Hannani Otai, Abang Mengalah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 03 Jun 2015


Kali ni Cikgu Faiz nak update cerita budak berdua ni. Abang Faqih Hakim dan adik dia Hannani. Kalau korang tengok gambar di bawah ni nampak macam okey je dua beradik ni. Tapi hakikatnya, fuhhh.... Dasyat tau tak. Hihi. Apa yang dasyatnya?



Alangkah indahnya kalau macam ni hari-hari. Abang Faqih dan Hannani ni suka sangat gaduh-gaduh manja. Hannani ni garang sikit. Pantang abang buat salah mula la dia marah abang lepas tu tampar-tampar manja gitu. Huhu. Abang pulak tak boleh nak bergurau. Kena macam tu tangan cepat je nak mencubit adik. Macam ni la hari-hari. Huhu.



Si adik pulak apa yang abang ada dia pon nak. Contohnya, kalau abang tengah buat kerja sekolah dia pon nak buat jugak. Selalunya Cikgu Faiz bagi buku yang dah tak pakai untuk Hannani conteng tapi sekejap je. Lama-lama dia tak nak dah buku tu. Sebabnya Hannani nak buku yang sama macam abang dia. Ada gambar dan boleh warna. Huhu. Itu yang kejap-kejap abang kena kacau dengan adik. Lepas tu mula la cubit mencubit dan menangis. Huhuhu. Ini baru dua orang dan macam ramai je. Meriah sungguh rumah dengan ragam dua beradik ni. Bila bonda pon menyelit dengan budak dua orang tu lagi gamat la jadinya. Huehuehue. Tapi kadang-kadang abang boleh diharap jugak. Kalau Cikgu Faiz tengah masak, boleh jugak dia tolong jaga adik atau tepuk-tepuk adik sampai tido tapi selalunya Hannani tak tido pon. Huhu. Nak jugak mengacau bonda kat dapur.


Tapi rasanya Hannani lagi kental dari abang Hakim sebab ada masanya abang Hakim tak boleh tahan bila kena babap dengan Hannani. Haha. Mula la menangis. Lepas tu adik dia tengok je abang menangis. Bila Cikgu Faiz suruh Hannani pujuk abang pandai pulak dia tak babap dah. Huhuhu. Macam-macam hal dengan anak-anak. Tersenyum sorang-sorang bila teringat keletah dua beradik ni. Hihi. Sekian.


Yang menaip,

5 comments:

Icah Banjarmasin said...

Assallammualaikum..comelnyaaaaa..hahaa

Mas Zull said...

assalamualaikum nurul....suka tengok...geram nyer...:)

sue sue said...

Bestnya dah ada sepasang....doakan saya pulak dapat bby girl...





Singgah Blogwalking....:)

jemput baca entri tentang masalah "wanita"
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/06/hilangkan-keputihan-dengan-alfalfa.html

Cik Siti said...

selalunya yang sulung yg akan mengalah....hee

Sop Nama Saya said...

sifat abang sulung mmg cam tu
akan mengalah dgn adik :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...