Jom Mengenal ABC

Assalamualaikum.


Sudah berkurun rasanya tak update blog kesayangan ni. Dah jadi macam anak tiri pon ye jugak. Kesian kau blog. Nak buat macam mana? Laptop baru je sembuh dari sakit. Sekarang ni sudah tiba masanya untuk kembali mengaktifkan diri setelah berehat panjang. Entry pertama setelah lama menghilangkan diri.. Ha, tengok gambar di bawah.







 



 
 


 

 

 

 

 

 




Inilah benda yang paling penting sekali yang mesti diajar kepada murid-murid Prasekolah apabila mereka memulakan sesi persekolahan. Kalau ada di kalangan murid yang masih belum mengingati huruf-huruf ni boleh tertekan dibuatnya. Kepada sesiapa yang nak ABC bintang ni klik je pada gambar dan terus save. Bahan bantu mengajar ni boleh dijadikan hiasan dinding atau kad imbasan.


Anda musykil? Hehe. Inilah assignment Cikgu Faiz. Mulai dari hari ini kebanyakan entry-entry di blog ini akan berkisar kepada P&P iaitu pengajaran dan pembelajaran. Masih tak faham? Boleh baca entry INI. Sekarang sudah faham kan... Cikgu Faiz amat mengharapkan sokongan anda semua yang rajin masuk ke blog ini dan membaca setiap hasil penulisan Cikgu Faiz. Terima kasih daun keladi.




With ♥..,

7 comments:

Kakzakie Purvit said...

Betullah kalau masuk pra masih belum kenal huruf boleh pening kepala cikgu. Tapi kakak rasa sekarang nie anak-anak usia 4 tahun dah lancar dah...

Shida Radzuan said...

akak ade idea x? ank buah shida 5tahun dah tadika kira dah 9bulan la..tp dia masih xblh nk baca abc kenal tu pn skit2 jer..tp kalo maths mmg power..1-20 blh hafal tulis dan kenal, operasi tmbah pn dia blh bt guna jari..cuma a b c dia mcm ssh nk terima..xtau plak takut dia xminat..a b c ni..akak sya yg cikgu pra pun xtau nk ajar dia cmne dia mcm xnk bila ajar mcm xmasuk..jer..ke ade cra len nk bg dorg seronok bljar a b c ni.

Dingdang said...

@shidaR
owh.. baru 5 tahun. selalunya budak 5 tahun yang tak minat abc ni bila masuk 6 tahun dia akan mula menunjukkan minat. tapi penerimaan setiap kanak-kanak ni tak sama. ada yang cepat dapat, ada yang lambat. kira okey la dia dah terer matematik :)

Dingdang said...

@Kakzakie
kalau murid yang IQnya tinggi mungkin seawal 4 tahun dah boleh kenal huruf. Murid lemah tu yang agak susah sikit. Ajar macam mana sekali pun dia tak boleh ingat. Sabar je la...

tunz said...

@shidaR

ajar huruf2 yg popular dulu spt a i o u z..pas tu baru knlkn2 huruf2 lain..leh guna kaedah mainan or apa sahj bahan yg berkaitan dgn huruf

Dingdang said...

@tunz
betul tu. terima kasih mama tunz :)

Unknown said...

mohon share yer cikgu huruf abc ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...