Semester Terakhir Di UPSI?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 07 Jun 2017


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini Cikgu Faiz ingin memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya Cikgu Faiz telah selesai menghabiskan saki baki PJJ di UPSI Isnin lalu. Alhamdulillah hari Isnin lepas, Cikgu Faiz telah menduduki peperiksaan akhir bagi subjek Pengurusan Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Syukur sangat-sangat kerana Cikgu Faiz dapat menghabiskan semester terakhir ini dengan berbekalkan semangat dari keluarga dan rakan-rakan seperjuangan.




Tetapi, Cikgu Faiz masih belum boleh menarik nafas lega selagi keputusan peperiksaan belum diumumkan. Harapan Cikgu Faiz semoga akan lulus hendaknya dan lepas ni Cikgu Faiz akan menyambung kembali aktiviti di blog. Rindu rasanya nak bercerita di blog ini dan menyertai segmen serta giveaway dari rakan-rakan blogger. Rasanya itu je yang Cikgu Faiz nak kongsikan malam ni. Semoga urusan kita semua dipermudahkan olehNya. Amin.


Yang menaip,

1 comment:

puankuci said...

Alhamdulillah.. Semoga lulus dan dipermudahkan segalanya.. salam ramadhan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...