3
Orang Memberi Komen

Karnival Bijak Prasekolah Daerah Petaling Perdana 2015



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 09 September 2015


Pada 03 September yang lalu, Cikgu Faiz terlibat dengan Karnival Bijak Prasekolah yang telah diadakan di SK Taman Desaminium yang terletak di Seri Kembangan. Pada tahun ini, aktiviti Bijak Prasekolah telah dibahagi-bahagikan mengikut zon. Jadinya setiap sekolah hanya perlu menghantar satu penyertaan untuk satu acara sahaja. Setelah dibahagikan, zon Cikgu Faiz telah mendapat acara Syarahan Bahasa Melayu. Fuhhh... mencabar jugak acara ni sebab baru pertama kali nak sertai. Sebelum ni memang tak ada acara syarahan.




Sesampainya di sana, Cikgu Faiz terus mendaftar dan masuk ke dalam dewan. Rasa berdebar-debar jugak sebab aktiviti ni baru je tahu minggu sebelum tu. Cikgu Faiz sempat bagi teks syarahan pada murid pada hari Jumaat sebelum bercuti sempena Hari Merdeka. Bayangkan nak suruh murid hafal dalam masa tiga hari bercuti. Hari Isnin langsung tak sempat nak tengok murid berlatih. Hari Selasa tu baru la ada masa terluang itu pon lepas habis kelas. Nasib baik la mak murid ni tolong latih dekat rumah. Huhu.




Inilah wakil dari sekolah Cikgu Faiz. Namanya Iman Munirah. Hihi. Muka takut sangat tu. Serius je nampaknya. Dah la dapat giliran yang ke 3. Huhu. Jumlah semua peserta 19 orang. Cikgu Faiz pon tak harap sangat nak menang sebab masa terlalu suntuk dan banyak kelemahan yang perlu diperbaiki lagi.




Para hakim yang arif lagi bijaksana.






Bila dah sampai masa untuk menyampaikan syarahan. Cikgu Faiz ambik tema perpaduan memandangkan negara kita baru sahaja menyambut Hari Kemerdekaan. Tema-tema lain yang boleh disampaikan antaranya kasih sayang dan alam sekitar.




Selepas semua peserta selesai menyampaikan syarahan kena tunggu hakim membuat pemilihan untuk pemenang pulak. Masa ni la budak Iman ni sempat jugak terlena. Letih sangat sebab terpaksa menunggu sehingga acara selesai.






Macam-macam aksi tido ada yang menunjukkan betapa penatnya Iman pada hari tersebut. Huhu. Lama pulak hakim duduk berbincang tentang pemilihan para pemenang. Hakim pon pening nak pilih agaknya.






Sempat jugak la pergi selfie dekat toilet ni. Huhuhu. Ini sementara menunggu Iman yang masuk ke tandas la. Hahaha.




Alhamdulillah.. keputusan telah diumumkan dan semua murid menerima saguhati berupa goodie bag yang ada sijil penyertaan, pensel warna dan buku cerita. Cikgu dapat sijil je. Hihihi. Jadi la boleh buat koleksi kan. Oh ya, pemenang utamanya adalah peserta daripada SK Puchong Utama 2. Hihi. Jiran sekolah Cikgu Faiz tu. Takde pulak gambarnya. Pemenang utama bagi acara syarahan ini akan mewakili daerah Petaling Perdana untuk acara syarahan di peringkat negeri. Tahniah !!! Juga tahniah buat Iman Munirah kerana berjaya menghafal hampir keseluruhan syarahan tersebut. Cuma Iman cakap laju sangat masa tu kalau tidak mungkin ada jugak harapan nak menang. Hihi. Ada masa nanti Cikgu Faiz upload video Iman Munirah menyampaikan syarahan tersebut ye. Sekian.


Tonton PELANGI CINTA episod 3 >>> WATCH


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
3 Comments

3 orang comel dah komen:

aiman mania said...

menang kalah adat bertanding..at least she gain a precious experience ^^
syabas cikgu!

Eintan Nurfuzie said...

cikgu selfie sungguh2,, anyway teringt zman sek dlu.. slalu masuk acara cmni

Nora Karim said...

Bagusnya anak sekecil ini dah diberi pendedahan tentang syarahan... patut puji juga keberaniannya mengatasi stage fright... org dewasa pun blm tentu boleh atasi stage fright tau.... tahniah iman...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...