2
Orang Memberi Komen

Misteri Kehilangan Telefon Bimbit Kesayangan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 13 Disember 2015


Cikgu Faiz menghilang dan kini kembali lagi. Hilangnya Cikgu Faiz dari dunia blogging kerana ingin menumpukan perhatian kepada assignment yang banyak. Semester ni Cikgu Faiz ada 6 subjek. Setiap subjek pula rata-ratanya ada 2 tugasan. Alhamdulillah semua assignment Cikgu Faiz dah submit. Sekarang ni cuma tinggal forum je yang nak disiapkan, itu pon kalau masih belum expired lagi. Huhu.




Dalam tempoh masa Cikgu Faiz 'menghilang' tu banyak benda yang terjadi. Antaranya, handphone kesayangan Cikgu Faiz hilang !! Kalaulah masa boleh diputarkan kembali, Cikgu Faiz pasti akan lebih berhati-hati. Tapi bila difikirkan balik, mungkin bukan rezeki Cikgu Faiz lagi. Sedih bila mengenangkan handphone yang telah banyak berjasa hilang begitu sahaja. Huhu. Ceritanya macam ni....


Di suatu petang yang hening setelah semua murid-murid telah pulang, lebih kurang dalam pukul 12.30-1.00 petang (anggaran masa hilang), Cikgu Faiz pergi ke kelas sebelah untuk mengambil printer dan bawa ke kelas Cikgu Faiz. Masa tu Cikgu Faiz tak tutup pintu dan sorang-sorang je. Cikgu lagi sorang dah keluar. Mungkin silapnya sebab Cikgu Faiz tak tutup pintu. Biasa la masa nak ambik printer tu mesti la nak buka semua wayar sebelum dibawa ke kelas Cikgu Faiz. Lepas tu Cikgu Faiz guna komputer kelas sebelah sekejap nak copy beberapa tugasan untuk dicetak sebab printer tu tak boleh connect dengan PC kelas sebelah jadinya sebab itu la Cikgu Faiz terpaksa angkut ke kelas Cikgu Faiz pula. Tujuannya, Cikgu Faiz nak try connect dekat PC kelas Cikgu Faiz pulak. Alhamdulillah semua tugasan Cikgu Faiz pada petang tu siap. Lega sangat. Lepas tu baru la terfikir nak tengok handphone sebab Cikgu Faiz takde dengar pulak bunyi handphone tu. Selalunya ada jugak bunyi mesej kan. Masa tengah sibuk buat kerja tu Cikgu Faiz langsung tak terfikir nak tengok handphone tau. Huhu. Sadis. Cari punya cari tak jumpa. Kalau salah letak pon mesti jumpa dekat mana-mana kan tapi takde. Kawan Cikgu Faiz tolong buat miss called pon terus tak dapat. Dah sah memang ada orang yang ambik handphone tu tapi masalahnya Cikgu Faiz tak tahu nak syak sesiapa sebab masa tu memang tak dengar bunyi apa-apa pon. Memang pencuri tu licik betul sampai Cikgu Faiz tak perasan langsung ada yang masuk ke kelas masa tu.


Sehari jugak la Cikgu Faiz teringatkan handphone tu. Dah la gambar-gambar untuk assignment pon ada dalam tu. Terpaksa la ambik semula. Nasib baik Encik Suami sudi tolong. Masa handphone tu hilang dah la tengah awal bulan. Nasib baik ada kawan yang sudi bagi pinjam handphone lama dia. Lepas dapat gaji terus cari handphone baru tapi Cikgu Faiz nak yang lebih kurang sama dengan handphone yang hilang tu jugak. Huhu. Begitu kuatnya pengaruh handphone lama Cikgu Faiz tu. Model Lenovo K910 tu dah takde jual dah. Huhu. Sedih lagi. Beli jugak la satu. Ciri-ciri dan harga lebih kurang sama tapi handphone lama tu jugak yang paling best.


Entah siapa la yang ambik handphone Cikgu Faiz... Susah nak cakap sebab kehilangannya sangat misteri. Allah SWT je yang tau apa sebenarnya yang terjadi pada masa tragedi tu. Itu juga mungkin satu peringatan buat Cikgu Faiz supaya jangan leka dengan handphone je. Mungkin juga Allah nak uji. Apa-apa pun Cikgu Faiz jadikan ianya sebagai satu pengajaran supaya sentiasa berhati-hati walaupun berada di dalam kawasan sekolah ! Sekolah pon dah tak selamat rupanya. Jenayah ada di mana-mana. Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
2 Comments

2 orang comel dah komen:

Abam Kie said...

sabar ye kak. sy dulu penah hilang phone semasa turun dari kereta rasanya. bila jln2 terasa ringan je poket seluar. bila gi tegok kat parking lot mmg dah x de, huhuhu..

Mormor said...

sedih kan fon hilang. mormor pun hilang fon bulan lepas. hilang lepas balik backpacking pulak tu. semua gambar kenangan ada dalam tuu. dan semua hilang. sedih sangat. sabar yee kak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...