Tutorial : Cara Zip File Dalam Satu Folder

Assalamualaikum.


Malam ni Cikgu Faiz terpanggil untuk membuat tutorial berkaitan dengan program Pendidikan Jarak Jauh iaitu subjek Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Cikgu Faiz baru je selesai submit assignment ni tadi. Malas dah nak simpan nanti mula la internet buat hal. 


Masa menghadiri kelas pada Sabtu lepas, ada yang bertanya macam mana kita nak zip kan file. Tapi masa tu Cikgu Faiz memang tak pandai langsung sebab tak pernah buat. Huhu. Jadi bila dah berjaya submit tu rasa lega sangat dan Cikgu Faiz ingin berkongsi dengan rakan-rakan PJJ cara untuk membuatnya. Tapi ini hanya cara untuk zip sahaja. Terima kasih kepada Rabizah kerana sudi mengajar tadi. Hehe.


Jom ikut langkah demi langkah...




Buat satu folder dekat desktop yang berkaitan dengan powerpoint cikgu. Macam Cikgu Faiz dalam satu folder tu ada powerpoint, video dan microsoft word. Jadinya ada tiga benda. Tengok gambar di atas. Klik gambar untuk lebih jelas.




Inilah file yang ada dalam folder tadi.




Lepas tu cikgu klik edit > select all > klik kanan > send to > compressed (zipped folder)




Lepas tu automatik akan jadi macam sebelah anak panah tu. Siap. Cuba cikgu klik file yang telah dizip tu tengok ada tak semua benda dalam tu. Kalau ada dah menjadi la tu :)




Lepas tu macam biasa cikgu kena upload dulu dekat siswa. Yang paling penting cikgu mesti upload file yang telah dizip tadi ye. Pastikan file tersebut diupload sebagai 'presentation' dan bukan 'document'.


Selamat menghantar tugasan !!




With love..,

Perkembangan Artistik Kanak-Kanak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Sumber gambar : Google



Perkembangan artistik Georges-Henri Luquet (2001), Al Hurwitz dan Michael Day (1995), Viktor Lowenfeld (1947) dan Betty Edwards (1989) memperjelaskan tahap-tahap perkembangan artistik kanak-kanak. Tahap-tahap ini secara umumnya berbeza namun mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang sama. Antara persamaan yang ketara ialah perkembangan artistik kanak-kanak bermula daripada peringkat contengan (scribbling).


Perkembangan artistik Georges-Henri Luquet (2001) dibahagikan kepada empat tahap. Tahap pertama, Realisme Kebetulan (Fortuitous Realism). Tahap kedua, Realisme Gagal (Failed Realism). Tahap ketiga, Realisme Intelek (Intelectual Realism) dan tahap keempat, Realisme Visual (Visual Realism). 


Perkembangan artistik Al Hurwitz dan Michael Day (1995) dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap pertama untuk kanak-kanak dua hingga empat tahun iaitu tahap manipulatif atau zaman awal kanak-kanak. Tahap kedua untuk kanak-kanak enam hingga sembilan tahun iaitu tahap membuat simbol. Tahap ketiga untuk kanak-kanak sepuluh hingga tiga belas tahun iaitu tahap pra remaja. Bagi kanak-kanak di taska, tadika, tahun satu dan dua sekolah rendah, mereka akan mengalami tahap perkembangan artistik Al Hurwitz dan Michael Day dari tahap satu hingga permulaan tahap dua.


Perkembangan artistik Viktor Lowenfeld (1947) dibahagikan kepada enam tahap. Tahap pertama untuk kanak-kanak dua tahun iaitu tahap contengan (scribbling stage). Tahap kedua untuk kanak-kanak tiga hingga empat tahun iaitu tahap pra skematik (The preschematic stage). Tahap ketiga untuk kanak-kanak enam tahun iaitu tahap skematik (The schematic stage). Tahap keempat untuk kanak-kanak lapan hingga sepuluh tahun iaitu tahap kumpulan : permulaan realisme (The gang stage : The dawning realism). Tahap kelima untuk kanak-kanak dua belas tahun iaitu tahap pseudo-naturalistik (The pseudo-naturalistic stage) dan tahap keenam untuk remaja empat belas hingga enam belas tahun iaitu waktu untuk membuat keputusan (The period of decision). Bagi kanak-kanak di taska, tadika, sekolah rendah mereka akan mengalami tahap perkembangan artistik Viktor Lowenfeld dari tahap satu hingga tahap empat.


Perkembangan artistik Betty Edwards (1989) dibahagikan kepada tujuh tahap. Tahap pertama untuk kanak-kanak dua tahun iaitu tahap contengan (The Scribbling stage). Tahap kedua untuk kanak-kanak tiga tahun iaitu tahap membuat simbol (The stage of symbols). Tahap ketiga untuk kanak-kanak empat tahun iaitu menyampai cerita menerusi gambar (Pictures that tell stories). Tahap keempat untuk kanak-kanak empat hingga enam tahun iaitu melukis pemandangan alam semulajadi (The Landscape). Tahap kelima untuk kanak-kanak lapan tahun iaitu tahap kompleks (The stage of complexity). Tahap keenam untuk kanak-kanak sepuluh tahun iaitu tahap realism (The stage of realism) dan tahap ketujuh untuk kanak-kanak dua belas tahun iaitu tempoh krisis (The crisis period). Bagi kanak-kanak di taska, tadika, tahun satu dan tahun dua sekolah rendah, mereka akan mengalami tahap perkembangan artistik Betty Edwards dari tahap satu hingga tahap lima.


Berdasarkan tahap-tahap perkembangan artistik Victor Lowenfeld dan Betty Edwards, pada usia dua tahun, lukisan kanak-kanak adalah di tahap contengan. Mengikut Victor Lowenfeld, kanak-kanak yang berusia tiga hingga empat tahun adalah di tahap pra skematik manakala mengikut Betty Edwards, kanak-kanak yang berusia tiga tahun di tahap membuat simbol dan kanak-kanak yang berusia empat tahun dapat menyampaikan cerita menerusi gambar. Pada usia enam tahun, mengikut Victor Lowenfeld, kanak-kanak berada di tahap skematik manakala mengikut Betty Edwards, kanak-kanak pada usia enam tahun dapat melukis pemandangan alam semulajadi. Pada usia tujuh dan lapan tahun mengikut Al Hurwitz dan Day, perkembangan artistik kanak-kanak adalah di tahap membuat simbol. Mengikut Victor Lowenfeld, kanak-kanak berusia lapan tahun adalah di tahap permulaan realisme. Betty Edwards pula mengatakan bahawa perkembangan artistik kanak-kanak yang berusia lapan tahun adalah di tahap kompleks.


Rujukan : Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.


BIDET ALREADY


With love..,

Entri Bergambar - Zoo Melaka

Assaamualaikum.


Selamat Hari Rabu semua ! Cuti ni pergi mana je? Semalam Cikgu Faiz berjalan-jalan di Zoo Melaka. Nasib baik cuaca okey. Panas je. Cuma masa nak balik tu hujan turun dengan lebatnya tapi sekejap aje. Korang dah pergi Zoo Melaka? Kalau belum tu cepat-cepat la pergi sebab tempat tu menarik jugak. Sementara cuti sekolah ni kan? Tapi semalam memang ramai sangat orang yang berkunjung ke sana. Harga tiket murah je RM10. Faqih paling best sebab masuk percuma. Hehehe.


Kalau tahun lepas Cikgu Faiz dan suami bawa Faqih ke Zoo Negara, kali ni kami bawa ke Zoo Melaka pulak. Nak tengok haiwan apa je yang ada di sana. Tapi kan, bawa Faqih jalan-jalan memang memenatkan. Sebab apa? Faqih ni asyik nak berdukung je keje. Maka terpaksalah Cikgu Faiz dan suami bergilir-gilir mendukung Faqih. Faqih ni sebenarnya takut tu sebab dia nak berdukung. Huhuhu. Nak suruh pegang kuda pon takut padahal kuda tu manja je Cikgu Faiz tengok. Hehehe. Itulah alkisahnya Faqih di zoo.


Semalam banyak jugak la Cikgu Faiz dan suami snap gambar haiwan di sana. Sebab tu la kalau korang tengok gambar-gambar di bawah ni semuanya telah dicantum supaya takde la banyak sangat Cikgu Faiz nak upload kan. Hehehe. Yang paling kelakar ialah cimpanzi di bawah ini. Macam tau tau je orang nak ambil gambar dia dah posing siap-siap. Dah biasa agaknya dengan situasi macam tu. Nak nak pulak semalam memang ramai orang. Siap hulur tangan lagi. Nak mintak makanan la tu.


Sila-sila la cuci mata melihat gambar-gambar di bawah...


































Kat atas ni gambar yang telah diambil oleh kru Zoo Melaka. Kalau berminat boleh beli dan tiada paksaan jika tidak berminat. Antara empat gambar, gambar ni la yang kira okey sebab Faqih pandang kamera. Yang lain-lain tu semua pandang tepi je. Huhuhu. Harga sekeping gambar RM25.



Sebelum berangkat pulang tak sah kalau tak singgah ke kedai cenderamata. Untuk Faqih Cikgu Faiz belikan sepasang baju Zoo Melaka dan tak lupa juga buat adik-adik ipar keychain Zoo Melaka yang comel. Benda yang paling wajib beli magnet untuk peti sejuk kat rumah tu. Huhuhu.


Nak baca entri Zoo Negara? Klik SINI, SINI dan SINI




With love..,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...