0
Orang Memberi Komen

RAHSIA SEBIJI EPAL

Bagi epal merah, ia mengandungi serat yang larut dalam air, asam organik dan kalium. Epal merah berkhasiat untuk menstabilkan tekanan darah. Kulitnya mengandungi pektin yang berfungsi sebagai pembersih racun dari dalam tubuh, menyerap kelebihan air dalam usus, membantu mengurangi masalah karies gigi dan gusi serta menurunkan kadar kolestrol.


Bagi epal hijau pula, mengandungi zat besi, megnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kamu digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya. Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Kamu akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.


Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
0 Comments

0 orang comel dah komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...