Segmen Blogger Guru dan Cikgu Bersama iskandarX



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Sebenarnya tadi Cikgu Faiz terjumpa segmen ni di blog Mr Polie. Hehe. Berkobar-kobar betul semangat nak join segmen dari Iskandar ni. Hukhuk. Segmen khas untuk mereka yang bergelar cikgu. Tak kisah la cikgu sekolah ke, cikgu tuisyen ke, asalkan gelarannya cikgu ! ^ ^ Pertama kali Cikgu Faiz jumpa segmen macam ni. Teruja habiss...



Kalau ada cikgu-cikgu lain yang nak join, klik je banner di atas ni ye ^ ^



Bismillahirrahmanirrahim.... Cikgu Faiz mula bergelar guru pada usia 22 tahun. Pertama kali posting pada tahun 2006 di SK Lentang. SK Lentang terletak di highway KL/KARAK untuk menuju ke Bentong. Kira dekat jugak la dengan rumah keluarga Cikgu Faiz. Cikgu Faiz mengajar di SK Lentang selama tiga tahun. Masa di SK Lentang, Cikgu Faiz ditugaskan untuk mengajar murid-murid Prasekolah dan murid Tahun Satu bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Maklum la, masa tu sekolah tersebut kekurangan cikgu, jadi Cikgu Faiz hanya akur pada perintah Ketua Jabatan pada masa itu walaupun hakikatnya guru prasekolah tidak dibenarkan mengajar murid-murid aliran perdana. Tapi takpe, Cikgu Faiz tetap menyahut cabaran itu. Alhamdulillah setahun selepas itu baru ada guru lain yang menggantikan tempat Cikgu Faiz di aliran perdana. Itu merupakan satu pengalaman yang sangat berharga buat Cikgu Faiz yang masih hijau pada ketika itu.


Masuk je tahun 2010, Cikgu Faiz telah ditukarkan di SK Taman Alam Megah, Shah Alam. Masa tu kes bertukar sebab ikut suami. Alhamdulillah, sekali mintak je terus dapat tukar ^ ^ Akan tetapi, di sekolah tersebut telah ada guru prasekolah. Jadinya Cikgu Faiz telah ditugaskan untuk mengajar murid-murid Tahun Tiga untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Seni Visual dan Muzik. 


Tahun 2011 pula, sekali lagi Cikgu Faiz ditukarkan atas alasan mengikut opsyen Prasekolah. Cikgu Faiz berkhidmat di SK Puchong Utama sebagai guru prasekolah sampai la ke hari ini. Alhamdulillah.... Itulah serba sedikit pengenalan Cikgu Faiz di alam perguruan ^ ^




Salam sayang,

13 comments:

NinaAz said...

Sk puchong utama??? Sepupu nina sekolah kt situ.. hihihihi. Nanti nk tny kenal tak cikgu faiz ♥♥

Sally Yatiey said...

Mesti seronok menjadi seorang guru ^_^ hee

puteri kasih said...

segmen yang menarik ni :)patutla cikgu teruja..hehe

Nor Salmi said...

Selamat bersegmen ya Cikgu Faiz. Segmen yang menarik. Insyaallah nanti bolehlah turut serta..

Crew Fathi said...

Wah.. syok2.. "Bangunnn... Selamat pagi cikgu..." rindu lah dengan kata2 tuuu... wuwuwu

ANNA MARIANA said...

wah...
mesti seronok kan..

mrpolie said...

Selamat Pagi Cikgu.. hehehehe

maria firdz said...

owh.. SK Lentang, dulu sy pnh apply mohon dapt area bentong tapi dapat KL.. maka jadilah cikgu di kota besar KL

Muhammad Noor Firdaus iskandar BIn Haji Bashah said...

Terima kasih CF Kerana join Segmen is, selamat bersegmen.

Noor Mala Shahar said...

Kata-kata semangat 'saya suka menjadi seorang guru'.


http://www.noormalashahar.blogspot.com

jaakechik said...

gud luck ya cf, selamat bersegmen!

intanfirdaus247 said...

gud luck dalink..mana tau berjaya..kak intan doakan ..ameen

wana wazm said...

hai , anda teror dalam mencari perkataan ? rebut peluang menang hadiah hebat. terjah sini http://coretangirlblog.blogspot.com/2013/03/menang-kad-starbucks-bernilai-rm150.html,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...