11
Orang Memberi Komen

Segmen I Love Nuffnang by Dunia sebenar Shida



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 27 Jun 2014



Klik banner


Pengalaman Cikgu Faiz bersama dengan nuffnang. Ermmm.... mengenang kembali detik-detik pertemuan itu. Cewah. Nak dijadikan cerita masa Cikgu Faiz mula-mula buat blog dulu kan rajin juga la blogwalking ke blog lain. Rata-rata blog yang Cikgu Faiz masuk mesti ada iklan. Hihi. Masa tu langsung tak tahu apa-apa pasal nuffnang ni. Huhu. Oleh kerana semua blog pon ada iklan nuffnang maka dengan gigihnya Cikgu Faiz mendaftar semata-mata nak letak iklan dalam blog. Haha. Langsung tak tahu yang nuffnang ni boleh buat duit. Heee....


Bila dah mendaftar pada tahun 2009 tu mula godek-godek blog yang ada tutorial macam mana nak letak iklan nuffnang di blog. Setelah mencuba dengan sedaya upaya akhirnya Cikgu Faiz berjaya juga menempek iklan nuffnang yang diidam-idamkan. Hikhik. Masa mula-mula tu Cikgu Faiz ingat lagi CPC pertama RM0.25 sen kalau tak silap. Punya la lama earning tu tak bergerak-gerak. Kira bertahun jugak la. Haha. Tapi excited jugak tau masa mula-mula tengok walaupun berapa sen aje. Hihi.


Berkat kesabaran yang tinggi dan rajin update dan blogwalking lama kelamaan earning semakin banyak dan mencecah RM50. Beberapa tahun jugak la nak kumpul sebanyak itu. Itu pon dengan bantuan CPUV yang rajin melekat di blog Cikgu Faiz dan iklan CPC. Tapi Cikgu Faiz kumpul dulu sehinggalah mencecah RM120.++. September 2013 Cikgu Faiz cash out earning yang pertama dan pada bulan November 2013 cheque dari nuffnang muncul di rumah. Hihi. Masa tu baru balik dari hospital lepas bersalinkan Hannani. Lama jugak la dok peram cheque tu dan Cikgu Faiz cash masa awal tahun 2014. Sebab cash out kerana masa tu memang nak pakai duit. Fuhhh... nasib baik ada cheque nuffnang. Dapat la membantu sikit. Sekarang ini Cikgu Faiz masih mengumpul earning untuk cash out buat kali yang kedua. Dan harapannya moga-moga kali ini dapat kumpul lebih lagi dan lagi. Hihihi.


Itu sahaja cerita Cikgu Faiz bersama dengan nuffnang. Nuffnang menceriakan hari-hariku. Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
11 Comments

11 orang comel dah komen:

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Selamat bersegmen yer Cikgu Faiz

Tehaa NFM said...

Salam Ramadan.. tehaa singgah dari segmen yang sama. goodluck :D

Maria Firdz said...

Semoga berjaya..

Nurul Baidurah said...

datang dari segmen yg sama...gud luck..
http://cikgufaizcute.blogspot.com/2014/06/segmen-i-love-nuffnang-by-dunia-sebenar.html

Yun Sing said...

Balas kunjungan.. :) Waa.. kite masih kat RM20++ gitu :)

Shida Radzuan said...

Inshaallah kak faiz mst boleh..cuma mkn msa skit..saya doa byk2 utk akak hehee..gudluck akak :) moga lebih bjaya lg dgn nuffnang lepas ni :)

Yumida Huda said...

Assalamualaikum..
Blogwalking dari segmen yg sama
Segmen I Love Nuffnang Forever! Cintaku berbling-bling!!
Sama la. yumida pun suka peram. klo dh byk baru cashout. baru rasa excited sikit. lepas tu mula imagine nak beli mcm2..
Selamat menjalani ibadah puasa
Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H

Yumida Huda said...

Assalamualaikum..
Blogwalking dari segmen yg sama
Segmen I Love Nuffnang Forever! Cintaku berbling-bling!!
Sama la, bila dah byk2 baru cashout. suka peram gak. excited bila nengok hasil meningkat
Selamat menjalani ibadah puasa
Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H

Rafina Mimi Abdullah said...

hai cikgu faiz.. :)

Azhafizah Md Nor said...

Salam Ramadhan..singgah dari segmen yang sama :)

http://www.azhafizah.com/2014/06/segmen-i-love-nuffnang-by-dunia-sebenar.html

Mimi Azirah said...

dh tau pemenang faiz??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...