Showing posts with label tips kecantikan. Show all posts
Showing posts with label tips kecantikan. Show all posts

Ephyra Di Rancangan Nasi Lemak Kopi O TV9



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 17 September 2014


Pada 06 September yang lalu, kalau korang perasan EPHYRA ada di dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9. Bagi mereka yang tak sempat atau terlepas nak menonton segmen EPHYRA tu boleh la menontonnya di bawah ini. Jom kita dengar apa kata pengasas dan duta EPHYRA sendiri.




Iklan paling comel --> SINI


Yang menaip,

Terlupa Nak Minum Ephyra



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 16 September 2014


Selamat Hari Malaysia buat semua warganegara Malaysia !!! Semoga Malaysia terus aman dan makmur dari segala anasir-anasir yang tak baik. 


Malam tadi sebelum tidur, Cikgu Faiz boleh pulak terlupa nak buat satu benda yang dah menjadi rutin pada setiap malam. Mulanya nak tunggu Hannani tidur dulu tapi boleh pulak terlelap sampai pukul 4 pagi. Terus tak buat. Rutin ni memang wajib tau sebab untuk kulit dan mengekalkan kecergasan pada siang hari. Hihi.




Satu sachet ephyra ini la yang Cikgu Faiz maksudkan. Ephyra merupakan minuman kolagen yang sangat sedap untuk kesihatan luaran dan dalaman badan kita. Yang bestnya bila minum ephyra ni badan akan rasa bertenaga je tau. Tak mudah penat. Sentiasa cergas.




Macam ni lah rupa minuman ephyra setelah dibancuh. Rasanya macam air oren ada masam manis sikit. Yang pasti memang sedap. Cara nak bancuh pon senang. Cuma goncang sampai serbuk ephyra larut dan sebati di dalam air. Nak kacau macam biasa pon boleh.


Sebab apa Cikgu Faiz minum ephyra?

  • Kulit dan bibir kering. Masalah ini memang selalu menghantui Cikgu Faiz. Tak selesa bila kulit dan bibir kering. Bila jadi macam tu, keyakinan diri pon semakin berkurang.
  • Kulit muka berminyak. Ini pon satu masalah jugak terutama bila pakai krim muka kulit memang senang berminyak.
  • Badan cepat penat. Tugasan seharian memerlukan tenaga yang berpanjangan.




Harga ephyra ni pon okey. Tak salah kalau kita laburkan sedikit duit untuk kebaikan diri sendiri. Dulu Cikgu Faiz ni memang tak pernah langsung cuba mana-mana produk kecantikan ni sebab harga. Hihi. Tapi, selepas mencuba ephyra terus jatuh cinta dan rasa berbaloi sangat. Gambar di atas tu merupakan kotak ephyra untuk percubaan punya. Maksudnya kepada yang baru nak mencuba tu boleh la beli pek percubaan ni. Sekotak mengandungi 10 sachets. Harganya cuma RM68 untuk semenanjung Malaysia dan RM78 untuk Sabah dan Sarawak.




Gambar di atas ni pula pek premium untuk sebulan. Kalau beli pek premium ni korang akan dapat shaker dan beg recycle ephyra secara percuma. Harga pek premium ini ialah RM197 untuk semenanjung Malaysia dan RM207 untuk Sabah dan Sarawak. Ephyra ni minum satu sachet pon dan cukup tapi kalau korang nak dapat hasil yang lebih bagus boleh minum dua sechets iaitu pada waktu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Kalau korang minum sekali je boleh pilih sama ada nak minum pada waktu pagi sebelum sarapan atau pada waktu malam sebelum tidur.


Kos penghantaran untuk ephyra ini adalah percuma jadi tak perlu risau jika korang kena tambah duit untuk postage. Hihi. Ephyra sesuai untuk semua masalah kulit seperti jerawat, jeragat, parut jerawat, ekzema, resdung, alergi makanan laut, kulit kusam, tona kulit tidak sekata, ketidakseimbangan hormon, sakit-sakit sendi, metabolisma rendah, kencing manis, senggugut, migrain dan banyak lagi.


Sekiranya ada yang berminat nak mencuba ephyra ni atau nak tahu lebih lanjut lagi boleh la terus sms / whatsapp Cikgu Faiz di talian 012-9771902.


Yang menaip,

Cegah Bau Kaki Dengan Hanya 7 Langkah.



Assalamualaikum.


Hai, petang-petang begini lebih baik berkongsi sedikit tips bersama blogger-blogger sekalian. Macam mana nak mencegah bau kaki? Ikuti tips di bawah.






1. Kerap basuh kaki dengan sabun, terutamanya jika kaki mulai berpeluh. Ia bertujuan untuk mengelakkan kaki terlalu lama berlumuran peluh.


2. Lap kaki dengan tuala bersih dan sapukan bedak sebelum memakai kasut.


3. Kaki juga perlukan semburan anti bau. Gunakan semburan anti peluh yang biasanya telah dicampurkan dengan anti bau (deodoran). Bagaimanapun elakkan semburan jika kaki mengalami kecederaan seperti luka.


4. Ganti stoking dengan lebih kerap. Pilih fabrik dari bahan kapas yang boleh menyerap peluh.


5. Jika kaki mempunyai peluh yang berlebihan, korang digalakkan memakai stoking dua lapis.


6. Pilih kasut jenis terbuka atau sandal. Ini kerana kasut tertutup akan merangsang peluh, dan mengundang kuman bersarang, sehingga kaki mula berbau. Pilih kasut bukan dari bahan plastik yang boleh menghalang udara keluar masuk. Serta jangan pakai kasut yang sama dua hari berturut-turut.


7. Rendam kaki di dalam air suam, kemudian sapukan dengan losyen dan berstoking sebelum tidur.



p/s : ada tak blogger yang mempunyai masalah kaki berbau?

7 Rahsia Awet Muda



Assalamualaikum.


Hai, panasnya tengahari ni. Sudah agak lama rasanya blog ini menyepi dari sebarang tips. Hari ni Cikgu Faiz nak berkongsi tujuh tips supaya sentiasa kelihatan awet muda. Nak tahu? Jom baca sampai habis :)




1. Berasa bahagia.

Berasa bahagia adalah salah satu cara untuk kelihatan awet muda. Dalam setiap kegiatan, elakkan aktiviti yang boleh menyebabkan korang berasa stress, rasa bersalah dan tertekan kerana paksaan orang lain. Ingat, apa yang korang rasakan akan tercermin pada wajah. Jadi orang yang bahagia, wajahnya akan nampak berseri-seri dan muda daripada usia sebenarnya.




2. Banyak bergerak.

Bersenam adalah salah satu cara untuk awet muda. Lakukanlah joging, berjalan cepat ataupun berenang. Dengan cara ini risiko diserang sakit jantung, osteoporosis dan kanser akan berkurangan. Bahkan senaman ini juga mampu mengurangkan stress, menguatkan tulang dan menambahkan kekuatan otot.




3. Vitamin C.

Vitamin C boleh diperoleh dari buah-buahan segar, terutama sekali limau dan sayuran hijau. Vitamin C terbukti dapat meningkatkan daya tahan tubuh dan mengurangkan risiko diserang kanser. Di samping itu, banyakkan minum air putih kerana ia akan mengurangkan tekanan, menjaga kesegaran kulit serta melancarkan fungsi organ tubuh.




4. Gunakan pelindung UV.

Matahari adalah salah satu faktor utama penyebab terjadinya proses penuaan. Oleh kerana itu, selalulah menyapu losyen pelembap pada kulit agar kulit tidak terbakar oleh sinar matahari, terutama sekali sinar UV.




5. Rehat yang cukup.

Korang perlukan sekurang-kurangnya lapan jam setiap hari untuk tidur. Rehat yang cukup amat bermanfaat untuk menghindari terbentuknya kesan lebam bawah mata, kulit kering dan wajah kusam.




6. Perhatikan penampilan.

Penampilan dan riasan wajah juga memainkan peranan yang penting. Meskipun usia semakin bertambah, namun jangan biarkan wajah kosong tanpa mekap. Gunakan mekap yang nipis untuk kesan yang semulajadi.




7. Keyakinan diri.

Jangan mudah mengalah dan berputus asa. Jika korang rajin berusaha, korang akan mendapat hidup yang lebih bahagia dan sihat.


Sekian sahaja tips dari Cikgu Faiz untuk hari ini :)

Empat Tip Pemakanan Yang Sihat.





Hai, Selamat Hari Rabu. Rasa macam dah lama je tak update blog. Padahal baru semalam je tak update. Ok la. Hari ni cikgu Faiz nak bagi tips pulak la. Dah lama tak berkongsi tips kat sini. Baca betul-betul ye.


Ini merupakan tips pemakanan yang sihat. Sape-sape yang nak sihat tu boleh la amalkan ye.



1. Tentukan masa untuk makan. Disarankan agar korang makan sebanyak tiga kali sehari termasuk makanan ringan yang dibenarkan. Ia bertujuan memberikan tenaga kepada tubuh badan korang dan memastikan metabolisma korang sentiasa aktif.


2. Makanan yang seimbang. Pastikan korang mengambil nutrisi daripada kumpulan makanan yang berlainan dalam masa sehari. Sebagai contoh, lemak yang sihat, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin pada waktu pagi. Ia bagi memastikan kesihatan korang kekal terjamin.


3. Jangan lupa sumber tenusu. Tulang merupakan bahagian dalam badan yang sangat penting. Korang pasti mesti tak mahu mengalami tulang reput sebelum waktunya bukan? Maka ambillah sumber tenusu setiap hari yang mampu memberikan protein dan vitamin D termasuk kalsium.


4. Minum air yang banyak. Tubuh badan korang memerlukan air yang cukup supaya kulit tidak kering. Minum air kosong sebanyak yang mungkin walaupon korang tidak haus sepenuhnya.



Mudahkan? Selamat menjamu selera secara sihat.

BAYAM OH BAYAM



Suka makan sayur bayam? Apa khasiat bayam yang kita boleh dapat jika memakannya? Teruskan membaca sampai bawah ok :)


Khasiat bayam ataupun spinach sememangnya terbukti. Bayam kaya dengan sumber vitamin K, vitamin A, folat, magnesium, besi, vitamin C, vitamin B2, kalsium, kalium dan vitamin B6. Bayam juga merupakan sumber baik untuk serat pemakanan, protein, fosforus, zink dan vitamin E. Selain itu, bayam juga merupakan sumber baik asid berlemak omega 3, niasin dan selenium.


Ia bertindak sebagai anti oksidan, anti-kanser, mengekalkan kesihatan tulang, merendahkan tekanan darah, menguatkan penglihatan serta berfungsi untuk menambah darah.


Jadi, apa tunggu lagi? Belilah sayur bayam di pasar-pasar yang berhampiran. Sementara stok masih ada :p

MINUM AIR DALAM KEADAAN PERUT KOSONG



Tahukah kamu, minum air ketika perut kosong sewaktu bangun pagi sangat popular di Jepun. Kajian saintifik juga mendakwa ia terbukti berkesan untuk melegakan sakit perut, masalah buang air kecil, cirit-birit, pening kepala, loya dan muntah, masalah mata, sakit tekak dan membantu masalah kegemukan.




Bagaimana caranya? Selepas kamu bangun dari tidur dan dengan tanpa memberus gigi minumlah air kosong dengan kuantiti 160ml sebanyak 4 kali. Kemudian, baru kamu memberus gigi dan membersihkan mulut tetapi jangan makan apa-apa selama 45 minit. Selepas 45 minit, kamu boleh makan dan minum seperti biasa.


Untuk lebih menjaga kesihatan, selepas waktu makan tengahari atau makan malam, jangan minum air selepas 2 jam. Bagi golongan dewasa dan warga tua yang sukar untuk minum 4 gelas air setiap kali bangun pagi, mereka boleh mulakan dengan segelas atau dua gelas sahaja setiap pagi dan lama-kelamaan, biasakan diri untuk minum 4 gelas setiap kali bangun tidur.


Cara-cara ini adalah panduan untuk kamu bagi membantu menyingkirkan toksin di dalam badan sekaligus boleh mencegah pelbagai penyakit.

RAHSIA SEBIJI EPAL

Bagi epal merah, ia mengandungi serat yang larut dalam air, asam organik dan kalium. Epal merah berkhasiat untuk menstabilkan tekanan darah. Kulitnya mengandungi pektin yang berfungsi sebagai pembersih racun dari dalam tubuh, menyerap kelebihan air dalam usus, membantu mengurangi masalah karies gigi dan gusi serta menurunkan kadar kolestrol.


Bagi epal hijau pula, mengandungi zat besi, megnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kamu digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya. Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Kamu akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

5 YANG UTAMA

Ini adalah yang sebaiknya ada dalam menu kamu sehari-hari. Selain membantu diet kamu agar berhasil ia juga mempunyai khasiat untuk tubuh.


❤ Brokoli. Satu cangkir brokoli yang direbus mengandungi zat besi dan serat. Ia mampu
mengurangkan risiko pelbagai penyakit seperti kanser.


❤ Epal. Sebiji epal memberi kamu 10 peratus serat yag disarankan pada kamu. Ia mampu menjadikan perut lebih anjal.


❤ Yogurt. Mengandungi 'probiotik' yang baik untuk pencernaan. Juga merupakan sumber kalsium yang baik serta diyakini dapat membantu mengatasi 'irritable bowel syndrome' dan mengurangkan risiko kanser.


❤ Sayuran berwarna hijau gelap. Sayuran hijau mengandungi banyak vitamin, zat besi dan serat untuk menyihatkan kulit, rambut serta kuku.


❤ Pisang. Kandungan 'potasium'nya tinggi dan mampu meningkatkan tenaga tanpa tambahan gula.

DIET BOLEH & TIDAK BOLEH DILAKUKAN

Kebanyakan dari kamu apabila berdiet sering kali terlupa dengan beberapa perkara yang seharusnya dilakukan dan tidak patut dilakukan. Harus diingatkan ! Berdiet bukan hanya menahan diri dari makan makanan yang berlemak sahaja. Ada perkara lain yang perlu diketahui agar hasil daripada program diet kamu bukan hanya melangsingkan tubuh tetapi juga sihat dan terus bertenaga.

LAKUKAN


❤ Olahraga. Lakukan olahraga paling minimum 30 minit setiap hari. Sekiranya kamu tidak ada masa berjoging ataupun ke gim lakukan saja senaman di rumah dengan berpandukan video senaman ataupun buku latihan senaman.


❤ Makan ikut waktu. Berdiet bukan bererti tidak makan langsung. Malah pakar pemakanan mencadangkan sekitar 5 hingga 7 kali makan yang ringan sehari untuk membantu meningkatkan metabolisme dan membuat kamu rasa kenyang dalam waktu yang lama.


❤ Ajak orang terdekat bersama. Libatkan orang yang terdekat dengan kamu. Misalnya mengajak pasangan kamu makan makanan yang sihat. Diet pun akan berjalan lebih mudah dan menyenangkan.


❤ Makanan yang sihat. Tetap mengambil makanan yang berkhasiat dan hindari makanan yang sudah diproses. Sebaliknya pilihlah makanan segar seperti buah, sayuran, gandum dan ikan. Jangan lupa minum 2 liter air setiap hari.


❤ Sentiasa lebih kreatif. Ramai yang menganggap makanan yang sihat selalunya tidak berapa sedap. Namun andai kamu kreatif banyak resipi sihat dan lazat yang boleh didapati di restoran. Kamu juga boleh menggabungkan makanan diet dengan makanan kesukaan kamu.


HINDARI


❤ Meninggalkan terus makanan kesukaan. Semakin kamu cuba untuk meninggalkan makanan kesukaan, semakin kamu terasa teringin memakannya. Kamu boleh memanjakan diri sekali seminggu dengan makanan itu asal tidak terlalu obsesi dan masih dalam terkawal.


❤ Menyerah dan mengalah. Jangan biarkan seseorang merosakkan rancangan diet kamu. Jika kamu terpengaruh dengan pelawaan mereka mengajak kamu makan, pastikan makanan yang kamu makan adalah masih di bawah menu diet.


❤ Stres. Jangan terlalu serius menjalani diet kamu. Jika kamu sudah makan secara sihat sebanyak 90%, jadi tidak ada salahnya andai kamu bersenang-senang sementara waktu.


❤ Diet yang terlalu ketat. Berdiet harus tahu batasannya juga. Andai tubuh sudah terlalu ramping, warna kulit berubah pucat dan kuku jadi rapuh itu tanda-tandanya diet kamu sudah tidak sihat lagi.


❤ Diet ala mi segera. Maksudnya menguruskan badan dengan cara yang cepat tanpa memikirkan kesannya. Atau dengan kata lain, kamu mengambil pil untuk menahan nafsu makan. Jangan sesekali melakukan demikian. Lebih baik kamu menahan nafsu makan dengan memulakannya sikit demi sikit.

BIBIR ASET ISTIMEWA WANITA

Bibir adalah salah satu aset istimewa buat setiap gadis. Oleh itu, cubalah luangkan waktu untuk memberi perhatian pada bibir agar tampil cantik dan segar sentiasa. Semak tips di bawah...



❤ Bersihkan bibir sebelum tidur. Sama seperti kulit muka kamu yang harus bebas dari sebarang solekan, begitu jugalah dengan bibir. Waktu tidur inilah saat kulit bibir berehat dan mendapatkan rawatan agar keesokannya kembali segar.


❤ Sapukan pelembap bibir tanpa warna sebelum tidur. Ketika tidur, bibir tidak banyak bergerak dan bersentuhan dengan makanan. Oleh itu, pelembap akan lebih mudah meresap secara optimum.


❤ Jaga kebersihan gigi dan mulut. Bakteria yang menempel pada gigi mampu merebak pada bibir melalui air liur. Jika bibir kamu terluka, bakteria tersebut boleh meninggalkan kesan ringan pada bibir.


❤ Hindari kebiasaan menjilat bibir. Tabiat menjilat bibir (kerana bibir kering atau merekah) sebenarnya tidak elok dipraktikkan. Ini kerana air liur sebenarnya mengandungi enzim pencernaan yang berisiko untuk merosakkan lapisan bibir dan ia membuatkan bahagian itu semakin kering.


❤ Minum air yang cukup. Minum air yang cukup mampu mengelakkan bibir jadi kering dan merekah.


❤ Hindari cuaca yang ekstrem. Suhu dan kelembapan udara yang rendah boleh membuat bibir kering, hitam dan mengelupas. Sekiranya kamu harus ke daerah yang bersuhu ekstrem, sapukan pelembap bibir yang agak pekat pada bibir lalu lindungi dengan sapu tangan atau skarf.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...