Showing posts with label terima kasih.. Show all posts
Showing posts with label terima kasih.. Show all posts

Selamat Hari Guru !!!



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 16 Mei 2015


Akhirnya tarikh keramat itu tiba juga. 16 Mei setiap tahun adalah hari yang sangat bermakna untuk semua guru. Tak kisah la cikgu sekolah, cikgu KAFA, cikgu sekolah memandu, cikgu tuisyen dan sebagainya. Anda semua telah mencurahkan ilmu yang tak bertepi buat semua anak didik yang telah diamanahkan untuk kamu.


Alhamdulillah, ini merupakan kali yang ke 10 Cikgu Faiz menyambut Hari Guru. Bersyukur kerana masih diberi peluang dan dipanjangkan usia untuk terus mendidik anak bangsa. Segala ilmu yang Cikgu Faiz curahkan kepada anak didik diberi dengan penuh rasa tanggungjawab dan berharap suatu hari nanti mereka semua akan menjadi orang yang berguna dan berbakti kepada ibu bapa dan masyarakat.


Di kesempatan ini juga Cikgu Faiz ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang pernah mengajar Cikgu Faiz terutamanya cikgu-cikgu di SK Tuanku Fatimah dan SMK Sulaiman. Tak lupa juga buat Cikgu Wafdi yang pernah mengajar Cikgu Faiz tentang asas-asas menggunakan komputer. Juga buat cikgu sekolah memandu yang pernah mengajar Cikgu Faiz sehingga berjaya mendapatkan lesen memandu sendiri. Seterusnya terima kasih yang tak terhingga kepada semua pensyarah di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Terima kasih kerana mendidik Cikgu Faiz dari sekolah rendah sehinggalah sekarang ini. Tanpa guru siapalah Cikgu Faiz ni. Tak mungkin akan menjadi seperti sekarang. Semuanya berkat tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan. Terima kasih cikgu.








Selamat Hari Guru juga buat rakan-rakan seperjuangan dan semua yang bergelar GURU.


Guru Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak.


Yang menaip,
 

Hadiah Mini Giveaway Intan Berlian



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 21 Jun 2014


Hannani dah tidur. Hari ni asyik meragam aje. Tak boleh letak langsung. Buat kerja pon kena cepat-cepat sebab Hannani dah menangis. Huhu. Tapi nasib baik sempat masak nasi dan lauk ayam goreng dan sambal udang. Hihi. 


Hari tu kan Cikgu Faiz ada join satu mini giveaway yang simple di blog Intan Berlian. Caranya mudah saja hanya letakkan link blog. Hihi. Cikgu Faiz pon apa lagi kan, bila nampak giveaway yang senang-senang tu terus la join. Hihi. Tak sangka pulak boleh menang. Rezeki Hannani...




Ha... inilah hadiah tu. Cantik kan. Dress warna kuning. Tak sabar pulak nak tunggu Hannani besar boleh pakaikan dia baju ni lepas tu ambik gambar. Hihihi. Terima kasih kepada blogger Intan Berlian kerana bermurah hati menganjurkan mini giveaway yang tersangatlah mudah dan hadiah yang comel ni. Semoga murah rezeki Intan Berlian sekeluarga ya. Amin.


Kepada yang nak mengenali kak Intan Berlian dengan lebih lanjut boleh la ke blog beliau di >SINI< Sekian.




Yang menaip,

Hadiah Giveaway SyaHoney Kitty



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 20 Jun 2014


Baru-baru ini Cikgu Faiz menang giveaway INI di blog SyaHoney Kitty. Dah dapat pon hadiahnya. Hihihi. Cute sangat.




Comel kan.. Kecik je botolnya. Bau pon wangi. 




C&H Body Perfume Inspired By Paris Hilton Pasport


Tak rugi join giveaway ni. Kalau bernasib baik boleh menang hadiah. Hihihi. Suka suka suka. Terima kasih kepada SyaHoney Kitty selaku penganjur giveaway dan juga sponsor hadiah yang Cikgu Faiz menang ni. Moga bertambah murah rezeki awak selepas ini. Amin.


Selain hadiah ini Cikgu Faiz ada menang giveaway yang lain jugak. Hihi. Rezeki anak-anak. Tapi tak sempat nak snap gambar hadiah lagi. Nanti Cikgu Faiz update hadiah lain pulak okey. Sekian.



Yang menaip,

Hadiah GA dari Eymasu Craft



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 22 Mei 2014


Syukur ke hadrat Illahi kerana Cikgu Faiz telah dapat menyiapkan tugasan PJJ. Rasa lega yang teramat sangat tapi masih ada satu tajuk lagi tau. Hihi. Berat sangat dugaan yang Cikgu Faiz harus tempuh untuk semester ini. Tapi Allah tau apa yang terbaik dan segala kesusahan yang dialami telah dapat dilalui dengan sabar dan tabah.




Yeay... semalam hadiah giveaway sampai lagi. Hihi. Dah lama tak update hadiah-hadiah GA. Minta maaf kepada sponsor yang dulu-dulu ye. Banyak benda yang nak dibuat sampai tak terbuat. Oh ye, hadiah di atas tu daripada EYMASU CRAFT. Terima kasih ye awak. Tadi Cikgu Faiz try buka blog eymasu tapi tak boleh pulak. Mungkin sedang dalam pembinaan agaknya. Felf craft pink tu boleh buat simpan duit. Hihi. Kalau dapat dekat abang Hakim memang habis dikerjakan. Hihi. Satu lagi button magnet ladybird yang comel. Terima kasih sekali lagi.


Eh eh... masa menaip ni ternampak ada lagi satu blog eymasu. Hihi. Ha... cer KLIK. Lepas ni Cikgu Faiz kena beli satu bekas untuk simpan hadiah-hadiah GA ni. Sebagai kenang-kenangan kan. Hihi. 


Okey la. Tak nak berceloteh panjang-panjang. Perut dah lapar la pulak. Mentang-mentang hari ni dah dapat gaji. Hihihi. Tapi sebelum tu nak bagitau kepada sesiapa yang suka window shopping tu boleh la jalan-jalan cuci mata dekat IG Cikgu Faiz yang tak seberapa. Ada barang-barang seperti bag transparent bunga bunga cinta, Apple Learning Quran, Kopi Mata Cen Roma, minyak wangi Dubai dan EPHYRA. Hihihi.



Sekian.


Yang menaip,

Baucar Buku 1 Malaysia



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 16 Mac 2014


Di saat Cikgu Faiz menaip entri ini hujan sedang membasahi bumi. Alhamdulillah. Dari pagi hingga sekarang masih hujan. Pagi tadi hujan macam nak tak nak je tapi sekarang ni baru lebat sikit. Syukur. Semoga jerebu akan beransur pulih pada hari esok. Tak lupa juga doa buat MH370. Semoga akan dijumpai dalam masa terdekat. Amin..




Gembira sangat sebab semalam dapat Baucar Buku 1 Malaysia berjumlah RM250. Eh, jangan nak perasan ye. Bukan Cikgu Faiz yang dapat tapi Encik Suami. Hahaha. Kan dah terkena. Hihi. Tapi tak kisah la kan, apa-apa yang berkaitan dengan suami mesti la kena kongsi dengan isteri. Hee...


Cikgu Faiz target nak menumpang beli stok pen merah dan hitam banyak-banyak. Hihi. Senang tak payah asyik nak pergi beli aje. Lepas tu nak mintak novel satu. Hehe. Dah mintak baucar RM50 dan Encik Suami kata boleh yang penting lepas ni Cikgu Faiz kena belanja Encik Suami pulak la. Huhu. Boleh aje. Heeee..


Tak sabar nak shopping sakan dengan baucar ni. Tapi kena tunggu masa yang sesuai sebab sekarang ni tengah musim jerebu takut nak bawak Hannani dan abang keluar. Bila dah okey nanti baru boleh pergi. Siapa lagi yang dapat baucar buku ni sila angkat tangan cikgu nak tengok. Hehe. Sekian.


Nak handphone ni --> KLIK


Yang menaip,

Hadiah Giveaway Syuhada1981.com



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 16 Februari 2014


Beberapa hari yang lepas Cikgu Faiz terima parcel. Dalam pada sibuk-sibuk tu terubat juga hati dengan penerimaan hadiah ini. Hehe. Hadiah Handphone Giveaway di blog syuhada1981.com. Cikgu Faiz menang hadiah random jer. Hadiah handphone blogger lain yang dapat. Huhuhu. 



Dapat hadiah solat perfume. Ada cop halal lagi tu. Hihi.





Dalam kotak tu ada 6 botol solat perfume yang berlainan bau. Sebotol dah kena kebas dengan Encik Suami. Hihih..





Cikgu Faiz juga mendapat sijil sebagai tanda kemenangan. Hehe. Pertama kali dapat sijil giveaway ni :)






Berbanyak terima kasih kepada kak Syuhada. Lain kali buat la giveaway macam ni lagi ye dengan hadiah yang best best. Sekian.


p/s : Baru-baru ni Cikgu Faiz menang topup RM5 pulak di blog Hunyeda. Terima kasih kepada penganjur dan sponsor. Hehe. Murah rezeki. Syukur :)


Siapalah agaknya yang dapat duit ni? --> KLIK


Yang menaip,

Hadiah Giveaway Fatin Diana



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 03 Februari 2014



Ingat lagi tak dengan entri INI? Cikgu Faiz ada dapat beberapa parcel kan? Lagi satu parcel tu datangnya dari GA Fatin Diana. Dapat T-Shirt adibas Adidas warna biru.





Encik Suami pulak yang terlebih excited nak bukak parcel tu. Huhu. Biarkan aje. Hehe. Lepas tu tengok saiz baju L. Ingat nak bagi Encik Suami aje. Lepas tu bila dia try pakai punya la fit. Hihi. Terus tak jadi nak ambik. Hikhik.




Siap dapat surat dari sponsor lagi. Heee... Terima kasih Red Delima. Cikgu Faiz suka baju tu :) Tak lupa jugak terima kasih kepada Fatin Diana selaku penganjur GA. Sekian.




Yang menaip,

Kenangan Sewaktu Mengandungkan Baby Hannani



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 29 Disember 2013




Hari ini Hannani telah berusia 50 hari. Cepat je masa berlalu. Rasanya macam baru je Cikgu Faiz bersalinkan Hannani. Bila tengok Hannani tido teringat pulak saat-saat ketika mengandung dulu. Sebelum disahkan mengandung, beberapa hari sebelum tu Cikgu Faiz demam agak teruk jugak. Tak lama lepas tu check sendiri guna pregnancy test sah la yang Cikgu Faiz sudah mengandung beberapa minggu. Itu pon check sebab rasa tak sedap badan dan tekak pon rasa loya jer. Lepas demam tu pulak kepala Cikgu Faiz selalu rasa pening-pening lalat. 


Oleh kerana Cikgu Faiz bekerja sambil belajar, agak risau jugak bila dapat tahu yang diri ini telah berbadan dua. Dalam hati dok fikir macam mana la nak pergi kelas dengan assignment yang banyak lagi. Tapi Encik Suami banyak bagi sokongan moral. Takde la rasa risau sangat.


Tiga bulan pertama mengandung memang Cikgu Faiz mabuk agak teruk jugak. Tak macam masa mengandungkan Faqih dulu. Orang kata kalau kita mabuk teruk mungkin nak dapat baby girl. Cikgu Faiz pon tak pasti betul atau tak. Mungkin jugak kebetulan. Perut tak boleh lapar. Asal lapar je mesti termuntah. Dah la nak makan pon semua tak selera. Duduk rumah langsung tak boleh nak makan nasi. Tekak asyik meloya je. Tak tahu nak makan apa. Bila malam pulak tekak hanya boleh terima burger je. Huhuhu. Okey la. Dapat jugak alas perut walaupun makanan tu kurang berkhasiat untuk baby. 


Menghadap laptop langsung tak boleh. Baru nak menaip buat assignment tekak rasa loya. Sebab tu la sembilan bulan lepas Cikgu Faiz tak aktif berblog. Huhuhu. Kadang tu cuma publish komen-komen je. Tak boleh langsung nak duduk lama-lama depan laptop. Badan pon lemah je. Bila balik dari sekolah kerja Cikgu Faiz cuma terbaring.


Bila dan masuk empat bulan ke atas baru la rasa okey sikit. Makan sudah semakin berselera sampai berat badan naik mendadak dan disuruh minum air gula pada bulan puasa yang lalu. Dan hasilnya Cikgu Faiz telah disahkan menghidap kencing manis. Huhuhu. Sedih dan risau. Kena pulak dengar ceramah pemakanan lepas tu dua minggu sekali kena check darah dekat klinik sebanyak 4 kali sehari. Dahla Cikgu Faiz ni memang takut dengan jarum. Tiap kali nak kena check darah / cucuk mesti akan rasa risau tak menentu padahal cucuk sikit je pon. Huhu. Cikgu Faiz memang penakut okey.


Alhamdulillah, lepas bersalin ni kencing manis dah takde tapi Cikgu Faiz akan tetap menjaga pemakanan sama seperti ketika mengandung dulu. Banyak risiko bila ibu mengandung terkena kencing manis ni. Antaranya, berisiko terkena darah tinggi, baby mati ketika dalam kandungan, baby besar, baby berisiko terkena kencing manis dan lagi apa entah tak ingat pulak. Di akhir mengandung sebelum bersalin hari tu doktor ada bagitau sekiranya Cikgu Faiz tak bersalin mengikut due date kena terus serah diri dekat hospital. Bila dengar je macam tu memang risau dan takut. Cikgu Faiz selalu berdoa supaya baby akan keluar awal sebab tak nak serah diri. Saya takutttt. Encik Suami pulak selalu cakap yang Cikgu Faiz akan bersalin seminggu awal dari tarikh due. Memang masin la mulut suami akhirnya baby keluar awal seminggu. Agaknya baby Hannani dengar dan dapat rasa yang bondanya risau sebab tu dia nak keluar cepat-cepat. Hihihi.






Anak dah dua orang. Rasa macam tak percaya je. Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan bayi yang comel ini. Terasa segala jerih perih ketika mengandung dan melahirkan dulu terubat dengan adanya cahaya mata yang comel ini. Kadang terfikir jugak kenapa la ada orang yang sanggup nak buang baby sendiri sedangkan baby tu sangat comel dan bukan senang kita nak mendapatnya. Bukankah elok jika memberi baby tu kepada orang lain untuk dijaga? Entah la. Cikgu Faiz pon tak tahu nak cakap apa. Hanya Allah je yang tahu. Sekian.




Yang menaip,

Kejutan | T-Shirt I Am Blogger



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

05 Disember 2013


Hari yang ke 25 berpantang. Sekejap je masa berlalu kan. Tup tup nanti dah masuk kerja semula. Okey, ni nak cerita masa sebelum masuk wad bersalin hari tu. Sehari sebelum tu masa Cikgu Faiz sampai di kampung dapat satu kejutan yang sangat la dinanti-nantikan. Hehe. Tengok-tengok ada satu bungkusan dari pos laju. Dalam hati dah dapat agak barang yang sampai.






Haaa.... mesti korang pon ada beli kan. Hehe. Ala, t-shirt blogger tu la. Cikgu Faiz order melalui blogger Shida. Tapi blogger Apit yang uruskan pasal t-shirt tu. Memang happy sangat masa tu terus bukak bungkusan dan try dekat badan yang tengah memboyot. Huhu. Ini merupakan t-shirt blogger yang pertama. Lepas ni kalau ada yang jual t-shirt blogger macam ni rasa macam nak beli lagi la. Huhu. Best jugak kalau dapat buat koleksi baju blogger.


Thanks to Apit coz t-shirt ni memang ohsem giler. Cikgu Faiz suka ^ ^ Hehe. Sekian.


Peminat tegar korea patut tengok ni --> KLIK


Yang menaip,

Terima Kasih, Shida



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Diam tak diam cuti sekolah sudah sampai ke penghujungnya. Esok sesi persekolahan akan bermula seperti biasa. Faqih juga akan kembali ke taska setelah bercuti seminggu. Cuti seterusnya pula pada bulan Mac ini. Hehe. Belum masuk kerja dan sibuk menghitung hari untuk bercuti lagi ^ ^ Apa la Cikgu Faiz ni.


Nak tahu tak dua hari lepas kalau tak silap Cikgu Faiz telah mendapat header percuma. Kalau korang tengok header terbaru di blog ni itulah dia. Riang sungguh hati Cikgu Faiz ni apabila ada yang sudi menghadiahkan header yang cantik tu. Siapalah yang bermurah hati tu ye? Rasanya ramai di kalangan blogger yang kenal dengan Shida yang terkenal dengan blognya iaitu Dunia Shida. Antara kata-kata Shida mengenai Cikgu Faiz boleh baca di bawah...





Terima kasih Shida. Semoga murah rezeki Shida di dalam dunia blogging ni. Amin. Seronok sangat ada rakan maya macam Shida ni sebab dia tak sombong. Mesra alam je. Kalau ada yang belum kenal dengan Shida atau nak mengenali beliau boleh la ke blognya ya. Macam-macam ada... Jangan lupa follow sekali tau. Tak rugi punya ^ ^ Klik je gambar di atas tu.




Salam sayang,

Saya Dah Ubah Kedudukan Iklan Nuffnang



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Baru-baru ini Cikgu Faiz ada buat entri pasal CPUV. Lepas tu ada seorang akak ni komen yang berbunyi seperti...





Hehehe. Terima kasih kak Intan sebab prihatin dengan blog Ding Dang ni. Sebelum ni memang Cikgu Faiz letak iklan Nuffnang di bahagian kiri blog. Bila kak Intan kata susah nak baca sebab iklan tu mengganggu maka Cikgu Faiz terus mengambil inisiatif dengan mengubah kedudukan iklan tersebut di tempat asalnya dahulu iaitu di bahagian sidebar. Hehe. Harap lepas ni iklan tu tak kacau lagi pembaca-pembaca yang datang ke blog ini.


Kepada mereka-mereka yang rasa tak puas hati dengan blog ini bagitau je. Cikgu Faiz akan cuba sedaya upaya untuk memperbaikinya. Setiap komen dari pembaca semua amatlah dihargai.


Selamat membaca dan terima kasih ! ^ ^




Salam Sayang,

Rezeki Jangan Ditolak.



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Semalam Cikgu Faiz check senarai pemenang untuk Giveaway Puteri Kasih. Nampaknya rezeki menyebelahi lagi kerana dengan tak disangka-sangka Cikgu Faiz menang. Hehehe. Korang yang join tu dah check ke belum? Kalau belum baik pergi check cepat. Mana tau nombor korang naik kan. Kalau tak tahu nombor giliran korang boleh semak DI SINI. Cikgu Faiz menang hadiah berupa kupon diskaun 70% belian di Seindah Kristal yang akan disumbangkan oleh blogger Zuhanif.


Hehe. Seronoknya bila dan menang ni.




Terima kasih buat Puteri Kasih dan semua penaja hadiah. Dengar kata lepas ni Puteri nak buat segmen pulak. Betul ke cik Puteri Kasih? Hehe... Sekian.




Yang benar,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...