KDrama | Black



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 15 Disember 2017


Isnin baru-baru ni tamatlah sudah kdrama Black yang ditayangkan di viu. Waktu tayangan adalah masa yang sama ianya turut ditayangkan di Korea. Dekat Astro pon ada drama Black ni. Kalau korang peminat drama korea memang wajib tonton Black ni. Sebab apa? Meh baca sinopsis.




Black mengisahkan seorang gadis yang bernama Kang Ha Ram yang boleh melihat bayangan hitam pada seseorang. Sekiranya bayangan hitam itu muncul pada seseorang ianya menandakan bahawa orang itu akan mati. Huhu. Seram kan. Ha Ram juga boleh mengetahui bagaimana seseorang itu akan mati hanya dengan menyentuh bayangan hitam tersebut. Misteri bermula apabila Ha Ram bertemu semula dengan kawan lamanya iaitu Joon tanpa mengetahui yang sebenarnya Joon telah pun lama mati dan orang yang disangka Joon itu adalah Han Mo Gang iaitu adik angkat kepada Joon.


Han Mo Gang merupakan seorang detektif yang ingin menyiasat punca kematian abang angkatnya. Sebaik mendapat tahu perkara sebenar mengenai punca kematian, dengan tidak disangka-sangka Han Mo Gang telah ditembak di kepala lalu mati. Malaikat maut 444 mengambil kesempatan ini dengan memasuki badan dan menyamar sebagai Han Mo Gang. Sebaik memasuki badan Han Mo Gang, keadaan mula berubah. Han Mo Gang yang dikenali sebagai detektif yang lembik tiba-tiba bertukar watak. Fuhhh... memang segak habis la dengan sut hitam tu. Hihihi.


Kenapa agaknya malaikat maut 444 ni masuk ke dalam badan Han Mo Gang? Yang tu korang kena la tonton sendiri. Cikgu Faiz jamin yang korang mesti suka dengan drama 18 episod ni. Wataknya saling berkait-kait dan last sekali baru tahu cerita sebenar. Yang pasti juga, Cikgu Faiz sukakan watak Song Seung Heon yang memainkan watak Han Mo Gang. Dah lama minat dia ni start dari drama Autumn In My Heart, Time Slip Dr Jin dan drama Black ni.




Selain Song Seung Heon, drama fantasi thriller ini turut dilakonkan oleh pelakon Go Ara sebagai Kang Ha Ram, Kim Dong Joon sebagai Oh Man Soo dan Lee El sebagai Yoon Soo Wan. Ost dia pon best tau. Hihihi. Sekian dan selamat menonton.








Yang menaip,

Pertama Kali Shopping Di 11street



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 14 Disember 2017


Pertama kali Cikgu Faiz shopping di 11street.my. Saje nak test barang dekat situ kebetulan memang tengah mencari barang ni ha untuk dinner sekolah nanti. Tak nak cari yang mahal-mahal kononnya. Dan hasilnya.....










Tadaaaa..... Handbag rupanya. Hihihi. Tak tahu la kena ke tidak dengan tema dinner tu nanti. Belasah je la. Harga handbag ni RM35 sahaja termasuklah kos penghantaran ke rumah. Tepat tepat sampai masa harijadi Cikgu Faiz baru ni iaitu 11 Disember. Hihihi. Kira hadiah birthday jugak la ni. Reward untuk diri sendiri kata orang. Hahaha.


Servis okey la. Nak kata cepat tu takde la cepat sangat. Lebih kurang 5 hari jugak memakan masa nak dapat barang ni. Cuti-cuti ni shopping ajelah kerjanya ye. Kadang-kadang bila dok window shopping tu tiba-tiba rasa blur tak tahu nak beli apa akhirnya tutup terus laman web tu. Huhuhu. Mungkin nafsu belum menguasai diri lagi. Kikiki. Dah jom tido.


Yang menaip,

Hannani Ke Karnival Ceriathon SKPU



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 14 Disember 2017


Hari ni baru update semula. Lemaunya la rasa ni ha padahal bahan ada je ni nak update. Macam mana blog nak maju kalau perangai macam ni. Huhuhu. Okey la, kali ni Cikgu Faiz nak cerita sikit tentang aktiviti Karnival Ceriathon yang telah diadakan pada 11 November 2017 yang lalu bertempat di SK Puchong Utama. Untuk pengetahuan semua, program Ceriathon ini adalah kutipan dana untuk membaikpulih prasarana sekolah supaya kelihatan lebih ceria. Jadinya, penutup program ini telah diadakan karnival dengan pelbagai aktiviti yang menarik untuk murid-murid, ibu bapa serta masyarakat setempat. Masa program tersebut Cikgu Faiz terpaksa membawa abang Hakim dan Hannani bersama kerana abah dia pon ada program juga haritu. masak jugalah Cikgu Faiz melayan dua orang ni.



Dapatlah juga bawa anak-anak melihat beberapa jenis haiwan yang turut ada pada karnival tersebut.




Tak pandang kamera sebab takut.




Yang ni baru nampak okey sikit ada juga la gaya peace tu.




Lepas tu bawa ke aktiviti 'Sand Art'. Action je lebih tu padahal bonda yang buatkan. Hahaha.




Artis jemputan yang dijemput khas untuk memeriahkan karnival. Budak-budak memang suka la.




Last sebelum balik. Main 'Giant Bubble' dulu. Hannani berlagak tak kasi bonda tolong last last tak jadi pon belonnya. Geram betul. Kesimpulannya penat sangat haritu. Bukan penat buat kerja tapi penat melayan Hannani yang tak reti duduk diam ni. Huhuhu. Abang dah besar okey la sikit. Balik rumah terus pengsan kepenatan. Apa pun aktiviti pada hari tersebut memang best sebab pengalaman baru untuk Hannani dapat pergi sekolah bonda. Hihihi. Sekian.


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...