Asal Usul Nama Saya.



Assalamualaikum.


Hai, hari ni merupakan hari yang terakhir Cikgu Faiz bercuti. Esok dah mula bekerja. Selamat Bekerja kepada mereka-mereka yang akan memulakan tugasan yang pertama bagi tahun 2012 ni. Tak lupa juga buat adik-adik yang akan memulakan sesi persekolahan juga pada esok hari. Selamat Bersekolah ya.


Okay, rasa-rasanya mesti ada yang tertanya-tanya kenapa nama saya Faiz kan? Faiz tu kan nama lelaki? Sebenarnya saya dah cukup biasa dengan semua persoalan-persoalan macam ni. Mana taknya, sejak dari zaman sekolah rendah sampailah sekarang ni masih ada lagi yang bertanya saya soalan yang sedemikian.


Okay, nama saya yang sebenarnya adalah Nurul Faiz. Ada pulak yang pandai-pandai tambah nama saya kat belakang tu menjadi Nurul Faizah. Haha. Faiz je la. Kenapa agaknya ibu bapa saya menamakan saya Nurul Faiz? Ha, ada cerita di sebaliknya...


Nama tu mak saya yang bagi. Masa mak saya mengandungkan saya dulu (mak saya la cerita kan), saya selalu la dok tendang-tendang perut mak saya tu. Agaknya ganas sangat kot saya tendang. Sampai mak saya ingat saya ni lelaki. Zaman dulu tak canggih lagi dan orang tak suka sangat nak scan scan perut ni. Jadinya, mereka pon tunggu la saya lahir. Dalam hati mak saya berkata kalau baby yang lahir ni lelaki dia nak namakan Muhammad Faiz. Huhu.


Sampai saatnya saya pon dilahirkan ke dunia yang fana ini. Tengok tengok baby rupanya perempuan. Oleh kerana mak saya minat sangat dengan nama Faiz tu maka dinamakan saya Nurul Faiz. Muhammad ditukarkan kepada Nurul. Senangkan? Tak macam sekarang, susah betul nak cari nama anak (termasuklah nama anak saya tu). Itulah sejarah nama saya.




Saya rasa saya cukup bertuah mempunyai nama yang sedemikian. Masa kat sekolah dulu malu jugak nak bagitau nama saya tu. Iyalah, kan nama lelaki. Orang pulak asyik tanya je. Tension betul. Bila dah masuk maktab barulah saya rasa yakin dengan nama tu. Takde rasa rendah diri lagi. Kerana nama tu jugak la saya menjadi seperti sekarang ni.


Syukur alhamdulillah. Kalau tak silap saya Faiz tu bermaksud 'yang berjaya'. Mudah-mudahan saya akan menjadi seperti itu. InsyaAllah.

9 comments:

Cik tikah said...

serius igt awak lelaki tpi nama ada makna baik, ok je. cun!

Nurul Faiz Bikers said...

@Cik tikah
haha. ada lagi yang ingat saya ni lelaki rupanya.
btw, tima kasih ya !! :)

Princess Nur said...

akak pun ingat suami awak yg tulis blog ni hehe..selamat kembali bertugas ye cikgu :)

Nurul Faiz Bikers said...

@Princess Nur
haha. suami saya takde blog pon.
tima kasih kak :)

susulemakmanis said...

tue laa..ingtkan awak lelaki!unik!=)

Nurul Faiz Bikers said...

@susulemakmanis
apa yg uniknya dik oii .. ?
hehe :)

cerita best said...

NICE BLOG....pakjoe nk bg tau nie pakjoe ada byk lg tip blog yg nk bg kt tuan blog jemput siggah ke laman bl0g pakjoe jgn lpa tau sbb pakjoe dh follow
lg 1 pakjoe dh tekan iklan dekat blog nie...pakjoe nk bg duit sikit kn dh nk bka kolah hahaha

nur ika said...

kwn ika ada nama faiz..name dye nur faiz tp sebab nak bg lain sikit ika pgl faiz nur..^,^follow..

Nurul Faiz Bikers said...

@nur ika
hahaha.
sangat kreatif :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...