Akhirnya...



Assalamualaikum.


Hai, semalam tak update blog pun. Sebab sibuk dengan mesyuarat. Balik rumah terus berbongkang kepenatan. Nak blogwalking pun takde mood je sebab internet macam hampeh.


Ingat lagi tak entry riang gembira aku hari tu? YANG NI LA. Hari ni aku nak berkongsi cerita di sebalik kegembiraan tersebut.


Hari tu kan aku pergi kedai buku kat Giant. Tengah syok-syok dok usha novel Ombak Rindu yang terbaru (dari cermin kaca kedai buku je), aku ternampak sebuah novel yang aku dok cari-cari selama ni. Ha, novel kat bawah ni la yang aku dah lama cari dan baru hari tu aku ternampak dan aku cepat-cepat masuk ke kedai tersebut dan terus membeli novel tersebut. Haha. Memang rezeki aku betul hari tu. Sebab apa? Sebab novel tu tinggal satu je. Jadi apa lagi, dah ada kat depan mata aku terus rembat la. Huhuhu.


Jom baca sinopsis Kasih Yang Suci.



Tagline : Seputih harapan kudambakan memagari rindu yang membiru.


Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa bolehh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru.


Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.


"Hakikatnya, aku suami dan kau isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua," tegas Seth.


Tapi mengapa Nora Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci ! Benarkah?


Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.


Nora Elena akhirnya redha menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.


p/s : Novel Katerina pon tak abis baca lagi. Huhu.

7 comments:

susulemakmanis said...

novel tue best!!!!

Nurul Fakhirah Azlan said...

macam cerita Nora Elena kat TV3 tu ke?

Anyyss Shuhaimi said...

tak berapa minat membeli novel cinta. lebih minat novel islamik. :)

FadzMeera said...

a'ah novel nora elena tu..
saya pon cari sbbkan drama tue

Dingdang said...

@FadzMeera
haha.dah jumpa lom?

Teja Evalea said...

dah lama xbc novel

Atiqah Zakaria said...

Novel tu best gilaaaa :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...