1
Orang Memberi Komen

Empat Tip Pemakanan Yang Sihat.





Hai, Selamat Hari Rabu. Rasa macam dah lama je tak update blog. Padahal baru semalam je tak update. Ok la. Hari ni cikgu Faiz nak bagi tips pulak la. Dah lama tak berkongsi tips kat sini. Baca betul-betul ye.


Ini merupakan tips pemakanan yang sihat. Sape-sape yang nak sihat tu boleh la amalkan ye.



1. Tentukan masa untuk makan. Disarankan agar korang makan sebanyak tiga kali sehari termasuk makanan ringan yang dibenarkan. Ia bertujuan memberikan tenaga kepada tubuh badan korang dan memastikan metabolisma korang sentiasa aktif.


2. Makanan yang seimbang. Pastikan korang mengambil nutrisi daripada kumpulan makanan yang berlainan dalam masa sehari. Sebagai contoh, lemak yang sihat, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin pada waktu pagi. Ia bagi memastikan kesihatan korang kekal terjamin.


3. Jangan lupa sumber tenusu. Tulang merupakan bahagian dalam badan yang sangat penting. Korang pasti mesti tak mahu mengalami tulang reput sebelum waktunya bukan? Maka ambillah sumber tenusu setiap hari yang mampu memberikan protein dan vitamin D termasuk kalsium.


4. Minum air yang banyak. Tubuh badan korang memerlukan air yang cukup supaya kulit tidak kering. Minum air kosong sebanyak yang mungkin walaupon korang tidak haus sepenuhnya.



Mudahkan? Selamat menjamu selera secara sihat.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
1 Comments

1 orang comel dah komen:

yana halim said...

selalu terkurang minum air...huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...