4
Orang Memberi Komen

Hannani Demam



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 21 Jun 2014


Sepatutnya pagi ini Cikgu Faiz terlibat dengan Temasya Sukan di sekolah. Tetapi apakan daya, Hannani demam pula. Tak sampai hati nak tinggalkan dia dekat taska. Lagi pulak tak tergamak nak biarkan anak kecil yang sedang sakit di taska. Encik Suami pula ada sekolah ganti. Ni Hannani baru je tidur semula lepas minum susu. Malam dan awal pagi tadi asyik meragam je dia. Tidur je tak lama lepas tu menangis. Badan panas. Nak tumbuh gigi rasanya ni.




Masa cuti sekolah baru-baru ni pon Hannani ada demam sekali. Maksudnya ini merupakan kali kedua Hannani demam. Sekarang umur dah 7 bulan. Gambar di atas masa demam hari tu. Memang sengaja ikat tuala basah dekat kepala dia sebab nak hilangkan panas. Nampak dia suka je terus ambik gambar. Hihihi. 




Semoga Hannani cepat sihat. Risau kalau baby demam. Badan pulak kejap panas kejap okey. Yang penting kena sentiasa tuam dengan tuala basah. Bila dah tak sihat ni makin banyak la ragamnya. Tak boleh berenggang langsung dengan bonda. Manja sangat baby girl ni. Saje nak buat abang jelous. Huhuhu.




Bila Hannani dah sihat nanti boleh la sambung aktiviti seperti gambar di atas tu. Mengacau abang dia. Hahaha. Selalu abang kacau adik, ni adik pulak nak kacau abang. Hihi. Sekian.




Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
4 Comments

4 orang comel dah komen:

Kisah Si Dairy said...

moga hanani cepat sembuh ye...

MaMa MuRsYiD said...

Comelnye dia

Mohd Billy said...

assalam..jejak2 cni sambil derma nuffnang :)

Mimi Azirah said...

semoga cpt smbuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...