7 Rahsia Awet Muda



Assalamualaikum.


Hai, panasnya tengahari ni. Sudah agak lama rasanya blog ini menyepi dari sebarang tips. Hari ni Cikgu Faiz nak berkongsi tujuh tips supaya sentiasa kelihatan awet muda. Nak tahu? Jom baca sampai habis :)




1. Berasa bahagia.

Berasa bahagia adalah salah satu cara untuk kelihatan awet muda. Dalam setiap kegiatan, elakkan aktiviti yang boleh menyebabkan korang berasa stress, rasa bersalah dan tertekan kerana paksaan orang lain. Ingat, apa yang korang rasakan akan tercermin pada wajah. Jadi orang yang bahagia, wajahnya akan nampak berseri-seri dan muda daripada usia sebenarnya.




2. Banyak bergerak.

Bersenam adalah salah satu cara untuk awet muda. Lakukanlah joging, berjalan cepat ataupun berenang. Dengan cara ini risiko diserang sakit jantung, osteoporosis dan kanser akan berkurangan. Bahkan senaman ini juga mampu mengurangkan stress, menguatkan tulang dan menambahkan kekuatan otot.




3. Vitamin C.

Vitamin C boleh diperoleh dari buah-buahan segar, terutama sekali limau dan sayuran hijau. Vitamin C terbukti dapat meningkatkan daya tahan tubuh dan mengurangkan risiko diserang kanser. Di samping itu, banyakkan minum air putih kerana ia akan mengurangkan tekanan, menjaga kesegaran kulit serta melancarkan fungsi organ tubuh.




4. Gunakan pelindung UV.

Matahari adalah salah satu faktor utama penyebab terjadinya proses penuaan. Oleh kerana itu, selalulah menyapu losyen pelembap pada kulit agar kulit tidak terbakar oleh sinar matahari, terutama sekali sinar UV.




5. Rehat yang cukup.

Korang perlukan sekurang-kurangnya lapan jam setiap hari untuk tidur. Rehat yang cukup amat bermanfaat untuk menghindari terbentuknya kesan lebam bawah mata, kulit kering dan wajah kusam.




6. Perhatikan penampilan.

Penampilan dan riasan wajah juga memainkan peranan yang penting. Meskipun usia semakin bertambah, namun jangan biarkan wajah kosong tanpa mekap. Gunakan mekap yang nipis untuk kesan yang semulajadi.




7. Keyakinan diri.

Jangan mudah mengalah dan berputus asa. Jika korang rajin berusaha, korang akan mendapat hidup yang lebih bahagia dan sihat.


Sekian sahaja tips dari Cikgu Faiz untuk hari ini :)

5 comments:

Izyan Yan Cinnamon said...

suka entri ni byk informasi..=)

Nurul Faiz Bikers said...

@Izyan Yan Cinnamon
thanks sayang :)

NighBerkz’S Blogs said...

wahhh tips manarik.. thanks....




http://nighberkz.blogspot.com

ieyza afieyna said...

nice tips.. ;)

tunz said...

senyum sokmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...