Cegah Bau Kaki Dengan Hanya 7 Langkah.



Assalamualaikum.


Hai, petang-petang begini lebih baik berkongsi sedikit tips bersama blogger-blogger sekalian. Macam mana nak mencegah bau kaki? Ikuti tips di bawah.






1. Kerap basuh kaki dengan sabun, terutamanya jika kaki mulai berpeluh. Ia bertujuan untuk mengelakkan kaki terlalu lama berlumuran peluh.


2. Lap kaki dengan tuala bersih dan sapukan bedak sebelum memakai kasut.


3. Kaki juga perlukan semburan anti bau. Gunakan semburan anti peluh yang biasanya telah dicampurkan dengan anti bau (deodoran). Bagaimanapun elakkan semburan jika kaki mengalami kecederaan seperti luka.


4. Ganti stoking dengan lebih kerap. Pilih fabrik dari bahan kapas yang boleh menyerap peluh.


5. Jika kaki mempunyai peluh yang berlebihan, korang digalakkan memakai stoking dua lapis.


6. Pilih kasut jenis terbuka atau sandal. Ini kerana kasut tertutup akan merangsang peluh, dan mengundang kuman bersarang, sehingga kaki mula berbau. Pilih kasut bukan dari bahan plastik yang boleh menghalang udara keluar masuk. Serta jangan pakai kasut yang sama dua hari berturut-turut.


7. Rendam kaki di dalam air suam, kemudian sapukan dengan losyen dan berstoking sebelum tidur.



p/s : ada tak blogger yang mempunyai masalah kaki berbau?

5 comments:

Si BuDaK KaChAk said...

alhamdulillah...kaki blum pnah berbau lg...

=)

intan_blur said...

ahahhaha..time kasih sbb share..sgt bguna tip nih wlupun kaki masih ditahap ok

Nurul Faiz Bikers said...

@intan_blur
sama-sama. tunggu kaki berbau baru boleh alikasikan tips ni.

diana said...

sejak berhenti kerja dan berkahwin ni dah tak de sekali pun terbau kaki yang busuk..

kalau masa kerja dulu aduhai..
kawan sekerja yang kaki nya berbau memang ada..boleh muntah hijau dibuatnya.

Nurul Faiz Bikers said...

@diana
hihi. dah mengalahkan bau kaki nudak sekolah pulak kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...