BIBIR ASET ISTIMEWA WANITA

Bibir adalah salah satu aset istimewa buat setiap gadis. Oleh itu, cubalah luangkan waktu untuk memberi perhatian pada bibir agar tampil cantik dan segar sentiasa. Semak tips di bawah...



❤ Bersihkan bibir sebelum tidur. Sama seperti kulit muka kamu yang harus bebas dari sebarang solekan, begitu jugalah dengan bibir. Waktu tidur inilah saat kulit bibir berehat dan mendapatkan rawatan agar keesokannya kembali segar.


❤ Sapukan pelembap bibir tanpa warna sebelum tidur. Ketika tidur, bibir tidak banyak bergerak dan bersentuhan dengan makanan. Oleh itu, pelembap akan lebih mudah meresap secara optimum.


❤ Jaga kebersihan gigi dan mulut. Bakteria yang menempel pada gigi mampu merebak pada bibir melalui air liur. Jika bibir kamu terluka, bakteria tersebut boleh meninggalkan kesan ringan pada bibir.


❤ Hindari kebiasaan menjilat bibir. Tabiat menjilat bibir (kerana bibir kering atau merekah) sebenarnya tidak elok dipraktikkan. Ini kerana air liur sebenarnya mengandungi enzim pencernaan yang berisiko untuk merosakkan lapisan bibir dan ia membuatkan bahagian itu semakin kering.


❤ Minum air yang cukup. Minum air yang cukup mampu mengelakkan bibir jadi kering dan merekah.


❤ Hindari cuaca yang ekstrem. Suhu dan kelembapan udara yang rendah boleh membuat bibir kering, hitam dan mengelupas. Sekiranya kamu harus ke daerah yang bersuhu ekstrem, sapukan pelembap bibir yang agak pekat pada bibir lalu lindungi dengan sapu tangan atau skarf.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...