Showing posts with label hadiah. Show all posts
Showing posts with label hadiah. Show all posts

Hadiah Mega Giveaway Inspirasi 2016 By Cik Akak



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 05 Mac 2016


Semalam Cikgu Faiz menerima satu hadiah kemenangan giveaway yang telah dianjurkan oleh blogger Cik Akak. Memang suka sangat sebab hadiah yang Cikgu Faiz dapat tu memang kena dengan minat Cikgu Faiz ni. Hihi. Kebetulan kan. Rasanya ramai jugak yang join giveaway tu sebab banyak hadiah yang ditawarkan. Tanpa membuang masa jom tengok hadiah yang Cikgu Faiz menang tu.



Semalam masa nak punch card lepas sekolah kebetulan abang poslaju pon baru sampai di pejabat. Hihi. Tengok ada banyak jugak parcel dalam hati berkata mesti Cikgu Faiz punya pon ada. Hihi.




Taraaa...! Inilah hadiahnya. Sebuah novel yang telah ditaja oleh blogger Suria Amanda. Excited giler sampai tak sempat nak sampai rumah terus buka sementara menunggu Encik Suami datang menjemput Cikgu Faiz. Hihihi.



Terima kasih tak terhingga kepada sis Suria Amanda di atas hadiah ini dan tak lupa juga berbanyak terima kasih kepada blogger Cik Akak kerana berjaya menganjurkan giveaway yang gempak gitu. In Sha Allah lain kali kalau Cik Akak buat GA, Cikgu Faiz akan join lagi sebagai tanda sokongan dan untuk memeriahkan lagi dunia blogging di alam maya ni. Terima kasih sekali lagi. Semoga murah rezeki anda berdua hendaknya. Amin.


Yang menaip,

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2015



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 29 Mei 2015


Semalam iaitu pada hari Khamis telah diadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Bukan main seronok lagi murid-murid kerana dapat bersama-sama meraikan Hari Guru. Cikgu apatah lagi. Gembira apabila dihargai setahun sekali. Tak kisah la orang nak cakap syok sendiri tapi bagi Cikgu Faiz masa inilah cikgu nak bergembira bersama anak murid. Tak gitu. Cikgu sahaja yang memahami keadaan ini.


Okeylah, tanpa membuang masa jom kita layan gambar-gambar di sepanjang berlangsungnya majlis sambutan Hari Guru semalam.



Masa ni murid-murid Prasekolah baru nak bersarapan pagi. Sebelum pergi dewan kena la isi perut dulu nanti ada pulak yang mengadu lapar. Huhu.




Semua dah tak sabar nak pergi dewan tu sampai ada yang tak nak makan. Huhu.




Kalau tahun 2014 dulu, tema pakaian untuk sambutan Hari Guru ialah bertemakan 'Back To School' tapi pada tahun ini temanya ialah pasukan bola sepak kegemaran. Haha. Agak-agak jersi pasukan mana yang Cikgu Faiz pakai tu? Hihi.




Yeayyy.... dah sampai dewan. Semua murid dari tahun 1 dan 6 berkampung di dewan terbuka sekolah.




Seronok sangat sampai tak peduli dah cikgu nak ambik gambar. Huhuhu.




Ramai kan. Gamat tak gamat la suasana bila dah ramai-ramai macam ni. Huhu. Takpe. Cikgu juga adalah pengawal keselamatan okey. Hihi.




Cikgu-cikgu lelaki sedang sibuk menggantung belon. Cikgu Faiz memang tak la kalau dengan belon ni. Kirim salam aje ye. Buat terkejut je nanti bila meletup. Huhu.





Dapat jugak la menggondol anugerah semalam. Hahaha. Dah macam anugerah oscar je. Siap ada penyampai anugerah lagi. Huhu. Trofi je takde. Takpe. Sijil ni nanti boleh letak dalam frame gambar dan simpan sebagai kenangan bila dah pencen nanti. Hikhik.




Bila murid-murid dan balik baru la bermula jamuan dan pertukaran hadiah. Memang mendebarkan sebab tak tahu dapat hadiah apa. Huhu.




Menggoda tak tembikai tu. Ini lebihan tembikai masa acara sukaneka. Tak habis dan dibawa ke jamuan pulak. Oppsss... acara makan buah tembikai sampai lebam. Hihi.



Haa.... ini hadiah pertukaran daripada Cikgu Faiz yang berupa tupperware. Memang syok kalau dapat tupperware ni. Macam-macam makanan boleh isi. Hihi.




Ini yang Cikgu Faiz dapat. Tray untuk buffet. Ini macam nak suruh Cikgu Faiz masak je. Kali kedua dapat tray ni. Hihi. Senang tak payah nak beli lagi. Huhu.




Antara hadiah yang Cikgu Faiz dapat. Kebanyakannya adalah tupperware. Hihi. Favourite cikgu tu tupperware. Mihmih. Hot chocolate pon ada. Huhu. Terima kasih anak-anak murid yang sudi bagi hadiah dekat Cikgu Faiz yang garang macam singa ni. Hahaha.




Ini antara hadiah yang paling unik sekali. Fridge magnet bergambar. Huhu. Terima kasih sekali lagi. Walaupun murid-murid Prasekolah tak dapat membaca blog Cikgu Faiz ni tidak mengapa. Mungkin satu hari nanti akan ada yang terjumpa cebisan entri Hari Guru ini yang akan mengingat kembali detik-detik suka dan duka ketika pernah menjadi anak didik Cikgu Faiz. Masa tu mungkin semua sudah menjadi dewasa dan Cikgu Faiz pula dah pencen. Huhu. Sekian.


Yang menaip,

Hadiah Mini Giveaway Intan Berlian



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 21 Jun 2014


Hannani dah tidur. Hari ni asyik meragam aje. Tak boleh letak langsung. Buat kerja pon kena cepat-cepat sebab Hannani dah menangis. Huhu. Tapi nasib baik sempat masak nasi dan lauk ayam goreng dan sambal udang. Hihi. 


Hari tu kan Cikgu Faiz ada join satu mini giveaway yang simple di blog Intan Berlian. Caranya mudah saja hanya letakkan link blog. Hihi. Cikgu Faiz pon apa lagi kan, bila nampak giveaway yang senang-senang tu terus la join. Hihi. Tak sangka pulak boleh menang. Rezeki Hannani...




Ha... inilah hadiah tu. Cantik kan. Dress warna kuning. Tak sabar pulak nak tunggu Hannani besar boleh pakaikan dia baju ni lepas tu ambik gambar. Hihihi. Terima kasih kepada blogger Intan Berlian kerana bermurah hati menganjurkan mini giveaway yang tersangatlah mudah dan hadiah yang comel ni. Semoga murah rezeki Intan Berlian sekeluarga ya. Amin.


Kepada yang nak mengenali kak Intan Berlian dengan lebih lanjut boleh la ke blog beliau di >SINI< Sekian.




Yang menaip,

Hadiah GA dari Eymasu Craft



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 22 Mei 2014


Syukur ke hadrat Illahi kerana Cikgu Faiz telah dapat menyiapkan tugasan PJJ. Rasa lega yang teramat sangat tapi masih ada satu tajuk lagi tau. Hihi. Berat sangat dugaan yang Cikgu Faiz harus tempuh untuk semester ini. Tapi Allah tau apa yang terbaik dan segala kesusahan yang dialami telah dapat dilalui dengan sabar dan tabah.




Yeay... semalam hadiah giveaway sampai lagi. Hihi. Dah lama tak update hadiah-hadiah GA. Minta maaf kepada sponsor yang dulu-dulu ye. Banyak benda yang nak dibuat sampai tak terbuat. Oh ye, hadiah di atas tu daripada EYMASU CRAFT. Terima kasih ye awak. Tadi Cikgu Faiz try buka blog eymasu tapi tak boleh pulak. Mungkin sedang dalam pembinaan agaknya. Felf craft pink tu boleh buat simpan duit. Hihi. Kalau dapat dekat abang Hakim memang habis dikerjakan. Hihi. Satu lagi button magnet ladybird yang comel. Terima kasih sekali lagi.


Eh eh... masa menaip ni ternampak ada lagi satu blog eymasu. Hihi. Ha... cer KLIK. Lepas ni Cikgu Faiz kena beli satu bekas untuk simpan hadiah-hadiah GA ni. Sebagai kenang-kenangan kan. Hihi. 


Okey la. Tak nak berceloteh panjang-panjang. Perut dah lapar la pulak. Mentang-mentang hari ni dah dapat gaji. Hihihi. Tapi sebelum tu nak bagitau kepada sesiapa yang suka window shopping tu boleh la jalan-jalan cuci mata dekat IG Cikgu Faiz yang tak seberapa. Ada barang-barang seperti bag transparent bunga bunga cinta, Apple Learning Quran, Kopi Mata Cen Roma, minyak wangi Dubai dan EPHYRA. Hihihi.



Sekian.


Yang menaip,

Hadiah Pengomen Tegar Dunia Shida



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 20 Mei 2014


Entri penghargaan buat rakan blogger Shida Radzuan. Nak maklum yang hadiah untuk pengomen tegar dah dapat. Hihihi. Terima kasih sangat-sangat buat Shida. Cikgu Faiz sangat menghargainya.




Kali ni dapat penanda buku lagi + kad nama + button badge. Banyak dah koleksi dari blogger. Thank you so much. Muahhhh !!!


Jom pergi Korea --> KLIK


Yang menaip,

Hadiah Giveaway Mieya Atiera



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 13 Mac 2014


Semalam dapat hadiah giveaway lagi. Hihi. Rezeki anak-anak. Huhu. Comel je bantal burung hantu ni. Hadiah ni dari giveaway Miera Atiera



Kombinasi warna yang menarik. Hehe. Mentang-mentang ada warna pink.



Hannani pon tidak mahu ketinggalan bergambar dengan bantal burung hantu. Huhuhu.



Inilah pemilik sebenar bantal burung hantu tu. Huhuhu.



Jadi bantal busuk la lepas ni. Hihihi. Terima kasih kepada penganjur giveaway dan sponsor :)


Ini bukan Winter Sonata --> KLIK


Yang menaip,

Hannani Susah Tidur Malam | Hadiah Sponsor GA



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 09 Mac 2014


Baru dapat update entri yang betul-betul. Beberapa hari ini hanya dapat update dengan join giveaway je. Huhu. Itu aje yang sempat daripada tak update langsung. Nak tahu, Hannani sekarang ni dah susah nak tidur malam tau. Selalu Hannani akan tidur pukul 10 atau 11 malam. Bila dah sibuk nak tidurkan Hannani, secara tidak langsung Cikgu Faiz akan tertidur sekali. Huhuhu.




Esok petang, InsyaAllah Cikgu Faiz akan poskan hadiah sponsor Giveaway Gadis Floral by Cik Akie. Cikgu Faiz sponsor keychain aje. Ada lima orang pemenang tapi hanya dua orang sahaja yang telah menuntut hadiah berkenaan. Oleh kerana sudah agak lama menunggu jadi terpaksa jugak poskan hadiah yang sedia ada. Buat pemenang, harap dapat bersabar ye :)


Hannani dah bangun ni. Jumpa lagi ye ^ ^




Yang menaip,

Hadiah Giveaway Syuhada1981.com



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 16 Februari 2014


Beberapa hari yang lepas Cikgu Faiz terima parcel. Dalam pada sibuk-sibuk tu terubat juga hati dengan penerimaan hadiah ini. Hehe. Hadiah Handphone Giveaway di blog syuhada1981.com. Cikgu Faiz menang hadiah random jer. Hadiah handphone blogger lain yang dapat. Huhuhu. 



Dapat hadiah solat perfume. Ada cop halal lagi tu. Hihi.





Dalam kotak tu ada 6 botol solat perfume yang berlainan bau. Sebotol dah kena kebas dengan Encik Suami. Hihih..





Cikgu Faiz juga mendapat sijil sebagai tanda kemenangan. Hehe. Pertama kali dapat sijil giveaway ni :)






Berbanyak terima kasih kepada kak Syuhada. Lain kali buat la giveaway macam ni lagi ye dengan hadiah yang best best. Sekian.


p/s : Baru-baru ni Cikgu Faiz menang topup RM5 pulak di blog Hunyeda. Terima kasih kepada penganjur dan sponsor. Hehe. Murah rezeki. Syukur :)


Siapalah agaknya yang dapat duit ni? --> KLIK


Yang menaip,

Hannani Dapat Hadiah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 03 Januari 2014

>>Handphone Giveaway<<
Alhamdulillah... hari ni dah 55 hari. Lagi lima hari lagi Hannani akan masuk dua bulan. Menjerit lagi la dia kena cucuk nanti. Huhuhu. Minggu lepas uncle Hannani ada balik jenguk dia sempena majlis cukur jambul dan akikah. Uncle balik siap bawak buah tangan untuk Hannani. Bonda pulak yang lebih teruja ^ ^
Ha... itulah dia hadiah untuk Hannani. Bentuk macam puting. Ada kegunaannya tau. Ini puting untuk baby makan buah. Masukkan buah yang nak diberi kepada baby seperti buah anggur kemudian bagi je baby gigit gigit puting tu lepas tu kuar la air buah tu. Kan senang. Hehe. Sebenarnya Cikgu Faiz pon baru tahu pasal puting ni. Memang berguna sangat sangat la lepas ni. Kena tunggu Hannani besar sikit baru boleh bagi :) Sekian.


p/s : Terima kasih uncle


<KLIK>


Yang menaip,

Surprise !!



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Fuhh... hari ni overtime giler-giler dekat sekolah. Mana taknya, aktiviti ko-kurikulum habis pukul empat petang. Lepas tu tak boleh nak balik lagi sebab Encik Suami pon ada koko jugak. Huhuhu. Lepak dekat kelas je la siapkan bahan bantu mengajar, buku rancangan mengajar dan sebagainya. Sadis, sadis. Kelas tu dah jadi rumah kedua Cikgu Faiz. Setiap hari Rabu je mesti setengah hari duduk di kelas. Apa boleh buat? Nak balik sendiri Encik Suami dah tak bagi sebab kurang selamat. Jadi nak tak nak terpaksa tunggu di kelas je. Nasib baik la kelas tu dah macam rumah sebab semuanya ada kecuali katil. Hehehe. Nak masak ke, nak tengok tv ke semua boleh. Huhuhu.


Hari esok ada meeting kewangan pulak. Lepas tu nak kena siapkan sijil untuk mesyuarat agung PIBG yang akan berlangsung pada Ahad ni. Tengok, hari Ahad pon kerja tau. Huhuhu. Jadi jangan la cakap yang cikgu ni makan gaji buta sahaja. Sangat tidak patut.


Syoknya kalau dapat tidur macam Faqih ni. Huhuhu.



Eh, eh, nak tahu tak? Tadi kan masa masa sampai rumah Encik Suami suruh keluarkan pakaian kotor dia dari dalam beg. Lepas tu kena suruh keluarkan kuih dari dalam beg pulak. Kuih apa? Cikgu Faiz tanya. Encik Suami diam. Cari punya cari takde pon kuih. Tengok mula Encik Suami dah tersengih-sengih macam kerang busuk. Tengok dalam beg lagi. Eh, ada benda la !! Hehe. Wow... benda yang lama Cikgu Faiz idam-idamkan. Sepatutnya dah boleh beli benda tu tapi disebabkan ada perkara yang tidak diingini berlaku maka hajat itu tidak kesampaian. Sudahnya tadi Encik Suami dah membantu Cikgu Faiz mencapai apa yang diinginkan. Terima kasih my sweetheart. Hehe. 


P/S: Mata dah mula berpinar-pinar ni akibat kekenyangan ^ ^


KLIK SEKALI JE


Salam sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...