Eee... geramnya...



Assalamualaikum.


Hai bloggers. Petang tadi saya, suami dan anak pergi berjalan-jalan di Jusco Equin (betul ke ejaan ni?). Saje je nak cuci mata sambil cari makan. Amboi.. dari Puchong ke Seri Kembangan semata-mata nak makan. Huhu. Sambil menyelam minum air apa salahnya kan?


Hihik. Berbalik kepada tajuk di atas. Sebab apa saya geram ye? Sebabnya adalah... saya kena paksa join satu pertandingan melipat kertas la. Saya memang tak nak langsung masuk pertandingan tu. Lepas tu suami saya beria-ia suruh saya masuk. Apatah lagi bila petugas pertandingan tu dah sebut "ha, tu kakak yang berbaju merah tu marilah masuk..." Aduhai.... apa punya malang la. Banyak kali jugak dia dok sebut "kakak yang berbaju merah". Menyesal saya tak pergi jauh-jauh dari situ tadi. Hurmm...


Akhirnya, tanpa kerelaan hati saya pon menyertai pertandingan melipat kertas itu atau dalam erti kata lain 'origami'. Lipat punya lipat jadi la sekuntum bunga. Apa kata korang layan je gambar-gambar kat bawah ni.




nampak tak bunga saya dah nak jadi tu?




err... apa la terfokus kepala uncle ni pulak. sape la yang amik gambar ni? :p




tengah buat corak pada bunga. ntah apa-apa corak yang saya buat. bantai la.




dapat hadiah saguhati je.




hadiahnya voucher RM10. Jadi la daripada takde.


p/s : Sadis tak sadis? Masa buat origami tu tak tahu la kenapa tangan saya terketar-ketar. Macam la tak biasa buat dekat depan budak-budak prasekolah. Bila dah lama-lama tu baru okay. Huhu. Nerves kot.

6 comments:

faizulosman said...

huhuhu... buat bunga... tak dpt hadiah ke???

http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/01/tolonglah-tepati-masa.html

intan_blur said...

heheheh..ok la kan..dr xdpt..susah tau org nak bagi rm10 free ;)

ajak said...

asalam ...salam kenal ...saya new bie .... dah jadik follower awak ... sudilah kiranyer menjadik follower saya plak ..tq.

Nurul Faiz Bikers said...

@faizulosman
dapat voucher je.

intan : betul tu. hihi.

ajak : wsalam. sy dah follow awak... thanks ya.

susulemakmanis said...

boleh jugak rm10 dari xdpt lgsung!hehe

Nurul Faiz Bikers said...

@susulemakmanis
saya sokong !! hehehe.
tak tau nak beli apa dengan voucher RM10 tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...