masa umur 5 bulan. Jadi, suntikan yang seterusnya pada usia setahun. Lega sangat tau sebab Cikgu Faiz ni takut jarum. Huhuhu.




Baby ni dah pandai membebel tau. Perkataan yang dia suka cakap sekarang ni "atatatatata....... , nanananananana......". Hihi. Tak padan dengan perempuan suka betul menjerit tau. Lepas tu pandai pulak marah abang dia. Huhuhu. Garang ni.




Lepas tu sekarang ni dah pandai nak menampar muka orang tau. Yang selalu jadi mangsa ialah orang yang dukung dia. Hahaha. Tengok muka Hannani je kena penampar. Huhu. Garang betul. Lepas tu suka mencekau muka orang. Huhu. Suka sangat buat mulut macam dekat atas tu. Hihi.




Kalau pasal mengutip nombor satu. Hish... benda yang kecik halus pon Hannani boleh nampak tau. Bahaya budak kecik ni. Lepas tu tak boleh tengok orang makan dia pon terliur je. Haha. Hannani tak macam abang. Kalau boleh semua dia nak makan. Abangnya dulu tak berapa nak makan sangat. Kalau bagi makan biskut tak boleh bagi dia pegang sendiri sebab nanti semua dia masuk dalam mulut dan banyak la yang terbuang kan. Jadinya terpaksa suapkan dia jadi takde la yang jatuh-jatuh kan. Hihi.




Sekarang ni juga Hannani dah pandai tepuk tangan bila dengar lagu "tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu". Hihi. Kadang-kadang sekejap je tepuk lepas tu malas dah. Haha. Banyak songeh tau baby girl ni. Geram je tengok. Nasib baik anak sendiri. Hihi. Budak ni juga dah pandai nak memanjat. Pantang ada tempat nak berpaut cepat je dia nak berdiri. Hihi. Dah tak sabar nak berjalan la tu. Habis la bonda kalau Hannani dapat kaki nanti. Makin slim la bonda. Huhuhu.




Syukur alhamdulillah Hannani membesar dengan baik sepanjang hampir 10 bulan ini. Semoga Hannani akan menjadi anak yang solehah dan dapat menyejukkan hati keluarga. Amin.




Yang menaip,

2 comments:

norhasnizakhalid said...

wahh.. dia sudah besarlah, nanti kawan dengan kakak sufi ek..

Mimie said...

semangatnya hannani

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...