7
Orang Memberi Komen

Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak | Tepuk Amai Amai



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Huargghhh.. !! Mengantuknya. Semalam Cikgu Faiz menyepi sebentar kerana pergi ke rumah makcik di Hulu Langat. Bermalam di sana semalam. Sekali sekala balik kampung memang best sebab suasananya sejuk je terutama pada waktu pagi. Tapi bila waktu tengahari memang panas. 


Baiklah, tanpa melengahkan masa sementara mata ni masih mampu bertahan, Cikgu Faiz nak berkongsi satu lagi aktiviti bagi tunjang Fizikal dan Estetika. Sebelum belajar, tarik nafas dulu ye ^ ^ Bagi sesiapa yang terlepas untuk belajar lagu Sayang Ibu Ayah boleh KLIK SINI.


Sumber gambar : GOOGLE



Aras : Sederhana

Sasaran umur : 3 dan 4 tahun / 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun

Masa : 20 minit

Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
  1. Menceritakan tentang diri sendiri dan tentang ahli keluarga masing-masing.
  2. Menyanyi lagu dengan irama dan intonasi yang betul.

Penerangan aktiviti : Pemupukan nilai kasih sayang dan tanggungjawab terhadap ahli keluarga yang lain.

Bahan / alatan : Kad gambar bayi dan gambar sebuah keluarga.

Persediaan guru : Membuat kad gambar sebuah keluarga dan menyediakan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.

Senikata lagu :
Tepuk Amai Amai
Tepuk amai amai,
Belalang kupu-kupu,
Tepuk adik pandai,
Emak upah susu.
Susu lemak manis,
Santan kelapa muda,
Adik jangan nangis,
Emak nak buat kerja.


Prosedur :
  1. Guru meminta kanak-kanak duduk dalam bulatan.
  2. Guru meminta seorang kanak-kanak bercerita tentang ahli keluarga masing-masing.
  3. Guru menunjukkan kad gambar bayi dan bercerita tentang bayi tersebut.
  4. Guru meminta kanak-kanak yang mempunyai adik kecil bercerita tentang adik mereka.
  5. Guru menyanyikan lagu sambil bertepuk tangan atau bermain kerincing. Kanak-kanak mendengar nyanyian guru.
  6. Guru menyebut seni kata lagu diikuti oleh kanak-kanak.
  7. Guru meminta kanak-kanak bertepuk tangan atau bermain kerincing mengikut rentak lagu.
  8. Guru dan kanak-kanak menyanyi bersama sambil bertepuk tangan dan bermain kerincing.
  9. Guru menasihatkan kanak-kanak agar sentiasa menyayangi dan menghormati ahli keluarga masing-masing.

Cadangan : Guru boleh meminta kanak-kanak melakonkan watak sebagai abang dan kakak yang bertanggungjawab menjaga adik kecil.

Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak melukis dan bercerita tentang ahli keluarga.


Rujukan : Azila Binti Alias, Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa dan Norly Binti Jamil, Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak (2011), Gerak Ilmu Sdn. Bhd.




Salam sayang,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
7 Comments

7 orang comel dah komen:

Sally Yatiey said...

Lagu tepuk amai2! Kecik2 dulu selalu dengar.. hehe ;D

maria firdz said...

Wah..mcm rnacangan pengajaran cikgu tadika je ni.. Hehe.. Good info..

Puteri Hana said...

main berlakon2,,budak budak mesti suke ..=P

jaakechik said...

fikri pandai tepuk tgn sebab lagu ni la CF...hehehe... lagu zaman berzaman ni...heee!

Hanida Moss said...

ini tutorial jadi cikgu tadika eh.. :D teringat zaman kekecik dulu hihi..

Nurul Aini said...

Lagu tepuk amai2 tu saya suka..hehe..teringat zaman kanak2 dulu.

Shida Radzuan said...

budak2 skg advance kak..lagu dorg minat dah sma cam kita suke heheee :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...