Busy sangat ke saya???



Assalamuaikum semua...... Selamat Hari Khamis. Happy Thursday. Aku baru je balik dari meeting. Takde la meeting sangat. Taklimat pasal Hari Sukan hari Ahad ni. Sukan hari Ahad? Itu dah menjadi kebiasaan bagi mereka yang bergelar seorang guru. So, kepada mereka-mereka yang dah berniat nak menjadi guru tu bersiap sedia la untuk bertugas pada hujung minggu ye. Heheh... Tapi takpe. Biar bersusah dahulu, bersenang kemudian. Minggu depan aku cuti seminggu. Yahooo !!! Kalau dihitung adalah dalam 7 hari. Berbaloi kan? Sukan hari Ahad lepas tu dapat cuti seminggu. Kehkeh.... Cuti sempena Deepavali sebenarnya.... Muehehe....


Di saat aku menaip entry ni aku masih lagi berada di kelas pra. Suami aku ade meeting jugak la. Ni la kalau laki bini pon cikgu. Bizi sokmo. Meeting tu dah menjadi asam garam dah. Kalau takde meeting memang tak sah.


Petang karang aku nak pergi ambil kek kat kedai kek. Esok ada sambutan harijadi murid-murid dan jamuan akhir tahun. Nak tengok tak kek apa? Esok la aku tunjuk. Yang pasti aku dah tak sabar nak rasa kek tu. Hihi. Cikgu pulak yang lebih-lebih.


Ingatkan hari ni aku nak pergi tengok rumah sewa. Nampaknya tak dapat la... Esok la nampak gayanya. Aku nak sewa rumah yang dekat dengan sekolah. Senang nak berulang-alik. Balik jalan kaki pon takde hal kalau dekat. Sekarang ni nak kena tunggu driver lagi dah satu hal. Maklum la, kenderaan ada satu je. Belum ada rezeki nak tambah lagi. Aku kalau boleh taknak beli kereta sebab aku rasa cukup la kereta yang ada ni. Aku cuma pikir pasal rumah je sekarang ni. Itulah perkara terbesar yang aku kena pikir. Rumah lagi penting dari kereta kan. Sekarang ni aku dok menyewa kat kondo di Puchong. Sewanya bapak la mahal. Sebab tu aku nak cari rumah teres berhampiran tempat kerja. Lagi senang. Harga pon tak mahal sangat. Aku pikir biarlah ini kali yang terakhir kami berpindah. Lepas ni nak pindah rumah sendiri pulak. Letih la nak kemas barang-barang yang banyak tu.


Doa-doakan aku dapat rumah yang sesuai. Aminn....





4 comments:

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

yna pun x suka pindah umah kak :(

thn lps 3x pindah :(

cepat2la kawen yna wei.. ahaha

Dingdang said...

@YNA
adoi, memang tak sanggup nak berpindah-randah lagi...
haha, kalau dah ada calon tu ape lagi, cepat2 la.... :p

aindzaya said...

ada blogger kata muka kita sama..
hehehe..malunye saya.

Dingdang said...

@ain dzaya
ha? yeke? sape yg cakap tu? hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...