1
Orang Memberi Komen

Aktiviti Hari Sabtu | IOI Mall Puchong



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 29 Jun 2015


Hari Sabtu baru-baru ini Cikgu Faiz dan keluarga ke IOI Mall Puchong. Sebenarnya tak plan pon nak ke sana. Petang tu ke pejabat pos lepas tu Encik Suami terus ajak ke sana. Nasib baik la orang tak ramai masa tu. Sampai IOI je baru nak dekat pukul 6 petang. Awal lagi. Terus ajak Encik Suami pergi ke kaunter Aeon. Nak renew kad la apa lagi. Hahaha. Dah setahun tak renew. Huhu. Bila nak shopping raya baru la sibuk nak renew kan. Huhu.


Siap renew kad aeon RM12 terus menuju ke tempat pakaian kanak-kanak. Alang-alang ada masa ni baik beli baju Hannani sikit. Hihi. Dapat la rembat 3 pasang baju Hannani termasuk seluar. Cikgu Faiz cari yang ada sale je. Huhu. Mana yang takde sale tu ambik yang murah-murah je. Hihi. Nak jimat la katakan tapi mestilah pilih yang terbaik untuk anak kan. Heee.... Baju abang Hakim nak shopping hari lain pulak. Kalau beli semua terus nanti jenuh pulak nak membayarnya. Huhuhu. 3 pasang tu pon nak dekat dua ratus jugak habis. Hihi. Nasib baik la ada sepasang baju Hannani yang baru beli tak pakai lagi. Memang cadang nak simpan untuk raya. Hihihi. Lagi sepasang dah beli secara online. Huhu. Pantas betul bonda bertindak kan. Huhu. Kiranya untuk Hannani tinggal kasut aje la. Fuhhh... Lega sikit. Bab-bab sepit rambut memang tak payah beli sebab Hannani memang tak suka berdandan. Hihi.


Okey... selesai shopping serba sikit baru la tercari-cari lokasi untuk berbuka puasa. Ingat nak ke KFC tapi penuh la pulak. Last last ke Wendy's aje la. Nasib baik ada menu nasi. Hihi. Puas hati la jugak kan.





Sebelum waktu berbuka tu sempat jugak la selfie tiga beranak. Hihihi. Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
1 Comments

1 orang comel dah komen:

Syira Lokman said...

selamat pagi dari syira lokman..hehee ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...