Yang dikejar tak dapat... oh, Baskin Robbins.

Assalamualaikum.


Tadi hajat di hati nak tapau KFC je untuk berbuka. Lepas tu Encik Suami nak makan sana pulak. Oleh kerana sudah kesuntukan masa maka kami bergerak menuju ke Restoran KFC yang terletak di Tesco selepas waktu maghrib. Berbuka tadi cuma minum air ribena dan kerepek pisang jer. 


Sampai je di perkarangan Tesco, dari jauh lagi dah nampak barisan yang panjang di luar pintu masuk. Ini mesti pasal kes aiskrim percuma Baskin Robbins. Ala... aiskrim yang mahal tu. Nampak gayanya tak dapat la nak merasa aiskrim percuma. Yang paling menyedihkan ialah restoran KFC sedang dibaik pulih. Terpaksa la berpatah balik menuju ke Giant pulak. Apa la nasib. Nak makan Mc Donalds rasa muak pulak.


Dalam perjalanan ke Giant pon sama. Masa nak masuk tu ternampak la satu barisan yang panjang jugak. Dalam hati cakap kedai mana pulak yang bagi makanan percuma ni? Tengok-tengok ada kedai Baskin Robbins kat depan tu. Hehehe. Hebat betul penangan aiskrim percuma ni. Encik Suami pulak asyik gelak-gelak je. Yela, Cikgu Faiz yang beria-ia ajak dia konon nak dapatkan aiskrim percuma. 







Kalau bulan puasa ni punya la ramai orang, kalau tak puasa mesti lagi ramai kan? Ada sesiapa yang dapat tak? Bukan senang nak dapat tu... Kena beratur panjang lagiii... Percuma kan? Siapa nak bagi?



With ♥..,

3 comments:

Unknown said...

tak pergi beratur pun,,
mesti ramai2 yang nak aislrim percuma...

Unknown said...

Betul tu Cikgu Faiz :D
Aiskrim mahal. Hehe ^_^

Shida Radzuan said...

benda free kak biasalah..mna lg nk cekau bnde free terg2 lg dia ckp freee hehe..kalo xpose penuh tah2 btolak2 smpai bgaduh pa..huhuh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...