0
Orang Memberi Komen

BLOGWALKING TERUS FOLLOW


Assalamualaikum. Salam sejahtera sume. Dah makan ke belum? Kalau belum tu cepat-cepat la pegi makan ye. Karang tak pasal-pasal sakit perut pulak. Sementara tengah menunggu nasi himpit aku tu masak maka elok sangat la aku update blog ni. Kenape buat nasi himpit? Hmm... Esok aku dan murid-murid prasekolah akan mengadakan jamuan Hari Raya. Tu la pasal kena merebus nasi himpit. Kuah kacang pulak dah order kat tokeynya.


Baiklah, tanpa membuang masa mari kita berdiskusi tentang tajuk di atas. "Blogwalking Terus Follow". Maksudnya ialah apabila seseorang blogger itu menerjah blog aku tak kira la samada dia ber 'chitchat' kat shoutbox ataupun memberi pandangan tentang entry aku, secara automatiknya aku akan follow dia. Dengar macam tah hape hape je kan. Uhuk. Jangan la berkate begitu. Bagi aku ini salah satu cara untuk aku meningkatkan traffic blog aku disamping mendapatkan follower baru. Al maklum sajalah... Aku kan blogger baru. Jadi apalah salahnya kalau aku berbuat begitu.


Korang dulu pun pernah menghadapi situasi macam aku kan. Iyalah, takkan buat blog terus dapat ramai follower dan traffic pon tinggi. Mesti ada cara yang korang buat supaya blog korang terus diterjah walaupun hanya untuk seketika.


Ok lah. Aku rasa korang pun dah faham kan apa yang aku bagitau ni. Lepas ni aku nak goreng keropok. Sedap jugak kalau kunyah-kunyak kat depan tv tu.


End.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
0 Comments

0 orang comel dah komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...