BAYAM OH BAYAM



Suka makan sayur bayam? Apa khasiat bayam yang kita boleh dapat jika memakannya? Teruskan membaca sampai bawah ok :)


Khasiat bayam ataupun spinach sememangnya terbukti. Bayam kaya dengan sumber vitamin K, vitamin A, folat, magnesium, besi, vitamin C, vitamin B2, kalsium, kalium dan vitamin B6. Bayam juga merupakan sumber baik untuk serat pemakanan, protein, fosforus, zink dan vitamin E. Selain itu, bayam juga merupakan sumber baik asid berlemak omega 3, niasin dan selenium.


Ia bertindak sebagai anti oksidan, anti-kanser, mengekalkan kesihatan tulang, merendahkan tekanan darah, menguatkan penglihatan serta berfungsi untuk menambah darah.


Jadi, apa tunggu lagi? Belilah sayur bayam di pasar-pasar yang berhampiran. Sementara stok masih ada :p

2 comments:

yayqah said...

Hahahah. saya tak berapa suka sangat makan bayam. Takpe2 lepas ni saya akan paksa perut saya terima sayur bayam. hohoho *gila* nice blog, btw if you dont mind, be my follower kay ;) you got the link yayqah.blogspot.com ^^

Nurul Faiz Bikers said...

@yayqah
sayur bayam sedap tau.
tak pahit pon.
good luck.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...