Hadiah Mini Giveaway Intan Berlian



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 21 Jun 2014


Hannani dah tidur. Hari ni asyik meragam aje. Tak boleh letak langsung. Buat kerja pon kena cepat-cepat sebab Hannani dah menangis. Huhu. Tapi nasib baik sempat masak nasi dan lauk ayam goreng dan sambal udang. Hihi. 


Hari tu kan Cikgu Faiz ada join satu mini giveaway yang simple di blog Intan Berlian. Caranya mudah saja hanya letakkan link blog. Hihi. Cikgu Faiz pon apa lagi kan, bila nampak giveaway yang senang-senang tu terus la join. Hihi. Tak sangka pulak boleh menang. Rezeki Hannani...




Ha... inilah hadiah tu. Cantik kan. Dress warna kuning. Tak sabar pulak nak tunggu Hannani besar boleh pakaikan dia baju ni lepas tu ambik gambar. Hihihi. Terima kasih kepada blogger Intan Berlian kerana bermurah hati menganjurkan mini giveaway yang tersangatlah mudah dan hadiah yang comel ni. Semoga murah rezeki Intan Berlian sekeluarga ya. Amin.


Kepada yang nak mengenali kak Intan Berlian dengan lebih lanjut boleh la ke blog beliau di >SINI< Sekian.




Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...