Bahan-bahan :
Ikan bilis (agak-agak la nak berapa banyak)
Petai 3 papan (nak kurang pon boleh)
Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 3 ulas
Cili padi / merah ikut citarasa nak pedas mana
Garam
Minyak untuk menumis
Cara memasak :
1) Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi / merah. Jangan lupa tumbuk sekali dengan garam supaya rasa masin tu sebati semasa menumis. Garam tu agak-agak je la eh.
2) Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan toskan.
3) Tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau. Kalau kurang masin boleh tambah garam lagi ikut citarasa korang.
4) Masukkan petai. Kacau dengan bahan tumis sekejap.
5) Tutup api. Masukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi. Kacau rata. Dah siap. Mudah kan.
Sambal ikan bilis petai ni makan dengan nasi panas-panas memang sedap. Cikgu Faiz kalau takde lauk lain pon takpe kalau ada lauk ni. Hihi. Nasi tu pulak letak kicap. Memang terangkat la. Biasanya kalau masak lauk ni hanya Cikgu Faiz dan Encik Suami je yang makan. Hihi. Selamat memasak semua. Sekian.
Yang menaip,
3 comments:
Sedap tu.. musim petai.. tapi pokok petai kat kampung taknak berbuah pula..
Sedappp... Tapi petai mahal...
Tengok memang sedap tp x makan petai..huhuhu
Post a Comment