Sejarah ringkas penggunaan komputer dalam pendidikan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Malam tadi Cikgu Faiz ada baca modul Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Maklum la, 30hb ni ada peperiksaan akhir semester dua. Tengah-tengah baca tu terbaca pulak tentang sejarah penggunaan komputer. Masa zaman Cikgu Faiz sekolah rendah dulu, tak pernah pon sentuh komputer, laptop apatah lagi. Naik sekolah menengah baru la merasa belajar komputer. Anak-anak zaman sekarang ni dikira beruntung sebab lahir je semua dah ada.


Dalam hati tu tertanya-tanya juga. Bila masa penggunaan komputer ni mula diperkenalkan? Sekarang ni Cikgu Faiz ingin berkongsi apa yang telah dibaca malam tadi. Err... sebenarnya pagi tadi. Hehe. Pagi-pagi buta Cikgu Faiz baca buku. Huhu. Malam ni nak sambung baca lagi :)


google.com.my



Era Pra Penggunaan Mikrokomputer

  • 1950 - Instruksional pertama untuk penggunaan komputer.
  • 1959 - Pertama kali diperkenalkan kepada murid sekolah.
  • 1960 hingga 1970 - Penggunaan sistem perkongsian masa universiti :-
  1. Sistem komputer pertama khusus untuk instruksional iaitu sistem IBM 1500.
  2. Mini komputer pertama untuk instruksional iaitu Digital Equipment Corp. PDP-1.
  • Hujung 1970-an - Dominasi syarikat Pusat Kurikulum Komputer (CCC) dan Pusat Kawalan Data (CDC) dalam bidang komputer dalam pendidikan :-
  1. Programmed Logic for Automatic Teaching Operation (PLATO) dibangunkan.
  2. Time-shared Interactive Computer-Controlled Information Television (TICCIT).
  3. Sistem Instruksional Dikawal Komputer (CMI) diwujudkan.
  4. Sistem pentadbiran komputer diwujudkan.
  5. Minat terhadap Instruksional Berbantukan Komputer (CAI) menurun.

Era Mikrokomputer

  • 1977 - Mikrokomputer pertama diperkenalkan di sekolah.
  • Awal 1980-an - Pergerakan perisian penerbitan dimulakan melalui bercambahnya :-
  1. Pergerakan penilaian koswer bermula.
  2. Pergerakan alat pengarangan berpusatkan guru bermula.
  3. Pergerakan literasi komputer bermula.
  4. Pergerakan perisian Logo dan perisian penyelesaian masalah bermula.
  • 1980-an hingga 1990-an - Sistem Pembelajaran Bersepadu (Integrated Learning System) diwujudkan.

Era Internet

  • 1994 - Lahirnya World Wide Web (Web).
  • 1998 - International Society for Technology in Education (ISTE) telah membangunkan piawaian komputer.
  • 2000 dan seterusnya - Penggunaan multimedia di dalam Internet mula berkembang.

Rujukan : Dr. Maizatul Hayati Mohamad Yatim, Mohd Nazri Md. Saad dan Roznim Mohamad Rasli (2011). Modul Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Universiti Pendidikan Sultan Idris.




Yang benar,

5 comments:

jaakechik said...

ckp pasal komputer ni teringat pulak masa first time jaa guna komputer dulu..hihi xsilap masa tingkatan 1 kot...hahaha..jakun!

Athirah said...

zaman makin canggih, budak2 kecik pun tau pakai comp, hampeh tul,,haha
*jeles :D

Dingdang said...

@jaakechik
CF pon sama gak jaa.. hehe. Bila sampai masa pergi makmal komputer je mesti excited giler. huhuhu.

Unknown said...

mula-mula pegang komputer masa sek menengah, masa tu kelakar sgt cm monyet dapat bunga. haha. thanks for the nice info.

Dingdang said...

@Zul Stoac
welcome. biasa la tu. hehe. teknologi baru la katakan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...