INFO DUIT



Sape sayang duit angkat tangan ! Sayang duit sebab takut dihabiskan kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah ok. Jangan korang sayang duit sampai jadi kedekut pulak ye. Bagi mereka yang susah sangat nak dapat duit mesti akan berhati-hati apabila ingin menggunakan duit mereka. Kat bawah ni ada beberapa tips tentang duit korang. Keep reading :)


Cara simpanan wang yang betul. Bagi kamu yang bekerja, mesti ada sasaran berapa jumlah yang akan disimpan setiap bulan. Mungkin ada di antara kamu yang berbelanja sakan, dan duit lebih daripada gaji itu akan disimpan. Sebenarnya, salah begitu. Apabila mendapat duit gaji, kamu haruslah mengasingkan jumlah yang ingin disimpan. Simpan duit tu dan jangan sesekali kamu menggunakan duit tersebut. Baki daripada duit simpanan itu barulah kamu boleh berbelanja. Tapi, jangan membazir pula ya.



Catatkan perbelanjaan kamu. Catatkan semua perbelanjaan kamu, jumlahnya dan untuk apa. Dengan adanya buku lejar atau buku kira-kira peribadi, kamu dapat melihat corak perbelanjaan dan boleh mengenalpasti perbelanjaan yang tidak perlu. Tentukan bayaran yang menjadi keutamaan, misalnya bayaran yuran pendidikan, perbelanjaan harian dan sebagainya. Catat dan jumlahkan apabila hujung bulan. Dengan ini, kamu akan mengetahui apa yang perlu dikurangkan dan apa yang perlu ditambah. Selamat mencuba.



Wah, masak makanan sendiri? Hebatnya ! Tak percaya? Ia memang terbukti boleh menjimatkan duit kamu. Daripada kamu habiskan RM20 sehari untuk makanan, apa kata cuba masak sendiri. Memasak tidak memerlukan bajet yang banyak. Kamu memang dapat menyimpan dengan cara ini. Tidak perlu makanan yang rumit, cuba masak makanan yang ringkas seperti nasi goreng, mi goreng ataupun speghetti. Siapa tahu bakat memasak kamu akan tercungkil apabila mula amalkan masak makanan sendiri. Tentu bakal mertua sayang !



Barangan berjenama. Oppss, perlu ke? Bagi kamu yang masih remaja, nafsu membeli kamu memang sedang tinggi. Apa sahaja barangan, perlu yang berjenama. Tetapi, perlukah bertindak begitu? Mengapa mahu barangan berjenama sedangkan kamu tidak mampu? Ia sekali gus mengajak kamu untuk terlebih belanja ke arah sesuatu yang tidak perlu. Apa yang penting bagi sesuatu barangan itu adalah keselesaan, cantik dan berkualiti. Tidak semestinya barang yang tidak berjenama, ia tidak berkualiti. Kamu harus bijak memilih sebaya dengan umur kamu. Pada yang mampu, tidak mengapa. Tetapi pada yang tidak mampu, sila kurangkan nafsu kamu itu ya. Jangan sesekali mengamalkan prinsip 'Biar Papa, Asalkan Bergaya'.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...