0
Orang Memberi Komen

Review Novel | Rindu Awak 200% - Liyana Zahim



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 25 Mei 2015


Hai... Entri kali ini Cikgu Faiz nak review sebuah lagi novel yang telah tamat dibaca beberapa minggu yang lepas. Novel ini juga telah diadaptasikan ke drama TV3 yang berjudul 'Rindu Awak 200%'. Para pelakonnya pula terdiri daripada Zul Ariffin dan Ayda Jebat. Katanya drama ini meletup-letup di kaca tv. Hmm... Cikgu Faiz tak tengok jadinya tak tahu jalan ceritanya sama atau tidak seperti dalam novel ni. Cikgu Faiz cuma sempat tonton episod terakhir drama ni. Itupon nak dekat-dekat habis. Huhu. Okey la. Tanpa membuang masa jom baca review novel RINDU AWAK 200% hasil karya penulis Liyana Zahim.



'Bila dekat tak peduli, bila jauh tercari-cari'


Rindu Awak 200% mengisahkan Armel Aisya yang secara kebetulan telah berjumpa dengan Zill Faezrul yang pada ketika itu telah menjadi tunangan orang. Beberapa tahun berlalu setelah pertemuan itu Armel Aisya pulang ke tanah air setelah tamat belajar di luar negara. Gadis itu tidak bersetuju dengan cadangan ibu bapanya yang ingin menjodohkannya dengan seorang pemuda kampung yang tidak dikenali. Sikap Armel yang keras kepala telah membuatkan hubungan dengan ibunya seringkali bercakaran.


Zill Faezrul lelaki yang pernah ditemui oleh Armel Aisya secara tidak sengaja beberapa tahun yang lalu. Lelaki itu juga sedang bersedih di atas kematian tunangnya disebabkan kemalangan jalan raya. Pertama kali bertemu dengan Zill Faezrul telah berjaya menambat hati orang tua Armel lantas mereka bersepakat untuk menjodohkan Zill dengan anak gadis mereka. Setelah mengetahui yang dirinya akan dijodohkan dengan Zill, Armel telah bertindak untuk memutuskan pertunangannya dengan Zill. Akan tetapi Armel terpaksa menyambung kembali ikatan yang telah diputuskan olehnya atas sebab ingin membalas dendam terhadap bekas teman lelakinya. Zill Faezrul yang tidak tahu hujung pangkal menerima Armel seadanya tanpa mengetahui niat sebenar bakal isterinya itu.


Kehidupan Armel Aisya dan Zill Faezrul tidak seperti pasangan suami isteri yang lain. Sikap Zill yang kerap menghilangkan diri beberapa hari dan kemudian muncul semula menimbulkan tanda tanya di hati Armel. Disebabkan ego yang tinggi, Armel hanya mendiamkan diri walaupun hatinya melonjak-lonjak ingin tahu apakah pekerjaan sebenar suaminya itu.


Hubungan di antara Armel dan bekas teman lelakinya bertambah baik tanpa Armel mengetahui yang lelaki itu mempunyai niat yang tidak baik terhadapnya. Sehinggalah suaminya datang menyelamatkan Armel daripada diapa-apakan oleh bekas teman lelakinya itu. Selepas insiden itu, hubungan Armel dan ibunya bertambah baik kerana Armel telah menyesali segala perbuatannya terhadap ibunya dulu. Dalam pada itu, Armel ingin memulakan kehidupan baru dan mula menerima kehadiran Zill Faezrul di dalam hidupnya. Rupa-rupanya suaminya itu seorang juruterbang. Patut la asyik menghilang aje kerjanya. Zill Faezrul bercerita semula tentang pertemuan pertama dengan Armel dan menyatakan isterinya itulah yang seringkali muncul di dalam mimpinya setelah solat istikharah bagi mendapatkan petunjuk akan jodohnya itu. Armel dapat menerima segalanya dengan hati yang terbuka.


Zill dan Armel hidup bahagia tetapi tidak lama apabila Irene mula mencuba untuk memporak perandakan rumah tangga mereka. Disebabkan satu cerita yang tidak benar telah menyebabkan Armel meninggalkan Zill seorang diri.Kemuncak cerita ini apabila Irene bertindak dengan menikam Zill dan akibatnya Irene telah ditangkap polis. Kesudahannya, Armel telah mengetahui cerita yang sebenar mengenai Irene daripada kawan Irene sendiri. Armel dan Zill akhirnya hidup bahagia hingga ke akhir hayat. Tamat.




Review kali ni macam kureng sikit tak tahu la kenapa. Mungkin sebab Cikgu Faiz dah lama habis membaca novel ni jadi tak berapa nak ingat secara lengkap jalan ceritanya. Sekarang ni pon Cikgu Faiz dalam proses nak habiskan novel terbaru pula. Huhu. Itu yang otak agak berpinar-pinar tu. Banyak cerita nak kena ingat balik. Hihihi. Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
0 Comments

0 orang comel dah komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...