Selamat Hari Raya Korban






Hai semua. Selamat Hari Raya Aidiladha. Pagi tadi cikgu Faiz pergi ke surau untuk menyaksikan upacara menyembelih lembu korban. Ada 5 ekor lembu kesemuanya. Excited sangat nak tengok sebab tahun ni mak cikgu Faiz buat aqiqah lembu untuk cucunya iaitu anak cikgu Faiz.



Rupanya bukan senang nak sembelih lembu ni ye. Tengok la tadi, lembu punyala mengganas sampai tali pon tercabut. Namun semuanya dapat diatasi dengan kerjasama penduduk Taman Kolej (kampong cikgu Faiz la tu).



Rasa rugi pulak tak ambik gambo lembu-lembu tu tadi. Maklum la sibuk dengan anak. sekejap nak berdukung, sekejap nak berjalan. Tak menang tangan dibuatnya. Apa-apa pon Raya Haji memang best walaupon sambutannya dibuat secara sederhana sahaja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...